Novel 67 :: Hikayat Cinta Si Pematah Hati - E-man Sufi

nk review novel ! heee . novel nie ika dah habis baca sebelum raya lagik . disebabkan eksaited baca novel Suami Yang Kubenci karya E-Man Sufi, so kawan ika suggestkan ika baca pulak novel Hikayat Cinta Si Pematah Hati . penulis yang sama . 

HIKAYAT CINTA SI PEMATAH HATI - E-MAN SUFI


SINOPSIS ::

WARFEEN WARDAH mempunyai impian untuk membina rumah tangga bersama lelaki pilihannya, Daniel Elhan . Sayangnya, sekian lama dia menanti amsih belum ada sebarang tanda di jari . Bukan kerana tak sabar menanti tetapi Daniel Elhan hanya pandai menabur janji hinggalah suatu hari dia bertemu dengan seorang lelaki . . .

RAYYAN RAIQARL . . . lelaki yang sentiasa membawa diri . Kecewa dengan rumah tangga ibu bapanya yang gagal membuatkan dia mengambil keputusan untuk tinggal jauh daripada keluarganya . Pertemuannya dengan Wafeen Wardah membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama . Sayangnya, gadis yang dipuja kepunyaan orang . Pada awalnya, dia tidak mahu mengikut rasa hati . Baginya, dia bukan perampas kekasih orang !

"Betul . . . saya single lagi . Saya tengah tungu awak jadi kekasih saya la . . . "

"Sorry . . . saya dah ada kekasih."

"Tak apalah . Saya tunggu awak putus dengan dia."

"Hah?"

Tapi segalanya bermula bila dia mengetahui siapa Wafeen Wardah yang sebenarnya . Rayyan nekad, bagaimana cara sekalipun . . . dia mahu memperisterikan Wafeen ! Istilah perampas kekasih orang ditolak ke tepi . Dia tidak mahu ambil peduli asalkan dapat membalas dendam atas sakit yang tertanggung dalam hati .

Mampukah Wafeen Wardah mempertahankan tembok kesetiaannya kepada Daniel Elhan atau dia sendiri jatuh cinta dengan panahan cinta Rayyan Raiqarl ? Siapa yang akan patah hati dan siapa pula si pematah hati ?

"Tak apalah kalau saya bukan sayang awak . . . Cara mia, ti voglio bene . . ."

"Apa makna . . ."

"Honey, I love you so much . Sayang, saya sangat cintakan awak."

novel nie seriously ika cakap tersangatlah best ! heeee . tak rugi baca novel tebal-tebal nie sebab jalan cerita dia menarik . watak yang menarik dan ofkos la ending yang sangat menarik ! oh ya, watak dalam novel Suami Yang Kubenci pon ada jugak dalam novel nie . kiranya macam sambungan la jugak cuma sebagai watak tambahan . tapi sangat best ! :)





2 comments:

  1. Farah bagi hadiah novel nie kat si pematah hati farah.. opsss.. HIHI.. :p

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com