Nuzul Al-Quran

17 Ramadhan 1434H . hari nie Nuzul Al Quran . disebabkan ika bekerja di Ipoh, Perak, maka hari nie ika bercuti . heeee . dan tatkala ini ika sedang berada di Kuala Lumpur . ececece . so, jom kita baca apa yang dimaksudkan dengan Nuzul Al Quran .


Peristiwa Nuzul Al Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al Quran yang ada pada kita hari ini . Peristiwa Nuzul Al Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW . Perkataan 'Nuzul' bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah . Bila disebut bahawa Al Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al Quran .

'Al Quran ' bererti bacaan atau himpunan . Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya . Kalimah Al Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata 'Al Quran mukjizat akhir zaman' atau 'Al Quran yang mempunyai mukjizat' . Malah inilah sebenarnya kelebihan Al Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam Al Quran . Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam Al Quran . 

Firman Allah :
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan) . (Al-An’am : 38)
Al Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia . Segala isi kandungan Al Quran itu benar . Al Quran juga dikenali sebagai Al Nur bererti cahaya yang menerangi, Al Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan Al Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan .

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat Al Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al 'Alaq .

Maksudnya :
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Al-‘Alaq : 1-5)

credit HERE :)

Salam Nuzul Al Quran buat semua .



6 comments:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com