Novel 65 :: Usai... Aku Terima Nikahnya - Umie Nadzimah

kalau kelmarin, entry pasal tengok movie kat rumah . so, hari nie entry baca novel pulak . itulah yang jadi bila malas nak keluar jalan-jalan . tambah pulak bulan puasa nie . lebih baik dok kat rumah :) sambil goyang kaki kat rumah, dapat jugak ika habiskan seketul novel .

USAI... AKU TERIMA NIKAHNYA - UMIE NADZIMAH


SINOPSIS ::

Puteri Nur Aina, tidak pernah mengharapkan kehidupan indah di atas pernikahan terpaksanya dengan Iskandar hafiz. Baginya perkahwinan ini adalah penyelamat kepada dirinya yang derita dan dikongkong oleh keluarga angkatnya. Takdir telah menentukan mereka suami isteri telah jatuh cinta dan melalui fasa bahagia alam rumah tangga.
Namun, episod gembira cinta mereka tidak disenangi oleh beberapa pihak yang menyebabkan Iskandar Hafiz amat tertekan. Lalu keputusan yang diambilnya secara tidak sengaja telah menyebabkan Puteri Nur Aina sedih lagi terluka.
Dalam masa yang sama muncul sahabat baik Iskandar Hafiz, Megat Khalif yang telah jatuh cinta pada Puteri Nur Aina pada pandangan pertama lagi, dan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat 'puterinya' tersenyum bahagia semula.
Dia tidak berputus asa menunggu sehingga Puteri Nur Aina dapat melupakan Iskandar Hafiz dan menerimanya dengan sepenuh hati. Malangnya, apabila Puteri Nur Aina mula menerimanya, Iskandar Hafiz kembali menagih kasih....
Puteri : "Hadirmu bagaikan seorang wira, menyelamatkan aku dari lembah sengsara, yang mengajar apa itu rasa cinta dan erti perasaan. Namun, yang seorang lagi cukup sempurna, setia mengubati lukaku, sentiasa ada saat aku memerlukan. Tanpamu aku lelah..."
Abang Is : "Kau bukannya yang pertama di hati, namun kaulah perempuan pertama aku nikahi, sehingga lidahku menjadi kelu untuk menyebut nama yang lain, menjadikan hanya dirimu perempuan terakhirku..."
Khalif : " Rasa cinta padamu tidak pernah pudar, walaupun nyawa bercerai dengan badan. Apa yang kuinginkan, hanyalah kebahagiaan dirimu, Puteriku...."
Apakah kesudahan kemelut kisah cinta mereka? Temui jawapan akhirnya dalam Usai.... Aku Terima Nikahnya

novel nie best ! ika tak tipu . kalau best ika cakaplah best . kalau tak, ika terus cakap tak best . hahaha . bila baca novel nie, ika akan berharap yang at last Puteri tu akan kahwin dengan Khalif . oh ya, novel nie pasal perebutan harta . so, Puteri terpaksa kahwin dengan Iskandar sbb mak Iskandar nakkan harta peninggalan yang ada pada Puteri .

tapi, itulah kan . Iskandar tu kesian pulak . tersepit kat tengah-tengah . antara mak, isteri dan awek . hahahaha . nasib baik ada Khalif yang baik hati . makin lama baca, makin eksaited nak tahu kesudahan . heeeee



4 comments:

  1. ya Allah besynyaaaaa... nak baca lah lepas habis short sem ni.. ehhhh sejak bila suka novel ena niii??? ehem XD

    ReplyDelete
  2. mcm best je ika....tp dah lama tak beli novel..

    ReplyDelete
  3. filem lakonan adi putra n nora danish tu kan?

    ReplyDelete
  4. wahhh taniah dapat kad raya dr Eqbal.. Mak pun baru juga terima kad dr dia ..

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com