I Love July

pejam celik pejam celik, dah masuk bulan Julai . dan nampaknya entry dari bulan ke bulan dah semakin menurun . hahaha . nampak kemalasan dan kesibukan melanda jiwa dan raga di situ . kehidupan sekarang dah tak sama macam kehidupan dulu yang mana, dulu kemain banyak masa terluang ika . sekarang ? sekarang sudah lain . 

ika suka bulan Julai . ika suka nombor 7 . ika lahir pada bulan Julai iaitu bulan 7 dan ika juga merupakan anak ke 7 daripada 8 orang beradik . satu kebetulan sahaja . heeee .


ika harap bulan Julai nie rezeki ika melimpah ruah . banyak benda nak kena fikir . banyak benda nak kena setelkan . dan yang paling penting, nak buat sesuatu haruslah fikir baik dan buruknya . Insyaallah, bulan Julai nie ika akan usahakan untuk rajin mengupdate blog . untuk rajin berblogwalking cam zaman muda-muda dulu . ehhh .

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com