Bikers Kental | Movie 58

baru-baru nie sempat layan movie Bikers Kental nie . memang dengan kental nya ika tengok movie nie . hahaha . tengok sekerat jalan, pastu sambung plak tengok esok harinya . errr . so, meh la nak review serba sedikit . 

BIKERS KENTAL


SINOPSIS ::

Bikers Kental adalah berkenaan kisah seorang anak muda bernama Bidin Al Zaifa, yang mempunyai minat yang amat mendalam dengan motosikal berkuasa tinggi . Beliau bekerja di sebuah garaj motor milik abang sepupunya, Aidil . Bidin mempunyai impian untuk memiliki dan menunggang motosikal berkuasa tinggi dan menjelajah negara lain untuk menghadiri Bike Week . Malangnya dia hanya seorang pekerja biasa yang tidak mampu untuk memiliki motosikal berkuasa tinggi .

Impian Bidin menjadi nyata apabila pada suatu hari, Bidin terjumpa sebuah beg berisi wang yang banyak . Bidin tanpa usul periksa terus menggunakan wang itu untuk membeli motosikal Aprilia RSV4 Factory dan menawarkan dirinya untuk berkonvoi bersama-sama dengan geng motosikal Eddie, salah seorang pelanggan setia garaj Aidil .

Pengembaraan Bidin bersama Eddie bermula dari KL sehingga ke Krabi, Thailand . Bermulalah pelbagai kisah, tragedi dan konflik di antara Bidin, Eddie dan geng motosikalnya . Bidin di Thailand bertemu pula dengan Saiya Sukhapon dan Cherry Pontit, dua orang gadis cantik yang bekerja di sebuah gerai tepi jalan yang menyediakan makanan halal . 

Bidin yang telah jatuh cinta pandang pertama dengan Saiya, berusaha untuk menarik perhatiannya . Dia menggunakan pelbagai taktik untuk meluangkan banyak masa bersama Saiya . Tetapi, rancangan Bidin akhirnya dibongkarkan apabila tindakan Bidin menyembunyikan motor Eddie diketahui oleh Arbi, salah seorang ahli geng motosikal Eddie . Keadaan menjadi lebih kritikal apabila Bidin diekori oleh beberapa orang misteri yang mahu membunuhnya . 


bagi ika movie nie biasa je . nak cakap best, takde la best sangat . nak cakap tak best, best la jugak . heeee . sebab tu kot ika siap boleh berhenti tengok jap pastu sambung pulak esoknya .





1 comment:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com