8 Julai 2013 | Dalam Kenangan

hari nie nak update entry sedih . ok . sedih . tapi jangan sedih-sedih la ye bila baca entry nie . chill ok ? :)

bulan 5 yang lepas, ika ada terlibat dengan eksiden . eksiden tu melibatkan juga blogger yang mana officemate ika, Kak Haida . korang boleh baca entry eksiden tu kat SINI . dan Alhamdulillah, kitorang selamat dalam eksiden tu . pada hari kejadian, Kak Haida mintak ika teman dia pegi jumpa blogger Hazwan Hairy untuk ambik barang . so, ika pon temankanlah . 

tempat kitorang eksiden tu sangatlah tak jauh dari ofis . depan ofis kitorang nie je . tapi itulah kan ? kita tak dapat jangka apa yang akan berlaku . hanya mampu bersyukur sebab tak berlaku sebarang kecederaan pada kami . Alhamdulillah . hanya kereta Kak Haida yang rosak teruk .

pada 08 Julai 2013, sekali lagi berlaku pada ika . kali nie ika dengan housemate ika, Kak Milah . kalau kejadian sebelum nie berlaku pada waktu tengahari, kali nie berlaku pada waktu pagi . di mana semua orang berpusu-pusu untuk masuk kerja . dan kejadian nie pon dekat sangat dah dengan ofis ika . 


semua berlaku dalam sekelip mata . apa yang ika ingat pada hari kejadian, ika dengar kereta depan kitorang brek mengejut . kuat sangat bunyi brek tu . ye . . ika boleh dengar bunyi brek tu . sangat menakutkan . then, Kak Milah cuba untuk brek bagi elakkan berlanggar dengan kereta depan tu . tapi nasib tak menyebelahi kami . 

macam mimpi . kejap je kejadian tu berlaku . ika ingat lagi bunyi kete kitorang berlanggar . kuat . dan, air bag terbukak . keluar asap-asap kecil . mungkin dari air bag tu . ika tersentak . sakit jugak kena hentak kat bahagian dada . dan sangat bernasib baik lagi sebab pakai seat belt .


then, Kak Milah suruh ika keluar dari kete . bila keluar je dari kete, dah pesan pada hati, jangan menangis ika . jangan takut ika . cool down . takde pape yang teruk berlaku . takde cedera mana-mana . tapi hati nie tak mampu . makanya, nangis jugaklah akhirnya . hahahaha !

ika nangis bukan ape . dah dua kali terlibat dengan kemalangan . takut . bila dengar bunyi kereta brek, rasa cam menakutkan . bunyi kete berlanggar masih lagi di ingatan . dengan menangis, dapat tenangkan hati . kalau family ika dekat, ika tak kesah . bila-bila ika boleh balik peluk cium diorang bila ada rasa takut . nie dok jauh dengan family, nak peluk cium sape ?



Alhamdulillah, syukur sangat sebab masih terselamat dalam kemalangan tu . dan Insyaallah takde sebarang kecederaan luaran mahupun dalaman . cuma rasa sakit kat bahagian dada . mungkin sebab hentakan tu kot . tapi Insyaallah, takde pape . balik rumah malam tu, tidor je sebab rasa cam penat semacam .


kalau nak cakap pasal trauma nie, ika trauma ke ? . ika cuma rasa takut sikit bila nak naik kete . takut bila dengar bunyi brek kete . takut bila tengok jarak antara kete kami dan kete depan . mungkin benda nie tak lama . nak tak nak kena kuatkan semangat jugak . sampai bila nak takut, kan ? hidup mesti diteruskan :)

semoga kita semua dilindungi olehNya . 


7 comments:

  1. takutnya kak. kalau kite, serius cemas gila. alhamdulillah akak dan kawan tak ape2

    ReplyDelete
  2. Kesian Ika kan...ini kali ke dua dan harap tiada lg lepas ni....huhuhu...yang oenting kite selamat kan Ika...

    ReplyDelete
  3. Kesian Ika kan...ini kali ke dua dan harap tiada lg lepas ni....huhuhu...yang oenting kite selamat kan Ika...

    ReplyDelete
  4. laaa.. kesian.. ejulz pernah tgk kejadian camni betul2 sebelah ejulz masa bawak motosikal.. seb baek x terbabas kat motor ejulz.. seram gak tgk.. kete yg langgar tu xde la bawak laju tp sbb faktor jalan licin lepas hujan.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah ika selamat.

    Maybe ada hikmah apa yang berlaku kan

    Take care :)


    -xoxo-
    S

    ReplyDelete
  6. kite pun pernah eksiden..sampai sekarang fobia... walaupun eksiden tak teruk mana

    ReplyDelete
  7. takutnya. huhu
    momoy selalu bawa kete laju2 dan race atas jalan. pasni kena bawa slow2

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com