Oh Mak Kau ! | Movie 56

movie time ! hahahaha . kali nie nak layan citer komedi lagik . suka sangat tengok citer kelakar . so, godek punya godek kat youtube tu, terjumpa la movie nie . ngeeee

OH MAK KAU !


SINOPSIS ::

Sam (Jep Sepahtu) dan Mun (Shuib Sepahtu) bekerja bersama ibu mereka, Mama San (Wan Maimunah) sebagai peniaga ayam di pasar. Tabiat Sam dan Mun yang suka mencuri mendatangkan masalah dalam hidup mereka. Setiap kali mencuri, adik beradik ini akan menyamar bermacam-macam gaya dan lucunya mereka pasti mengemas tempat tersebut selepas mencuri. Kenakalan dan sikap negatif Sam dan Mun membuatkan Mama San sering memarahi mereka.

Kepulangan Que (Nurul Ain) ke kampung menjadi perhatian Sam dan Mun. Mereka berdua bersaing untuk memikat hati Que. Embun (Didie Alias) dan kumpulan samsengnya ditakuti para peniaga sehingga mereka terpaksa mengikut kehendak Embun. Kehadiran Que juga membuatkan Embun terasa tergugat kerana menganggap Que cuba menentang dan merampas kawasan miliknya. Que ditangkap oleh kumpulan Embun dan dibawa bertemu ketua kumpulan mereka - Lutfan. Berlakulah pergelutan antara Que bersama kumpulan Embun dan Lutfan. Berjayakah Sam dan Mun menyelamatkan Que? Siapakah sebenarnya Que? 

trailer :)

full movie :)

serius movie nie best ! hahaha . kelakar habaq hang . rasa nak tengok berkali-kali . lalalala . jalan cerita yang menarik . sayangnya seorang abang kat adik dia sampai sanggup buat ape je untuk gembirakan adik dia :)






2 comments:

  1. Ea ke dik.. ok mlm no blh layan dgn hubby...

    ReplyDelete
  2. tengok dalam iklan jep ngan shuib dok gaduh2 baling ayam. hehe..

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com