Mencari Cinta | Movie 54

nak review pulak kali nie . hehehe . movie nie ika tengok online jugak . dah lama sangat tak tengok wayang . takde masa dah sekarang nak tengok wayang . wuwuwu

MENCARI CINTA


SINOPSIS ::

Cerita ini berkisarkan pada Myra Tan Sri Johan yang pada mulanya hendak melangsungkan perkahwinan dengan Malek pemuda pilihannya, tetapi disaat akhir Malek membatalkan niatnya kerana dia mempunyai teman wanita lain. Segala persiapan telah tersedia, malah kad jemputan telah diedarkan ini membingungkan Tan Sri Johan dan Puan Sri Mahani.
Dalam pada itu pula, Razlan Ariffin pemuda kampung yang begitu dedikasi dan amanah pada orang tua yang mengusahakan ladang ternakan telah diputuskan oleh tunangnya Mila kerana ingin melanjutkan pelajarannya. Walaubagaimanapun Razlan menerima kenyataan bahawa dia dan Mila tiada jodoh.
Tan Sri Johan akhirnya mendapat idea meminta pertolongan kakak iparnya, Ramlah isteri kepada arwah abangnya iaitu ibu Razlan. Tujuan awal beliau memang hendak Myra dengan Razlan berkahwin sekiranya Myra tiada pilihan sendiri. Namun latar belakang Myra dan Razlan berbeza kerana Razlan dibesarkan cara kampung manakala Myra pula moden cara pemikirannya.
Jodoh temukan Myra dan Razlan. Di sini bermula kelucuan dan kisah cinta yang unik. Sesuatu yang lahir daripada keikhlasan hati. Razlan seorang pemuda yang suka memetik gitar dan menyanyi dan dalam diam Myra tertarik dengan personaliti Razlan.


bagi ika movie nie biasa je kot . entah la . hahaha . tapi Nora Danish memang cantik . hehehe . cam dah biasa sangat tengok citer orang miskin kawen dengan orang kaya . orang kaya tu mesti sombong . ehhh . pastu bila lama-lama, konfem orang kaya tu suka kat orang miskin tu . camtu la kot .

btw, selamat menonton !


No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com