Kampung Kuala Mu

kali nie jom kita menjelejah ke kampung orang asli . kampung nie first time jugak ika masuk . so, ika pon tak tahu keadaan kampung tu macam mana . Alhamdulillah, ika berkesempatan masuk ke kampung tu memandangkan kitorang terlibat dengan program di sana . 

so, 2 hari sebelum program, ika dan kak milah ditugaskan untuk masuk ke kampung tu untuk setelkan apa yang patut . sangatlah menterujakan bila nak masuk kampung tu sebab ika tahu kampung tu dulu jalan dia agak la mencabar . hehehe

bila sampai je kampung tu, eksaited kemain sebab nampak sungai ! hahaha . syoknye air sungai . . sejuk :)) jom tengok gambar sekitar Kampung Kuala Mu . first day nie tak banyak gambar yang ika amik .







kat atas nie buah tunjuk langit . buah nie ika tak tahu untuk apa sebenarnya tapi kalau tak salah la, untuk kesihatan . tu pon ada staf lain yang bagitahu . ika tak try makan pon sbb buah nie pahit . lalalala .

then, bila masuk kampung nie, kenalah prepare makanan siap-siap . memandangkan nak jumpa kedai, korang kena patah balik keluar sebab kampung nie nun jauh di atas bukit sana . hahaha . masing-masing tak bawak makanan berat time tu . nasib baik ada orang datang jual aiskrim . erm . aiskrim pon aiskrim la kan . . janji ada benda untuk alas perut . hehehe


tu je kot ika nak share kali nie . nanti ika share pasal program kat kampung nie pulak nanti . kali nie ika kenalkan dulu kampung nie . suka dengan sungai dia . cantik :)




3 comments:

  1. cantiknyaaaa..klo kg cmni best juga leh mndi2..

    ReplyDelete
  2. dapat letak kaki pon besttt.sejuk

    ReplyDelete
  3. ohh..mcm tu rupenya buah tunjuk langit.. :)

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com