Awan Dania The Movie ! | Movie 57

review movie lagik . oh ya ! ika layan movie melayu je . movie omputih nie layan jugak tapi tak tahu sangat perkembangannya . sebab tu selalu dok review movie melayu je . ngeeee

AWAN DANIA THE MOVIE


SINOPSIS ::

Awan Dania The Movie bermula dengan pencarian krew kabin terbaik . Semua pramugari dan pramugara mahu diiktiraf. Senarai 12 krew kabin terpilih telah diumumkan untuk bersaing merebut gelaran 'terbaik', termasuk Dania dan Tania.

Tania pernah menggondol anugerah tersebut, dan beliau juga begitu popular di kalangan krew kabin dan penumpang. Dania mengetahui Tania mempergunakan Remy, seorang juruterbang untuk memenangi anugerah tersebut serta untuk mendapatkan perhatian orang ramai.

Dania mula membuat perancangan untuk memberitahu tentang niat jahat Tania kepada Remy. Remy pernah menyukai Dania satu ketika dahulu tetapi ditolak oleh Dania kerana Dania memilih kariernya sebagai pramugari. Dania menyamar menjadi penumpang pesawat yang dinaiki Tania.

Dania menggunakan rambut palsu 'Afro' selain kaca mata hitam bagi menyembunyikan wajah asalnya. Dania mulai mengintip Tania kerana ingin melihat cara Tania bekerja serta melayan penumpang. Apabila tiba di sebuah pulau di Malaysia, Dania mengekori pergerakan Tania. Perang bermula di antara Dania dan Tania apabila Tania menyedari dirinya diekori oleh Dania.

Tania semakin galak dengan cubaan untuk menarik perhatian Remy di samping cuba membuatkan Remy membenci Dania. Sementara Dania cuba menarik perhatian Remy untuk kembali mendapatkan cinta Remy.

Dania meminta Benjy menyamar menjadi kekasihnya semata-mata untuk membuatkan Remy cemburu. Sebaliknya, perkara lain pula yang berlaku membuatkan peperangan Dania dan Tania semakin kritikal.


kredit here :)

trailer :)

disebabkan ika suka dengan Scha, ika eksaited nak tengok movie nie . ehhh . suka tengok scha yang cantik tu . movie nie bagi ika biasa je kot . tapi kelakar pulak bila tengok Tania gaduh dengan Dania . betul la kan . dengan kawan baik sendiri pon kita boleh gaduh hanya kerana satu perkara :)

so, happy watching korang !





1 comment:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com