Novel 62 :: Biarkan YM Terus Berbicara - Hanni Ramsul

dah lama tak review novel . so, kali nie nak review seketul novel yang dah selamat ika baca . heeee

BIARKAN YM TERUS BERBICARA - HANNI RAMSUL


SINOPSIS ::

Biarkan YM Terus Berbicara, menyingkap kisah perkahwinan Tiya dan Encik Firdaus . Walaupun pasangan ini saling mencintai namun tetap ada perkara yang tanpa sedar telah menimbulkam konflik dalam perhubungan mereka .

Melihat hubungan akrab di antara Encik Firdaus dan teman baik suaminya itu, Mia, hati Tiya yang tidak pernah suram dengan rasa cemburu, terus sahaja menyimpan wasangka . Rasa tidak senang hati yang sering diungkap kepada suaminya, menimbulkan rasa kurang senang di pihak sang suami . Berasa dirinya sentiasa dicurigai, Encik Firdaus menasihati Tiya agar belajar untuk terus dipercayai . Demi menjaga ikatan perkahwinan mereka, Tiya mencuba sedaya upaya untuk sembunyikan semua rasa kurang senang serta rasa cemburunya .

Keadaan tembah memburuk apabila ibu Mia, Puan Sri Ainun muncul menjadi batu api yang meniup kekacauan dalam rumah tangga Tiya . Lantaran tidak mahu melihat anak gadisnya terus bersedih, dia nekad cuba memisahkan Tiya dan Encik Firdaus kerana hatinya yakin, Mia sedih dengan perkahwinan Encik Firdaus . 

Ditambah pula dengan kemesraan serta perhatian luar biasa Encik Firdaus kepada Mia, Tiya semakin makan hati . Setelah segala usahanya untuk cuba memenangi hati Encik Firdaus seakan gagal dan, Encik Firdaus pula mula menyalahkannya atas satu kejadian yang dalangnya ialah Puan Sri Ainun, Tiya nekad undur berundur .

Salah faham terhurai apabila pemergian Tiya mula membuka mata Encik Firdaus untuk mencari punca konflik . Semuanya ternyata cuma kebetulan . Hasutan ibu Mia dan alahan yang dialami oleh Encik Firdaus datang serentak ternyata hampir memisahkan mereka . Menyedari Encik Firdaus masih mencintainya sepenuh hati dan Mia masih berharap kepada Abang Kamal yang masih melayan perasaan kecewa, Tiya bangkit melakukan sesuatu . 

Hubungan Mia dan Abang Kamal cuba diwujudkan dengan pertolongan mak long, ibu Abang Kamal juga bantuan daripada Mia sendiri . Bermulalah rancangan demi rancangan yang diatur juga kisah Encik Firdaus yang disahkan mengalami Couvade Syndrome atau sympathetic pregnancy sepanjang Tiya mengandungkan anak sulung mereka .


seriously novel nie awesome ! sangat best . tak rugi baca . heeee . pengalaman seorang suami yang rasa sendiri macam mana keadaan seorang isteri bila mengandung . dia yang morning sicknes . dia yang alahan . dia yang loya-loya time wife dia pregnant . sampai wife dia nak bersalin pon, dia jugak yang rasa sakit tu . awesome kan ? :)



No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com