Kellie's Castle

entry nie ika nak share dengan korang satu lagi tempat best yang ika sempat melawat . ngeee . otw nak balik Ipoh dari Lumut, kitorang sempat singgah di Batu Gajah memandangkan ika belum pernah lagi sampai kat sana, so kakak-kakak nie berbesar hati untuk kenalkan ika bandar Batu Gajah . hehehe .

alang-alang dah ada kat Batu Gajah, apalagi, jom la singgah ke Kellie's Castle . nie pon salah satu tempat yang ika nak sangat pegi . akhirnya tercapai jugak .

ika yang sekeping di tengah tu . heee

bayaran masuk ke dalam Kellie's Castle nie ialah RM 5 . berbaloi sebab dalam tu luas dan korang boleh amik gambar ikut suka hangpa la . siap boleh photoshoot lagi . hahaha . dan entry nie sarat mengandung gambar . errrr



bagi ika, Kellie's Castle nie still nampak gah walaupon sebenarnya istana nie tak siap . walaupun tak siap, tapi masih ada keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri .





Bangunan Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith . Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India . Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras .

William Kellie Smith adalah dari sebuah kampung di Scotland yang dikenali sebagai Kellas . Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun . Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk meneroka 360 hektar hutan di Perak .

Dengan keuntungan besar yang dibuat dari perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi dalam industri perlombongan timah . Sewaktu dengan itu, ia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company .

Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Scotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Malaysia pada tahun 1903 . Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka bernama Helen . Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal . William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu .

Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya, Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915 . Kelahiran anaknya adalah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith . Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluaskan rumahnya . Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland .

Bangunan ini mempunya 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapkan dengan lif yang pertama dibina Tanah Melayu . Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen .

Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911 . Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling unik di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya .

Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal pada 11 September 1926 . Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya .

SUMBER :)



walaupun cuaca hari tu kemain lagi panas terik, tapi ika still jugak masuk dan naik ke tingkat atas bangunan tu . jangan ingat tak ramai yang datang ke Kellie's Castle nie, kemain ramai orang . 



berjaya panjat ke atas bumbung level 2 :)


bumbung paling atas ! oyeahhh !


lepas dah habis pusing satu istana tu, kat luar tu ada taman untuk korang rilekskan minda . heee . boleh la nak jalan-jalan kat taman tu pulak . taman tu dijaga rapi . sangat bersih !



babai Kellie's Castle :)



4 comments:

  1. kat ipoh ye?? even ena stay kat perak ni, tak pernah ooo pergi tang sini... teringin nak pergi... huhuhuhuh

    ReplyDelete
  2. kita pergi sana baru2 ni.. tapi tak sampai atas pun sebab hujan.. wuwuwuwu

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com