ETS & Pesta Buku

minggu lepas berlangsung pesta buku di PWTC . so, ika pon menjoinkan diri ika ke pesta buku tu sebab ika memang suka baca buku dan ika suka kumpul buku dan majalah . ika pegi ari Ahad 28 April 2013 . balik hari . bagi ika dekat kot . Ipoh-KL dalam 2 jam 30 minit naik ETS .



cam biasa, ika akan pegi KL guna ETS . sebab bagi ika cepat . lagipon sampai KL Sentral, ika boleh terus naik LRT ke PWTC . senang ! tren ika pukul 7 pagi . so, seawal 6.30 pagi ika dah sampai kat KTM Ipoh . heeeee


camwhore di mana2.hahaha

dan tiba-tiba tren yang ika naik tu berhenti dalam 5 minit camtu la kot . kitorang sebenarnya tak tahu apa yang jadi sehingga di'announce' . so, just sit and wait :)



apa yang nak ika kongsikan kat sini ialah, ika dah banyak kali naik ETS nie . cam dah jadi pelanggan tetap la kan . so, dah macam-macam yang ika rasa . kali nie nak share pengalaman tren terpaksa berhenti di Kepong Sentral di mana kitorang terpaksa turun kat situ dan akan ada bas yang akan amik kitorang dari sana untuk dihantar ke KL Sentral . tu adalah satu pengalaman untuk ika tapi still tak mematahkan semangat untuk terus gunakan khidmat ETS .


ika tak boleh nak salahkan sape-sape . sebab diorang pon tak bajet benda camtu boleh jadi kan ? so, ika dok diam-diam jelah . heeee . apa yang penting bagi ika ialah sampai KL . hahahaha . walaupon ika sepatutnya sampai KL pukul 9.30 pagi camtu la kan tapi hari tu ika sampai KL lebih kurang pukul 11 lebih . Alhamdulillah, selamat jugak ika sampai :)



sampai KL, ika terus gerak ke LRT Hang Tuah untuk amik sepupu ika kat sana then patah balik ke LRT PWTC . hahahaha . seronok main LRT nie . seriously ramai sangat kat Pesta Buku tu sampai berpeluh-peluh nie . nak beli buku pon kemain beratur panjang ! tapi still sangatlah seronok sebab macam-macam buku ada kat sana . heeeee



pukul 6 petang, ika gerak balik ke Ipoh naik ETS lagik ! hehehe . Alhamdulillah, bila ika balik petang tu, masalah yang sama dah tak berlaku . mungkin diorang dah fix masalah tu :)




antara buku yang ika sempat grab kat Pesta Buku . heeee . 5 ketul novel dan 1 majalah yang ika berjaya beli di Karangkraf . nak beli kat Kaki Novel punya booth tapi ramainye ya ampunnnn . hahahaha . last-last balik beli online novel Kaki Novel :)


jumpa lagi ye Pesta Buku . ngeeee .



No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com