Novel 61 :: Isteri Separuh Masa - Suri Ryana

review novel lagik . terlampau banyak novel yang tak dibaca lagi . so, kenalah habiskan satu per satu . kan ? lepas nie boleh la bukak mini perpustakaan kat rumah . rak buku pon dah beli . oyeahhh

ISTERI SEPARUH MASA - SURI RYANA


SINOPSIS ::

Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu . Dia seterusnya mengisytiharkan 'perang' dengan adik angkatnya itu . Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu . Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara .

Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama ? Bagaimana pula dengan pelajaran ? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya ? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek .

Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani . Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut . Dia hanya berpura-pura melayan Median Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja . Berlainan pula halnya dengan Median Izwani . Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal .

Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi . Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya . Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu gara-gara nenek yang ingin menetap bersama mereka .

Apakah penghujungnya kisah mereka nanti ?

Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa . . walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja .

Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya ? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril ?

Kehadiran bunga-bunga orkid misteri beserta kad mengingatkannya kepada Megat Shazril . Medina Izwani semakin bercelaru . Teringat kembali janji lelaki itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya . Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta dan hidup bahagia hingga akhirnya ?


novel nie best ! hehehe . suka dengan nama Medina Izwani . sangat unik . btw, ika memang suka dengan karya Suri Ryana . sebelum nie novel M.A.I.D . so, skrg novel nie pulak . bestttt ! heeee .

tapi seriously cuak bila baca novel nie time si adik Megat Shazril tu nak balas dendam . past is past . so, tak perlu kot nak balas dendam bagai . lagi pulak, kematian abang dia tu bukan salah Medina . dia tak sepatutnya bertindak sampai p telan pil banyak-banyak sampai mati . sangat tak patut . tu pon dah dikira bunuh diri kan ? ermm . baru putus cinta, belum lagi cerai . haishhh . emo pulak . hahahaha




4 comments:

  1. ramai yg ckp best...
    tp nur tak pernah baca, sbb ada yg kata lebih kurang maid...

    ReplyDelete
  2. after this novel ni pulak jadi drama, hihi :)

    ReplyDelete
  3. belum pernah bace novel bertajuk nie lagi. hee

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com