Novel 60 :: Bila Blogger Jadi Maid - Zati Mohd

review novel lagik . novel nie ika dah habis baca minggu lepas lagi tapi disebabkan masalah kemalasan melanda jiwa dan raga untuk update blog, terpaksa la ditangguhkan . so, hari nie meh la kita review novel nie :)

BILA BLOGGER JADI MAID - ZATI MOHD


SINOPSIS ::

Boleh ke si blogger jadi maid ? Bagi Risya, sikit pun tak menjadi masalah buatnya . Asalkan dia tidak goyang kaki di rumah itu sudah cukup baik . Rutin hariannya sebagai maid, tak adalah sesusah mana . Tapi yang buat susahnya, bila dia jumpa mamat poyo, Ash .

Ash yang sering mengusik membuatkan hubungannya dan Risya rapat . Bergurau dan bergelak ketawa sudah menjadi rencah dalam hidup mereka berdua . Tanpa diduga, Ash mahu Risya menjadi suri di hatinya saat Aimie, kekasih hatinya tidak hadir semasa majlis pernikahan mereka .

"Jadi, nak saya buat apa ?"

"Awak kahwinlah dengan saya ."

Jodoh sudah tertulis buat mereka . Dalam keadaan terpaksa, mereka disatukan . Mulalah episod baru dalam hidup Risya . Memandangkan tiada rasa cinta dalam diri Risya . Risya dan Ash telah membuat satu perjanjian bodoh . Perjanjian yang menentukan sama ada status suami isteri itu masih kekal ataupun tidak .

Dalam Risya mengharap perjanjian yang dicipta menjadi nyata, ada satu rasa hadir dalam dirinya buat Ash . Saat bahagia mula menyulam rasa, hadir Wafiy yang mencintai Risya dan muncul Aimie, kembali menagih cinta Ash .

Akan bahagiakah hubungan yang Risya dan Ash jalinkan ?

Perjanjian apa yang dimeterai Risya dan Ash ?

Berjayakah Wafiy dan Aimie menarik perhatian insan yang disukai ?

Mampukah Risya dan Ash mempertahankan rasa sayang yang mula berkembang dalam hati ?

Atau, antara mereka ada yang berpaling tadah ?

Bila blogger mampu jadi maid, adakah maid mampu menjadi seorang isteri ?


novel nie serius best ! ika mula baca pon sbb kakak ika yang recommend kan untuk ika . sbb dia cakap perangai si Risya tu sama cam ika . hahahaha . so, lagilah excited kan nak baca :D lagi pulak Ash tu sweet . heeee . so, tak rugi beli dan baca .




8 comments:

  1. novel makin banyak sekarang ni kan? sampai tak terkejar nak membeli n baca... yang ni tak beli lagi... boleh cari nanti...

    ReplyDelete
  2. wah..nak beli jugaklah ika..cam best aje!!

    ReplyDelete
  3. hehehe..comel je kan jln cerita dia.
    tajuk pun dah comel. hehehe

    ReplyDelete
  4. Novel ke 60!!!
    memang pembaca tegar novel ini..ehhehehe

    ReplyDelete
  5. err...mcm teringin nak beli.. :)

    ReplyDelete
  6. hehe macam best... adik nak kena cari nie untuk koleksi seterusnya... :)

    ReplyDelete
  7. pernah nmpak dekat bookstore bku tu hehee :D

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com