Novel 59 :: Kampung Girl - Umi Kalsom

done baca novel kat bawah nie . hohoho . sebenarnya novel nie dah lama ika beli . dah tersadai lama kat rak buku . kesian pulak tengok dia . hahahaha . 


KAMPUNG GIRL - UMI KALSOM


SINOPSIS ::

Perkahwinan diaturkan oleh keluarga ? Ashraf langsung tidak menyangka ! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin . Ainnur ! Si budak kampung itu ?! Tidak mungkin .

"Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu . . . mummy jangan paksa Ash !" - Ashraf Khairi

"Ain akan kahwin dengan abang Ash !" - Ainnur

Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata .

Bergaduh mulut ? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata . Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan .

"Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami ?" - Ashraf Khairi

Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah .

Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa . . kerana mulut ? Jerat terkena diri pemangsa . Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang 'menjahanamkan' diri Ashraf .

"Ash nak ajak dia beli cincin tunang ." - Ashraf Khairi

Lain yang dirancang, lain pula jadinya . Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur . Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada 'rahsia' yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf . Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga . Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya .

"And what have you been thinking, doing such thing to me ? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh . ." - Ashraf Khairi

Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab . Terkantoi Ainnur dengan helahnya . Kesudahannya . . Adakah Ashraf makin membenci ? Adakah Ainnur menjauhkan diri ? Tidak akan bertemukah dua hati ini ? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci ?

perghhhhhh ! novel nie best sangat habaq hang . rugi pulak tak baca awal2 . heeeee . nnt nak baca sekali lagi la . heheheheh




3 comments:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com