Novel 58 :: Setia Hujung Nyawa - Fatin Nabila

baru sempat nak review novel nie . novel yang ika beli masa drama dia masih ditayangkan kat tv . hehehe . dah baca lama tapi baru nak review . hahaha

SETIA HUJUNG NYAWA - FATIN NABILA


SINOPSIS ::

Pengantin perempuan lari ? Zain Hakimi panasaran . Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya . Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut . Gadis itu segera dilamar .

Heliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu . Juga demi menyelamatkan maruah keluarga, Ersalina terpaksa rela . Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya . Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit .

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri . Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya lalu kasihnya melimpah di hati . Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung . Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu . 

Kepedihan ini amat dalam lukanya . Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain . Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah . Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah . Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi . Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa .


citer nie best la jugak . tapi jalan citer dia dgn drama  takde la sama sangat . hehe . tapi still best :) 

oh ye, masa ika nak dapatkan novel nie, punyalah susah . ika p cari kat Popular Bookstore . sampai sana, abang yang jaga tu cakap dah habis . kalau nak jugak, kena tunggu stok baru la dalam 2, 3 hari . tapi abg tu baik hati sangat, dia bagi yang dia punya dulu . ngeeee

9 comments:

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com