Kerat 14 | Movie 49

kali nie nak review movie yang ika baru je tengok . tengok online saje . hahaha . dah takde partner nak p tengok wayang sama-sama . nak p jalan sama-sama . wuwuwuw

KERAT 14


SINOPSIS ::

Kerat 14 menceritakan tentang penemuan mayat yang bahagian badan sudah dikerat-kerat dalam tong sampah yang menjadi tanda tanya bagi kes pembunuhan yang berlaku.

Ia bermula dengan kisah sepasang kekasih, Haziq dan Nurzara yang mahu meraikan hari jadi Nurzara di sebuah disko. Bagaimanapun, ketika ditinggalkan keseorangan dalam disko, Nurzara didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali, Aril. Tanpa dijangka, Aril mencalit minyak pengasih untuk memikat Nurzara. Dia seperti dirasuk apabila mengikut saja Aril yang mengajaknya menari.


Haziq tidak dapat menahan kemarahan apabila ternampak kekasihnya menari dan bermesra dengan lelaki lain. Haziq dan Aril bergelut tetapi dileraikan pengawal kelab disko. Ia tidak berakhir di situ apabila Aril mengekori Haziq dan Nurzara untuk mengetahui tempat tinggal Nurzara.


Apabila melihat kelibat Haziq hanya menghantar Nurzara di bawah pangsapuri, Aril terus mengekori Nurzara. Nurzara yang masih teringat-ingatkan Aril terkejut apabila melihat kelibatnya di hadapan rumah.


Mereka memadu asmara, sambil Aril mencuri barang kemas dan dompet Nurzara. Haziq yang tidak sedap hati ke rumah Nurzara dan melihat Aril sedang bercumbuan dengan kekasihnya. Di sini berlaku insiden pembunuhan apabila Haziq tidak sengaja menyebabkan kematian Aril.



trailer :)


full movie :)

mula-mula ika ingat citer nie cam citer seram la . tapi bila dah tengok, ok la kot . part yang dia potong mayat tu memang ika tak tengok even dia tak tunjuk pon . hahahaha . cuma dok terbayangkan je . haishhh . btw, ensem jugak yang pegang watak Aril tu . hehehe

bagi ika jalan cerita dia boleh tahan la best . tapi ika ada baca komen yang mengatakan citer nie cam gerak khas . hehehe . maybe sbb ada part yang soal siasat tu la kot . hahaha . pape pon ika rasa tak rugi kot tengok :)





13 comments:

  1. dah lama tak tgk citer melayu..tunggu citer mamat khalid je.hehe

    ReplyDelete
  2. dah ada movie cuma belum ada masa nak tengok

    ReplyDelete
  3. Kesiannya takde partner nak tengok wayang..

    ReplyDelete
  4. ada yg kaitkan filem ni ngan kes monna fendy. betul ke. hehehe

    ReplyDelete
  5. download dh lma..bru nk tgk mlm ni :)

    ReplyDelete
  6. nampak gayanya tgk sini ja lah..haha

    ReplyDelete
  7. ye ke.. rase tgk mcm tak best je... huhuhu... best sbb ada Aaron je...

    ReplyDelete
  8. ramai yg cakap cite ni tak best.. huhu

    ReplyDelete
  9. tgok sekerat je.. sebab cerita da tahu sapa yg bunuh.. xsaspen n suprise sgt

    ReplyDelete
  10. hoho..cite dye simple sgt..x best mcm cite org puteh! hehehe..tp layan! =) eqah, kitorang tengok dlm bilik mcm tngok wayang je eqah!! hehehehhe

    ReplyDelete
  11. takde thrill sgt sbb kita awl2 dh tahu siapa bunuh siapa.

    ReplyDelete
  12. besh ea?dah donlod tapi tak nengok2 lagi.donlod pon sebab mak suruh..dia nak tengok sangat huhu

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com