Wawa Semput | Movie 48

minggu lepas ika ada tengok movie lagi . hehehe . keje tengok movie je . yelah . sebab sekarang mood nak baca novel tersangatlah malas . so, mood nak tengok movie pulak tersangatlah rajin . heeee

WAWA SEMPUT


SINOPSIS ::

Konflik cinta BOBBY dan WAWA daripada filem Adnan Sempit tidak berakhir begitu sahaja. Kini, ianya disambung kembali dalam filem penuh komedi dan aksi memaparkan Bobby dan Wawa yang terpaksa menghadapi ujian terbesar dalam hubungan mereka apabila Bobby menuduh Wawa tidak setia.

Nama Ismat menjadi penyebab segalanya. Wawa sudah naik muak dengan sikap Bobby yang suka merempit mengambil keputusan untuk berpisah dan pulang ke kampungnya. Bobby merayu berkali – kali dan meminta maaf namun tidak dilayan langsung oleh Wawa. 

ISMAT muncul dengan penuh bergaya dan menumpangkan Wawa pulang ke kampungnya. Bobby yang memang sudah tangkap cintan guling – guling dengan Wawa tekad untuk mendapatkan Wawa kembali. Ismat dan Wawa pulang ke kampung dan terkejut apabila melihat Bobby terlebih dahulu sudah sampai. 

Lama kelamaan, Wawa mulai naik semput dengan sikap Bobby dan Ismat yang tidak sudah bersaing untuk memikatnya. PAK KUDIN, ayah kepada Wawa lebih menyukai Ismat yang dirasakan mempunyai masa depan yang lebih cerah berbanding Bobby yang kaki rempit. 

Namun, Pak Kudin juga sedar yang Wawa masih sayangkan Bobby dan mengharapkan dia akan berubah. Kawan baik kepada Wawa, AYUNI jatuh cinta pandang pertama pada Ismat kerana wajah Ismat yang mirip dengan bekas kekasihnya cuba untuk merampas Ismat daripada Wawa namun Ismat tetap setia pada cintanya. 

Sesuatu harus dilakukan demi memisahkan Ismat dan Wawa. Ayuni dan Bobby berpakat! Apakah yang akan dilakukan oleh Ayuni dan Bobby? Masih adakah ruang untuk Bobby di hati Wawa?

trailer :)

full movie :)

bagi ika movie nie best . kelakar jugak . heeee . tapi dah agak la mesti dapat kat si Bobby tu . pape pon memang best :) . gaduh pon siap berpantun-pantun lagi . bhahahaha . Bobby pulak sanggup buat apa je untuk dapatkan semula Wawa . sweet ^__^

6 comments:

  1. citer ni mmg kelakar..sweet jgk laa..suka tgk yana tu..he3.. :D

    ReplyDelete
  2. tgk trailer je....xtgk lg crite ni....hehe..thank bg video full, sng nk tgk..hahaha

    ReplyDelete
  3. wahhh..belum tgk lagi ni..
    nanti boleh tgk.. :)

    ReplyDelete
  4. nampak mcm best!!!! nanti nak layan lah.....

    ReplyDelete
  5. terima kasih bagi link movie ni.jap lagi nak tgk

    ReplyDelete
  6. huuu macam best je..
    tak berkesempatan nak tgok pon... huhu

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com