Karnival Sukan Perpaduan Orang Asli | Day 3

bersambung dari Day 2 :)

hari ketiga nie merupakan hari perjalanan kami ke Kuantan, Pahang . pagi-pagi lagi kami bersiap untuk ke sana . dalam pukul 9.00 pagi kitorang bertolak ke sana dari Ipoh, Perak :)

perjalanan lebih kurang 6 jam lebih tu sangat menyeronokkan . hahaha . seronok la bagi ika sebab keje ika tido je dalam bas tu . ika kat mana-mana pun memang suka tido . hahahaha ! kitorang ke sana dengan 2 buah bas . wohaaaa . ramai kan yang pegi main sukan tu .

ika naik bas yang 2 tingkat punya . best tau naik bas nie sbb siap boleh tengok movie . hahahaha ! memang terbaik la kan . tapi movie yang dia pasang tu ika dah tengok . wuwuwu . dan sebab tu lah ika tido je dalam bas . tp masa dekat jalan Genting Highlands tu ika tak tido . sbb kat sana kawasan dia cantik sangat :)

then, kitorang berhenti makan kat Hentian Genting Sempah . first time ika jejak kaki kat sana . makanan kat sana bagi ika la kan agak mahal . kot . hehehehe . ika makan seciput je . tapi mak aihhh . harganya . erm erm je lah kan .

sampai kat Kuantan, Pahang dalam pukul 4 camtu la kot . hiks . kat sana, kitorang menginap di Sri Manja Boutique Hotel bersama kontinjen dari negeri lain . kalau tak salah ika, nie hotel baru .


pada sebelah malam, kitorang ada perjumpaan staf JAKOA di Hotel D'Embassy . kat sana kitorang dengar ceramah tentang Peranan Suruhanjaya Pencegah Rasuah 'Memerangi Rasuah' . terbaik la ceramah malam tu . hahahaha !


dan inilah penceramah pada malam tu . terus tak mengantuk bila dia ceramah . hahaha . terbaik  KJ ! :)


gambar sekitar ceramah pada malam tu . kredit to JAKOA Perak & Kedah . heee





abis je ceramah, terus ika balik dengan kakak . yeay ! kakak datang amik kat hotel . dapat lah jumpa kak long ika . hip hip horey ! hahahaha . sebenarnya kak long datang amik baju kotor je . jumpa kejap je sbb dh lewat . lagipon esoknya kak long datang lagi . hahaha :P


bersambung . .

5 comments:

  1. semua nampak khusyuk dengar ceramah ;D

    ReplyDelete
  2. best naik bas dua tingkat?
    kawan2 nur kata seram..hihih

    ReplyDelete
  3. lama jugak karnival tu berlangsung ya..... mesti byk xtvt......seronoknya....

    ReplyDelete
  4. suruh bsuh baju?haha...apa erk yg dorg ckp dlm ceramah ni?

    ReplyDelete
  5. serius je muka2 yg dgr ceramah ni..hihihi

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com