Karnival Sukan Perpaduan Orang Asli | Day 2

sambungan dari Day 1 :)

untuk hari kedua nie, kitorang ada training je dari pagi sampai petang . dan untuk malamnya kitorang berehat . pagi esoknya nak bertolak ke Kuantan, Pahang dah .


pagi-pagi lagi kitorang dah bergerak ke padang untuk latihan bola jaring . team untuk sukan lain pon bergerak ke tempat latihan masing-masing . antara sukan yang dipertandingkan nanti ialah bola jaring, bola tampar L dan P, futsal, badminton, bola sepak, sepak takraw dan juga menyumpit .



nak tahu keputusan bagi setiap sukan tu nanti ? kena lah tunggu sehingga hari ke berapa entah entry ika nie nanti . hahahaha ! ika dah tahu :P

dah lama sebenarnya tak berjemur di tengah panas . dan dah lama jugak tak main bola jaring . ilmu pengetahuan dalam bola jaring pon dah hilang entah ke mana . hehehehe . nasib baik la ahli pasukan ika nie sudi bagi tunjuk ajar kat ika . 



oh ya . setiap pertandingan yang dipertandingkan tu, pemain mestilah terdiri daripada masyarakat orang asli dan jugak staf JAKOA . nama pun sukan perpaduan orang asli . so, haruslah mengutamakan diorang :)

masyarakat orang asli nie memang suka bersukan kat kampung diorang . so, tak heranlah kalau diorang lagi pandai main sukan daripada ika . hahahaha . stamina diorang pon mak aihhh . terbaik ! even dah ada anak pon, still lagi kuat . oyeahhh ! :)

dan kitorang ada Majlis Pelepasan Kontinjen JAKOA Negeri Perak & Kedah ke Karnial Sukan Perpaduan Orang Asli 2013 pada sebelah malamnya :)



p/s :: kadang-kadang ika rasa macam ika tengah tulis karangan . errrr

bersambung . . .

7 comments:

  1. Nur sampai sekrang tak tahu main bola jaring..heeee....

    ReplyDelete
  2. wah...byknya revine...nak satu !!!!

    ReplyDelete
  3. fuh ! revive tuh , hahaha ! CP pown baru balek dari temerloh pahang :D

    ReplyDelete
  4. tuis karangan ade isi xpe...eh, duk berjemur tgh pns, sunburn ler tu :D

    ReplyDelete
  5. Seronoknya bila bercampur gaul dengan masyarakat.

    ReplyDelete
  6. dtg baca karangan ika..boleh dpat markah A ni..

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com