Novel 56 :: Sha & Shah - Sha Ibrahim

dah 2 bulan tak baca novel . so, hari nie nak review novel . baru berjaya habiskan seketul novel walaupun sangat sibuk pindah rumah . ngeeeee . 

SHA & SHAH - SHA IBRAHIM


SINOPSIS ::

Sahabat sejati, BFF. Itulah istilah yang paling sesuai untuk menyatakan hubungan yang terjalin antara Farisha a.k.a Sha dan Fariz Ameerul Shah a.k.a Shah. Sejak kecil mereka bersahabat baik. Sentiasa kelihatan bersama sehinggalah Shah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara meninggalkan Sha yang sekadar mahu menuntut di dalam negara sahaja.

Kepulangan Shah ke tanah air setelah menamatkan pelajarannya dikejutkan dengan satu berita yang selama ini tidak pernah terlintas di benak fikiran dua sahabat ini. Mereka telah ‘dijodohkan’. Perkara yang membuatkan Sha dan Shah ‘blur’ buat seketika. Namun, dalam hal ini Shah yang paling kalut. Walaupun dia menolak perancangan yang tidak masuk akal itu, mummynya tetap mengugutnya untuk menjodohkan dia dengan gadis lain. Sedangkan Sha, mama dan papanya langsung tidak memaksa sekiranya perancangan mereka mendapat tentangan.

Disebabkan tidak mahu berkahwin dengan gadis yang tidak dikenali dan dianggap tidak sesuai dengan dirinya, Shah membuat perancangan gila! Mengajak Sha bersetuju sahaja dengan perancangan yang telah ditetapkan ibu-bapa mereka sebelumnya. Itu sahaja jalan yang paling selamat. Berkahwin dengan sahabat baik sendiri. Pada mulanya rancangannya itu mendapat tentangan hebat daripada Sha yang menganggap keputusan Shah tidak boleh diterima akal. Namun disebabkan rasa simpati terhadap sahabat baiknya itu, Sha akhirnya bersetuju. Tetapi benarkah hanya wujud perasaan simpati di dalam hati Sha ketika itu? 

Sanggupkan dia korbankan masa depan sendiri dengan mengahwini lelaki yang dia tidak cintai? Shah pula, waktu itu hanya satu benda sahaja yang bermain dalam kepalanya. Dia tidak mahu hidupnya terikat sekiranya dia berkahwin dengan perempuan yang tidak faham akan kehendak dan perangainya yang suka sangat berkawan dengan kaum Hawa.

Bagaimanakah kehidupan mereka setelah berumah tangga? Adakah mereka hidup sama seperti pasanganpasangan yang sudah berkahwin? Adakah Sha mampu bertahan dengan sikap suami sendiri yang suka sangat timbulkan gosip liar dengan wanita lain di luar? Shah pula tegakah dia menduakan isteri yang merangkap sahabat baiknya sendiri? SHA DAN SHAH kisah PERSAHABATAN dalam PERKAHWINAN…


andai jodoh ini tidak berpanjangan...
izinkan aku terus menjadi sahabatmu...

novel nie best ! hehehehe . suka kat Shah yang sweet dan romantik tu . bhahahaha . sayang betul dia kat Sha . untung la dapat asben cmtu . nak jugak sorang camtu . ngeeee .



10 comments:

  1. huwaaa dah lama tak layan ape2 jenis novel pun..

    ReplyDelete
  2. Lamanya tak baca novel.....
    Huhuhuhuhu....

    ReplyDelete
  3. akak kalau bc novel mesti tertido.. hihii

    ReplyDelete
  4. akak kalau baca novel selalu emo lebih..hehe tu yang malas baca tu..tp still baca jugak.

    ReplyDelete
  5. andai jodoh tidak berpanjangan, izinkan aku terus menjadi sahabat mu..

    sukalah ayat niii.. :)

    psst..nur pun ade novel yg xabis lagi..huhhuhuhu

    ReplyDelete
  6. sweet cover dia...sesweet jln ceritanya.....

    ReplyDelete
  7. cover pun sudah buat MV jatuh cinta

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com