SAM - Movie 41

nak review movie . movie nie pon dah lama . ika baru tengok online hujung minggu lepas . so, nak review la :)

 SAYA AMAT MENCINTAIMU


SINOPSIS ::

Filem SAM merupakan filem psiko romantik yang mengisahkan tentang Sam, seorang lelaki biasa yang mahu menjalani kehidupan normal dan bahagia bersama insan tersayang, iaitu kekasih dan bakal isterinya, Lisa .

Sam dan Lisa bekerja di sebuah syarikat percetakan . Malangnya, Lisa mempunyai ramai peminat termasuk seorang lelaki psiko bernama Haikal . Pada masa yang sama juga, Jefri turut menaruh harapan pada Lisa .

Lelaki psiko, Haikal amat mencintai Lisa dan sanggup berbuat apa sahaja untuk memilik Lisa . Akibatnya, Lisa sering diganggu oleh Haikal dan timbulnya konflik pergaduhan antara Sam dan Haikal .

Apabila Lisa menolak cinta Haikal, bertambah psiko diri Haikal yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa cintanya tidak berbalas . Kemuncaknya, Haikal menculik Lisa dan Sam membalas dendam .


kat atas nie trailer SAM . kalau nak tengok full movie, kat bawah nie :)



bagi ika movie nie best tapi seram la jugak . ika nie dah la tak boleh tengok citer yang ade aksi-aksi seram . errr . memang best sbb permulaan citer dia yang sangat sweet dan sangat romantik, so ika tak bajet yang lepas tu bertukar jadi seram . hihihi .
Filem SAM merupakan filem psiko romantik yang mengisahkan tentang Sam (Shaheizy Sam), seorang lelaki biasa yang mahu menjalani kehidupan normal dan bahagia bersama insan tersayang, iaitu kekasih dan bakal isterinya, Lisa (Lisa Surihani).

Read more: http://www.perekacerita.com/2012/08/sam-saya-amat-mencintaimu.html#ixzz2DIyBOgHB
Filem SAM merupakan filem psiko romantik yang mengisahkan tentang Sam (Shaheizy Sam), seorang lelaki biasa yang mahu menjalani kehidupan normal dan bahagia bersama insan tersayang, iaitu kekasih dan bakal isterinya, Lisa (Lisa Surihani).

Read more: http://www.perekacerita.com/2012/08/sam-saya-amat-mencintaimu.html#ixzz2DIyBOgH
Filem SAM merupakan filem psiko romantik yang mengisahkan tentang Sam (Shaheizy Sam), seorang lelaki biasa yang mahu menjalani kehidupan normal dan bahagia bersama insan tersayang, iaitu kekasih dan bakal isterinya, Lisa (Lisa Surihani).

Read more: http://www.perekacerita.com/2012/08/sam-saya-amat-mencintaimu.html#ixzz2DIyBOgH
Read More

Boling Antara Jabatan Bangunan Persekutuan 2012


Jumaat lepas, ika ada ikut officemate ika pegi lawan boling antara jabatan tapi ika tak main yer . ika tak penah main boling . huhuhu . so, malam tu officemate ika datang amik ika then bawak ika pegi sana memandangkan ika pon bukan ada sape2 kat Ipoh nie .

pertandingan boling nie berlangsung kat Ole Ole Superbowl, Mydin Mall, Bandar Meru Raya, Ipoh . itu adalah kali kedua ika pegi sana . kemain besar gedabak Mydin Mall nie . penat kaki jalan T_T

perlawanan antara JAKOA, SPR dan jugak GEMILANG :)
 



eksaited sangat sampai gambar boling kat atas nie sanggup ika amik . sebenarnya lukisan nie kat dinding atas . so, kena dongak kepala la nak tengok . sanggup tu ika dongak semata-mata nak amik gambar boling tu . hahaha

kat bawah nie gambar ika dengan Kak Haida, officemate ika . kakak yang baik . weeee . kitorang sampai awal . so, sempat la bergambar sakan dulu . eksaited wa cakap lu . ika jadi pompom girl je . hahaha
  

orang lain yang penat main, ika yang makan dulu . sanggup pegi cari makan kat Marry Brown sebelum perut wa meroyan . hiks . makan smiley potato pon boleh :)
 


see, ika tak penah main boling . dapat pegang bola boling pon jadilah . hahahaha . pegang pon dah macam nak makan je bola tu . siap mengade pilih bola kaler pink sahaja . kaler lain takmau ! hahaha

kat bawah nie gambar ika dengan Ketua Unit Kewangan . nie la ketua ika yang cantik itu . ewahhhh ! kemain puji dengan harapan cuti ika diluluskan . heeeeee . (harap Puan Seri baca) hahaha
  


budak meroyan kat atas nie . hahaha . terlebih eksaited . ika pon tak tahu kenapa dengan dia . tak cukup makan mungkin hari tu . suka sangat orang amik gambar dia . hahaha

kat bawah nie pulak gambar Kak Haida dengan asben dia . mereka la yang amik dan hantar ika dengan selamatnya . thanks Kak Haida dan Abg Haida . eh ? siyes ika tak tahu nape ape suami dia . huhuhu
  


tahniah buat team Kak Haida sebab dapat Naib Johan Boling Antara Jabatan Bangunan Persekutuan 2012 :)
Read More

saya SAMSENG

kemain tajuk kat atas tu . hahahaha . just nak share satu benda yang berkaitan dengan ika tentang SAMSENG . sape yang kenal ika atau yang penah jumpa ika, mungkin diorang tahu la cmne cara jalan ika . 

cara jalan ika memang teruk sikit . memang tak nampak kesopanan di situ . hahaha . jalan macam lelaki . sekali pandang cam jalan ala-ala gangster . 

dah banyak kali sebenarnya ika kena tegur tentang cara ika berjalan nie . tapi entah la . bila kita dah biasa jalan cmtu, memang susah sikit nak ubah . takkan nak suruh ika jalan kepitttt je . hahahaha . memang susah la . lagipon ika sangat selesa berjalan cmtu . hikhik

kalau orang tengok dari belakang, memang akan ingat ika nie kasar orang nya . tapi bila tengok dari depan, eh ! comel pulak orang nya . hahahahha . perasan ! comel tapi jalan cam samseng . hukhuk


ada sape2 nak buat tutorial cara jalan untuk ika tak ? hikss . nak masuk yang modelling tu, awal2 lagi dah failed sebab tak cukup inci . kalau tak, boleh la cheq blajaq jalan ala-ala model gitu . hahaha
Read More

Seni Pada Gelas Styrofoam

hari nie ika nak kongsi dengan korang satu lagi seni . kali ni seni pada gelas stryofoam . gelas yang biasa kita pakai time kenduri kendara tu . hahaha . gelas pakai buang .

seni ni dihasilkan oleh Boey . ika letak sikit je gambar nie . nak tgk banyak lagi, klik SINI 











comel kan ? sangat kreatif ! hikss

SUMBER :: SINI
Read More

Tersalah Cinta - Telemovie 8

nak review telemovie . yang nie ika dah lama tengok tapi baru nak review . hiks . 

TERSALAH CINTA


SINOPSIS ::

Rahimi bekerja sebagai seorang mutawif di sebuah agensi yang menguruskan umrah . Dia mempunyai isteri bernama Farhana yang kini sedang sarat mengandung anak pertama mereka .

Rombongan ke umrah pada kali ini telah menguji keimanan Rahimi di mana dia telah digoda oleh Cinta yang menyertai rombongan tersebut setelah putus tunang . Turut serta dalam rombongan itu ialah Duwen dan Zahren .

Ibu bapa Duwen menghantarnya mengerjakan umrah agar sikapnya yang nakal berubah . Manakala Zahren merupakan pelakon popular yang sombong mahu menjejakkan kaki ke Mekah sekadar untuk bercuti .

Sementara itu, Farhana tidak senang duduk di Malaysia apabila Rahimi secara jujurnya menceritakan dirinya sedang digoda oleh Cinta .

kredit HERE :)



citer nie best . tersangatlah kelakar ! hahaha . suka tengok Johan Asari tu berlakon . kelakar :) sanggup tengok sampai habis citer nie . hukhuk . nie dah jumpe video full kat youtube . boleh la tengok lagi lepas nie ^^
Read More

10 pemenang baru LUCKY DRAW

ika nak keluarkan senarai baru pemenang Lucky Draw memandangkan ada 5 pemenang yang tak hantar details . then, ika tambah lagi 5 pemenang :)

dan mereka yang bertuah ialah :


http://chipmunkandbarney.blogspot.com/

http://semekarartie.blogspot.com/

http://www.coretancikmisi.com/

http://therosputih.blogspot.com/

http://www.miszwawa.com/

http://dingraphic.blogspot.com/
   

pemilik URL kat atas nie, boleh la hantarkan ika details NAMA, ALAMAT dan jugak URL Blog sehingga hari Isnin, 26/11/2012 memandangkan ika akan masuk kampung orang asli untuk program nanti . so, nak setelkan sebelum pegi program :)

http://www.emocutez.com pm kat FB Page
http://www.emocutez.com dm kat Twitter
http://www.emocutez.com emel ke nooratikahramli@ymail.com
Read More

pemenang LUCKY DRAW :)

STICKY POST .

dah tiba masanya untuk ika keluarkan senarai pemenang :) ika pilih pemenang nie guna random.org . senarai 40 pemenang, adalah seperti di bawah nie ^^ 


senarai url yg belum bagi details :)


http://supergirlshortstory.blogspot.com/

http://izzah-norlizah.blogspot.com/

http://angellovesoldier.blogspot.com/


http://www.duniawilma.com/

pemenang, boleh la hantarkan detail NAMA, ALAMAT dan jugak URL BLOG kat ika .

http://www.emocutez.com pm kat FB PAGE
http://www.emocutez.com dm kat TWITTER
http://www.emocutez.com emel kat nooratikahramli@ymail.com

ika bagi masa kat korang sampailah hari Khamis, 22/11/2012 untuk hantar details kat ika . kalau tak, ika akan pilih pemenang baru .

dan untuk pemilik blog ::
1. http://www.yanaliyana.com/
2. http://lelakisemalam.blogspot.com/

sila hantar details jugak  sbb korang adalah TOP COMMENTORS blog ika yg masih belum bagi details :)

untuk yang tak berjaya, takmau sedih2 . InsyaAllah ade rezeki lebih, ika kongsi lagik dengan korang . thanks sudi join :)
Read More

Holiday Shah Alam-KL | Part 8

bersambung dari Part 7

balik dari Kompleks PKNS, rehat je kejap . then, kami ade plan yang tak dirancang pada malam tu . huhuhu . ika dengan didie memang rancang nak keluar makan malam, then kami decide untuk ajak kawan-kawan kitorang yang ade kat Shah Alam tu . geng-geng Machangster . hahahaha

so, lepas Isyak kitorang berkumpul kat food court dekat dengan rumah sewa didie . even tak ramai yang join, sebab plan tibe-tibe tapi still sangatlah happening ! sakit perut ika gelak malam tu . hahahaha




nie semua geng-geng ika masa belajar kat Uitm Machang dulu . seriously dah lama sangat tak jumpa diorang . rindu sangat-sangat :)

datang Shah Alam baru ada peluang jumpa diorang . kalau tak, entah bila la dapat jumpa . kan ?

lepas lepak-lepak kat foodcourt tadi, kitorang bergerak ke I-City lagik ! oyeahhhh . hahahaha . sebenarnya dekat je ict tu dengan rumah sewa kawan ika . hiks . sebab tu kitorang selalu pergi . lagipon jalan kaki je :)




sangat enjoy malam tu :) hope dapat jumpa diorang nie lagik ^^
Read More

Salam Cinta | Movie 40

nak review movie . movie nie dah lama . ika baru tengok sbb roomate ika yang belikan dvd movie nie . so, ika join sekaki la tengok movie nie . lagipon ada Diana Amir yang comel tu berlakon :)

SALAM CINTA


SINOPSIS ::

Salam Cinta mengisahkan mengenai Amirul, seorang pelakon terkenal di Malaysia yang suka berpoya-poya . Kehidupan Amirul penuh dengan glamor telah menyebabkan Amirul bersikap sambil lewa dalam hal-hal agama .

Shuib merupakan pengurus kepada Amirul yang sering mencuba apa sahaja dalam memastikan kerjaya Amirul sentiasa berada di puncak, sehingga sanggup menerima tawaran sebuah produksi yang mahukan Amirul berlakon sebagai seorang ustaz .

Amirul yang pada mulanya ralat untuk menerima tawaran tersebut akhirnya terpaksa bersetuju selepas diyakinkan oleh Shuib namun Amirul mendesak mahukan khidmat nasihat seorang ustaz bagi membantunya menyelami watak tersebut dengan berjaya .

Ditakdirkan Amirul berjumpa dengan Haji Rahman seorang ustaz yang dengan rela hati sedia membantu Amirul dalam usahanya mendalami Islam meskipun demi lakonan semata . 

Nadia, kekasih hati Amirul yang mana juga merupakan seorang pelakon terkenal berasa bengang dengan perubahan Amirul yang secara tiba-tiba . Amirul telah menghilangkan diri dan mula hidup bersama keluarga Haji Rahman .

Sepanjang Amirul tinggal bersama dengan Haji Rahman, Amirul terpaut hati pada kelembutan dan keayuan Laila, anak Haji Rahman . Keikhlasan Amirul mendalami agama Islam menyebabkan Laila terbuka hati untuk menerimanya namun muncul Nadia bagaikan ombak yang memusnahkan semuanya .


citer nie best ! :) ada part yang kelakar . dan paling ika suka dengar ayat Diana Amir dalam citer nie . .

"Saya takkan mencintai orang yang saya cintai TAPI saya akan cintai orang yang diaturkan untuk saya oleh Allah SWT dunia dan akhirat" :)
Read More

Holiday Shah Alam-KL | Part 7

bersambung dari part 6

kali nie story pasal kisah ika kat Plaza Alam Sentral untuk kali kedua nya :) . still lagi berdua dengan didie . nak pergi beli cenderahati untuk kakak ofismate yang tersayang . ewahhh . hahaha

best jugak dok Shah Alam sbb dapat naik bas bayar 50sen saje . hiks . tak penah ika naik bas bayar 50sen . kat Ipoh pon bayar seringgit lebih . hohoho


dan misi mencari Pejabat Pos kat Kompleks PKNS . jenuh ika dengan didie cari . berpusing-pusing satu kompleks tu cari pejabat pos . last-last tanya pak guard . lepas tanya pon, still tak jumpa . pasrah la . last-last jumpa jugak . tu pon dah bape puluh kali pusing -.-'

pegi pejabat pos sebab nak beli setem semata-mata . tapi jenuh kena menunggu . sabar je lah :)


dan ika berjaya beli MUG . mug yang ade tulis nama ika . weeee . murah je benda nie . kenangan dari Shah Alam :)



cenderahati untuk kakak ofismate pon dah beli . sama sahaja dengan yang ika punya nie .

thanks didie sebab sudi temankan ika jalan-jalan kat Shah Alam . thanks sebab sanggup temankan ika ye . hiks . ika tahu didie penat tapi sanggup jugak temankan ika . love u didie sayang ! ^^

Read More

cik TED !

hari nie nak kongsi story pasal TED ! . ika tak tengok lagik citer TED tu . teringin nak tengok tapi entah bila la dapat tengok . hukhuk . 

ika dapat surprise pada hari Rabu lepas . TED nie sampai kat ofis ika . hikss . from who ? RAHSIA ! hahahah


TED yang dah nak sama saiz dengan ika . grrrr . jenuh fikir hari tu camne nak bawak balik bilik sewa . sbb ika pegi dan balik keje guna pengangkutan awam iaitu bas ! hukhuk . takkan nak angkut TED nie naik bas . sumpah mesti pakat dok tengok . errrr .

then, officemate ika pon mula la mampatkan semula TED yang besar nie . masuk dalam beg yg besar cket . boleh la ika bawak balik dengan senang hati . tu pon ade jugak yg tanya ape benda dalam beg besar tu -.-'



TED dan jugak ANGRY BIRD kesayangan ika . thanks untuk yang bagi hadiah nie kat ika . sangatlah berterima kasih :)


TED nie bukan daripada bf ika sbb ika takde bf . hahaha . mohon jangan timbulkan spekulasi mengatakan TED nie daripada bf ika . hukhuk . i'm truly single :P
Read More

Holiday Shah Alam-KL | Part 6

bersambung dari Part 5

dah masuk hari ketiga ika berada kat Shah Alam, so hari ketiga nie ika mulakan dengan makan ! wohaaaaa . makan lagik ! hahahaha . kali nie ika berdua sahaja dengan didie . aien dah balik Pasir Puteh sbb nak jemput mak dan abah dia yang baru balik dari Mekah :)

pagi-pagi lagi kitorang bersiap untuk keluar . misi ika hari ini adalah beli pendrive . sbb pendrive ika dah uzur . hikss . dah berzaman tak tukar . dah tercabut pon . destinasi kami semestinya Plaza Alam Sentral, Shah Alam .

sebelum bershopping, haruslah makan ! :P kitorang makan kat Garden Cafe . first time jugak makan kat kedai nie .


air kat atas nie nama dia Milk Shake ape ntah . harga dia RM 6.00 satu gelas :) dan rasenya sangatlah sedap !

yang kat bawah nie makanan ika . lebih kurang nasi goreng cina la . tapi nama dia lain sikit . nama dia Yong Chow Fried Rice . rasa dia pon sedap . sedap sampai habis ika makan . atau mungkin sbb ika memang lapar masa tu ? errrr . harga dia RM 6.90 :)




kat atas nie pulak makanan didie . nama makanan tu Omelet Fried Rice . lebih kurang nasi goreng pattaya la . tapi siyes memang banyak sangat nasi dengan telur tu . patutnya ika makan yang tu , baru syok . hahahaha . harga dia RM 7.50 :)


untung bawak ika pegi makan . makan sampai licin . hiks . padahal nasi dia tak cukup untuk ika . errrr . tapi kacang yang kaler hijau tu memang ika tak makan . tak suka . tak sedap . sedap lagik ayam goreng . huhuhu

ape pon makanan kat sini memang memuaskan . Insyaallah nanti ika datang lagi tau ^^ . oh ye . gambar ika memang takde kat sini sebab ika sedang menikmati makanan ika yang sedap itu . hahahaha


to be continued :)
Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com