Apa Celop Toqq | Movie 37

nak review movie lagik ! baru je lepas tengok movie nie dengan roomate ika . hikss . sampai je Ipoh, terus pegi tengok movie nie . hohoho

APA CELOP TOQQ


SINOPSIS ::

HAZAMA seorang anak muda yang mempunyai impian untuk menjadi penyanyi, melalui liku kehidupan bersama teman baiknya, TAPAI. HAZAMA bekerja di bengkel membaiki motorsikal, sering bersama menghadapi karenah TAPAI yang berhutang dengan samseng, BLACK, yang sering menganggu mereka, sehingga terlibat dalam pergaduhan.

Pada masa yang sama, LAILA, seorang wartawan, telah ditukarkan ke bahagian hiburan apabila telah melakukan kesilapan ketika operasi yang melibatkan anggota polis tidak lama dulu.

Selepas itu, kehidupan HAZAMA berubah apabila bertemu dengan ABANG SAMAD, seorang lelaki yang hidup keseorangan. Pada awal pertemuan, HAZAMA merasakan lelaki itu hidup dengan penuh keegoan. Pada masa yang sama, TAPAI meminta bantuan teman wanitanya, JUITA, dalam membantu melunaskan hutang kepada BLACK.

Masa berlalu, apabila HAZAMA mula menghabiskan masa dengan ABANG SAMAD, sehinggalah dia jatuh sakit pada suatu hari. Bila dimasukkan ke wad, HAZAMA terkejut apabila mengetahui penyakit yang dihadapi oleh ABANG SAMAD.

TAPAI, meminta pertolongan HAZAMA, apabila JUITA mengajakkan bertemu dengan kakak sepupunya, LAILA. Mengenangkan persahabatan di antara mereka berdua, HAZAMA menurut kehendaknya. Dipertemuan itu, HAZAMA bertemu buat kali pertama dengan LAILA.

HAZAMA merakamkan lagu, atas sokongan TAPAI, JUITA dan AFIQ. Tanpa disangka, lagu nyanyian HAZAMA mendapat sambutan cukup luar biasa, namun disebalik kejayaan itu, terdapat kisah sedihnya.

Apa yang berlaku kepada ABANG SAMAD. Bagaimana pula hubungan TAPAI dan JUITA, dan bagaimana pula kisah di antara LAILA dan HAZAMA. Dapatkah HAZAMA mengejar cita dan cintanya.




movie nie best ! kelakar . ika tengok sebab ada Hazama . aci tak ? hahahaha . suka tengok Hazama . lagu dalam movie nie pon best ! . jalan cerita dia simple tapi best :)
Read More

holiday !

sempena Raya Aidiladha, ika amik cuti panjang . sat ! panjang ke ? hikhik . ika start cuti pada 25 Oktober 2012 sehingga la 29 Oktober 2012 . petang 24/10 ika dah gerak ke Taiping sbb ika akan balik Kota Bharu dari sana dan bukan dari Ipoh :)


first time jejak kaki kat Taiping, dah jatuh hati dengan tempat dia . haihhhh . kawasan dia lawa sangat ! hikssss . tempat yang ika nak sangat pegi, Bukit Larut, betul2 ade depan mata ika . Subhanallah ! cantik sangat . tambah pulak sejuk :D

pagi 25/10, baru ika gerak balik Kota Bharu :)









Read More

Hantu Kapcai | Movie 36

yeah ! nak review movie lagik . hikhik . ika baru je tengok citer Hantu Kapcai nie . tengok online . hohohoho . nak tengok jugak ? klik SINI :)

HANTU KAPCAI


SINOPSIS ::

Hantu Kapcai mengisahkan Ajib, mat rempit yang terdesak melunaskan hutang dengan along, terpaksa berlumba dengan musuh ketatnya, Tiger (Remy).

Demi memenangi wang pertaruhan, Tiger mensabotaj perlumbaan itu hingga berlaku kemalangan ngeri yang mengorbankan nyawa Ajib.

Roh Ajib yang terperangkap di antara alam nyata dan ghaib, terkejut melihat jenazahnya berada di tengah ruang tamu rumah dan dikelilingi keluarga serta jiran tetangga. Dia hanya boleh berkomunikasi dengan Ibrahim, calon Imam Muda di kampungnya.

Dalam usaha membantu Ajib, Ibrahim terpaksa mencari jalan meyakinkan keluarga Ajib, malah dalam masa sama, membantu menyelesaikan perkara yang belum sempat disempurnakan mat rempit itu.



citer nie kelakar ! hahahhaha . tak rugi tengok . hikhik . rase nak tengok banyak kali :)
Read More

Salam Aidil Adha 1433H

ika nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA untuk semua umat Islam :)


raya tahun nie ika balik Kota Bharu dan jugak Kuantan . walaupun penat tapi pasrah je lah . hukhuk . baru rasa cam mana hidup berjauhan dari family . so, mohon belajar berdikari . hikss

ika akan ada kat Kota Bharu sampai hari Sabtu . jemputlah datang raya kat rumah ika . then, ika akan balik Kuantan sampai la hari Isnin . pagi Isnin baru bertolak balik ke Ipoh :)

hope semuanya berjalan lancar . aminnn .
Read More

happy 53rd birthday PAPA & MAMA :)

entry special untuk mama dan arwah papa ! tiap-tiap tahun ika buat entry nie untuk mama dan papa . mohon mama baca . hahahaha .

entry nie sebenarnya ika buat untuk ucapkan SELAMAT HARI LAHIR buat mama ika iaitu pada 26 Oktober . dan arwah papa ika jugak dilahirkan pada 25 Oktober tahun yang sama mama ika dilahirkan . hiksss . tapi papa ika dijemput terlebih dahulu oleh Allah SWT . semoga arwah papa ika ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman . aminnnn .



selamat hari lahir mama, ika doakan semoga mama sihat selalu . semoga mama dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki olehNya . InsyaAllah, kami anak-anak mama akan selalu dan sentiasa ada bersama mama :)


hadiah untuk mama, ika dah beli siap-siap kat Ipoh . hiksss . hopefully mama suka la ye even ika nie bukan pandai sangat nak pilih hadiah . hahahaha . itupon dah tak tahu nak beli ape sebenarnya . abes semua orang ika tanya :P
Read More

Marry Brown :)

balik dari program bersama masyarakat orang asli kat Kampung Kajang, terus siap-siap keluar dengan roomate . hahahaha . gigih tu walaupun badan penat .

kitorang keluar pegi jalan-jalan kat Ipoh Parade sambil tengok wayang dan melantak ! . hikhik . 

roomate ika ajak g makan kat Marry Brown . ika tak penah lagik makan kat sana . nie memang first time . teruja sebab kat Marry Brown ada tempat duduk yang buai-buai tu . hahahaha . tapi kitorang tak duduk kat buai tu pon :P



first time makan kat Marry Brown, kira ok la jugak makanan kat sana . huhuhu . lain kali bolehlah pegi lagik :)



lepas perut dah kenyang, barulah kitorang pegi tengok citer Aku Terima Nikahnya . dan ika pulak siap tido lagi masa tengok citer tu . hahahahahahaha ! jangan tiru aksi ika . haihhhh
Read More

Segmen : 8 Things About Me

saja nak menggedikkan diri join segmen nie . ika tengok ramai yang join . sbb tu nak menyibuk join jugak nie . lagipon rasa cam dah lama tak join segmen . hikss


Eight - Things about me
http://www.emocutez.com nama sebenar Noor Atikah Binti Ramli .
http://www.emocutez.com berumur 22 tahun .
http://www.emocutez.com asal Kota Bharu, Kelantan . 
http://www.emocutez.com bekerja di Ipoh, Perak . 
http://www.emocutez.com lahir pada 02 Julai 1990 . 
http://www.emocutez.com bekerja sebagai Pembantu Pembangunan Masyarakat di Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Perak & Kedah .
http://www.emocutez.com anak ke 7 daripada 8 beradik .
http://www.emocutez.com blogger sejak 17 Mac 2010 .


Seven - Hobbies
http://www.emocutez.com blogging
http://www.emocutez.com baca novel
http://www.emocutez.com kumpul kasut
http://www.emocutez.com chatting
http://www.emocutez.com travelling
http://www.emocutez.com ketawa
http://www.emocutez.com tweet !


Six - Things I Hate
http://www.emocutez.com kopi
http://www.emocutez.com lori
http://www.emocutez.com kucing #ika takut kucing T_T
http://www.emocutez.com kari
http://www.emocutez.com bunga api
http://www.emocutez.com bunga ros


Five - Song I Like
http://www.emocutez.com Ussy & Andhika Pratama - Ku Pilih Hatimu
http://www.emocutez.com Motif Band - Tuhan Jagakan Dia
http://www.emocutez.com Dato' Siti Nurhaliza & Hafiz - Muara Hati
http://www.emocutez.com Wonder Girls - Be My Baby
http://www.emocutez.com Echanted - That's How You Know


Four - Favourite film/drama/musical/series
http://www.emocutez.com Lovers in Paris
http://www.emocutez.com CSI : Crime Scene Investigation
http://www.emocutez.com Detective Conan
http://www.emocutez.com Pocoyo


Three - Favourite Food
http://www.emocutez.com Nasi Goreng Ayam
http://www.emocutez.com Nasi Goreng USA
http://www.emocutez.com Sizzling




Two - Wishes
http://www.emocutez.com kahwin ! hahahaha
http://www.emocutez.com hopefully dapat bukak seketul taska kanak-kanak .


One - Quotes
http://www.emocutez.com "Seandainya dirimu TIDAK MEMILIKI sesuatu yang kamu cintai, maka cintailah sesuatu yang kamu miliki . Jangan pinggirkan ALLAH kerana dia yang mengurniakan RASA CINTA"


ok. done ! ika dah buat entry nie bape hari lepas tapi masuk dalam draft dulu . haha . baru nak publish :)
Read More

Program Semarak Kasih Kg Kajang | Day 02

bersambung dari Part 1 :)

hari kedua nie ada Majlis Perasmian program nie . sebenarnya ika memang tak ambik gambar langsung hari kedua nie . bateri fon memang dah takde langsung . balik Ipoh baru ika caj . hikhik 

hari kedua nie pon ada demo masakan daripada staff JAKOA . kali nie diorang masak sambal ikan bilis . yang nie pon ika tak sempat nak rasa . hukhuk


nie kolam kat depan stage . teruja ika tengok diorang siapkan benda nie . hohohoho . tu gambar yang belum siap . yg dah siap, ada air kaler biru . hahahaha

dan kat bawah nie pulak, antara hadiah yang disampaikan untuk penduduk kampung orang asli . oh ya ! ika suka buat ziarah kat kampung nie sbb kejesama diorang tersangatlah bagus ! :)


p/s : maaflah ye takde gambar sangat . nnt ika dah dapat gambar, ika update lagik . hikhik
Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com