Program Semarak Kasih | Day 2

hari kedua yang penuh dengan aktiviti . weee . kat bawah nie banner program kitorang . cun tak ? hikhik


Program Semarak Kasih
Bersama MASYARAKAT ORANG ASLI
RPS BANUN, DAERAH HULU PERAK


dan hari kedua, pagi :: kitorang ade Program Apresiasi Bahasa & Sastera untuk pelajar-pelajar sekolah . program nie diadakan kat SK RPS Banun, Gerik . dekat je dengan tempat kitorang tinggal tu . hikhik . tengok gambar ika kat bawah . terpaksa pakai baju tebal-tebal . sejuk ! hujan turun tak tentu . 





dan petang pulak kitorang ade sukaneka bersama penduduk kampung . meriah ! ika pon dah malas nak menaip . so, meh la layan gambar :)








acara sukan untuk dewasa :)


tarik tali perempuan :)


tarik tali lelaki :)

acara sukan untuk kanak-kanak :)


tiup belon :)

lari sambil ikat kaki :)

bawa bola ping pong :)

walaupon cuaca tak menentu . kejap hujan, kejap panas, tapi diorang still nak main jugak . tanah pon dah memang becak sakan la . nak berjalan pon dah berat kaki . semangat betul diorang . happy tengok diorang dapat main .

last but not least, gambar ika ! hahaha . kepenatan tapi still happy even dah bape kali dok sedut inhaler asthma :P



to be continued :)
Read More

Program Semarak Kasih | Day 1

baru-baru nie ika ade join program under jabatan . biasa la . keje sebagai Pembantu Pembangunan Masyarakat (PPM) nie memang banyak keje luar . banyak aktiviti yang ika kena join . tambah pulak staf baru . lagilah kan ?

program nie diadakan di RPS Air Banun, Gerik, Perak selama 3 hari . sangat seronok kat sana !


ika bertolak dari ofis dalam pukul 10 pagi . dan sampai sana dalam pkul 1 lebih camtu lar . sbb kitorang ikut jalan lama . hukhuk . otw nak g RPS Air Banun tu, kitorang singgah makan kat Tasik Banding .





hari pertama nie takde aktiviti sangat . sampai sana, rehat jap . then, kitorang buat aktiviti ziarah keluarga orang asli setiap kampung . seronok ! best sbb dapat tengok macam mana kehidupan diorang .  first time masuk perkampungan orang asli dan first time tengok orang asli secara live ! hikhik


nie la rumah tempat kitorang menumpang ^^

malam pulak ade aktivit karaoke . tapi ika tak join pon . hikhik . karaoke untuk orang asli . siyes . best diorang nyanyi :)


to be continued :)
Read More

I'm back !

testing ! huhuhu

sebenarnye ika nak mintak maaf sebab terpaksa tutup blog ika beberapa hari yang lepas . tapi hari nie ika dah open balik blog nie . hikhik . baru je tutup beberapa jam, dah ramai yang tanya :(


tiga hari yang lepas ika bermalam kat Gerik untuk program bersama orang asli . agak sibuk sikit . yang tu nnt ika story kemudian . ika terpaksa tutup blog ika atas sebab-sebab tertentu . tak semua suka dengan apa yang kita tulis . right ? :)

ika nak mintak maaf jugak kalau ika ada terkasar bahasa, ada tertulis sesuatu yang mengguris hati korang, ika mintak maaf banyak-banyak . dunia blogging nie biasalah kan . ada pasang surutnya . tak selamanya kita kat atas . ada jugak masanya kita kat bawah .

tapi tak perlu la kita nak meng"entry"kan blogger itu atas dasar kita tak suka dia . seolah-olah kita sedang menjatuhkan diri dia . ok dah . hihihi . keep on smiling . wuwuwu .

Read More

Broken Heart Museum

hari nie ika nak kongsi satu tempat dengan korang . korang penah dengar atau baca pasal "Broken Heart Museum" ? ika ade terbaca dalam satu surat khabar nie masa tengah kemas-kemas tempat duduk ika kat ofis . so, ternampak dan terbaca lah benda tu . cepat-cepat search kat internet . hukhuk

siapa sangka kan ? orang yang patah hati pon ade muzium . hahaha . so, kalau korang patah hati atau putus hubungan dengan gf/bf korang, hadiah atau ape2 la yang korang dapat tu, kalau rasa dah tak nak simpan, boleh la hantar ke muzium nie . hihihi . boleh jadi pameran :P


meh tengok ape yang ade kat muzium tu :)
ika dah linkkan cerita di sebalik setiap gambar tu . so, tekan je la kat gambar tu ^^

"I love you" Teddy Bear


A Box made of Matches


A Wedding Dress


A Cell Phone


A Glass Horse


5 je lah ye . nak baca yang lain, tengok je kat website dia . hahahaha . muzium nie Zagreb, Croatia . ye ! ika tahu tempat tu jauh . hihihi . nak pergi belum tentu lagi sampai ye dak ? so, tengok2 je dalam website dia . pastu kalau rasa teringin sangat nak pergi, kumpul duit banyak2 . wohaaaaaa :P
Read More

journey

ika bukan nak review movie Journey tu . ika nak review journey ika . hahaha . bukan mudah kita nak capai sesuatu benda dalam hidup . dan bila kita dah dapat peluang tu, hargailah ! :)

perjalanan ika nak dapat keje under gov nie banyak sangat . bukan sekali dua ika cuba . 3 kali ika try baru dapat . syukur Alhamdulillah . bila ika dah dapat keje nie, ika tahu banyak yang harus ika lalui . dan pada masa tu, satu saja yang ika kena ingat, SABAR .


ika bertolak dari Kota Bharu, Kelantan --> Kuantan, Pahang --> Kuala Lumpur --> Ipoh, Perak . dalam masa tu, banyak yang ika lalui . ika dah pon ceritakan dalam entry sebelum nie . itu semua pengalaman . pengalaman yang sangat berharga :)

ika tak lalui nya seorang diri . family, kawan-kawan dan dia sentiasa ada di sisi ika untuk bagi sokongan . tipu la kan kalau ika cakap ika tak nangis . sepanjang journey ika nie, ika tak tahu la berapa banyak dah air mata ika dicurahkan . mungkin sbb ika selalu buat sesuatu perkara tu dengan bantuan family . bila ika kena buat sendiri benda nie, ika takut . bila takut, ika menangis .

pengalaman 10 hari ika tu buat ika lebih kuat . buat ika lebih berani . sampai bila ika nak hidup dengan mengharap bantuan orang lain . ika kena belajar berdikari . ika dah besar . ika dah 22 tahun :)


thanks buat semua yang banyak tolong ika . thanks sangat-sangat buat family ika terutama sekali Kak Long, Kak Ain dan jugak abang ika . thanks sbb amik berat kat adik nie . thanks sbb selalu bagi semangat untuk harungi semua nie .  thanks sebab tak henti-henti tolong adik nie .

dan sekarang, ika dah pon menetap di Ipoh, Perak . so, sape2 yang ade kat Ipoh nie, meh la kita kuar jalan-jalan . hukhuk . stay kat Ipoh nie satu cabaran baru buat ika . satu pengalaman yang tak mungkin dapat ika lupakan . terlalu banyak kenangan untuk dikenang :)

"bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian."


p/s : sangat sibuk minggu depan :(
Read More

Jom tingkatkan followers sampai lebam

nak menjoinkan diri dalam segmen . hikhik


nak join gak, klik SINI :)

seramai 1441 doktor gigi dah berjaya dijumpai kat blog ika ^^


done :)
Read More

Pembantu Pembangunan Masyarakat | Day 10

Khamis . 30/08/12

cerita hari terakhir untuk dikongsikan dengan korang sbb ika dah pon officially bertugas di JAKOA Perak pada 3 September 2012 :)


hari Khamis nie, kitorang pagi-pagi dah buat lawatan ke JAKOA Sungai Siput . Transit Kesihatan kat sana . berkenalan dengan staf kat sana :)

dan ika dapat satu pengalaman baru lagik ! dapat tengok orang asli kat sana . first time tengok secara live . hikhik . tengok ade yang tengah pregnant, ade yang baru lepas bersalin . anak diorang comel-comel ^^



dan petang tu, ade Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri JAKOA Perak & Kedah . kitorang staf baru nie wajiblah kan menjoinkan diri dan tolong apa yang patut . kakitangan JAKOA dari semua daerah join majlis nie . sangat meriah !



dan ika pulak ? ika kena jadi emcee untuk majlis jamuan tu . hukhuk . rasa berdebar tu takyah cakap la kan . haishhh . tak tentu hala rasa hari tu . text ucapan ika dah buat . tu pon buat on the spot . kelam kabut ika . padahal bukan ape pon . just relax . kalau kelam kabut, makin parah jadinya .

credit pic here :)

dan Alhamdulillah, ika berjaya selesaikan tugas ika sebagai emcee walaupon gugup dan salah cakap . i'm the beginner . lagipon first time jadik emcee depan orang besar-besar nie . thanks to Abg Wan dan Kak Milah yang menolong ika sedikit sebanyak . hikhik

satu kenangan terindah yang ika dapat . 
Read More

Pembantu Pembangunan Masyarakat | Day 9

Rabu . 29/08/12

hari nie ika kena lapor diri di Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Perak & Kedah . kat Perak nie seramai 6 orang yang dapat tapi 5 sahaja yang lapor diri .

hari pertama lapor diri kat Perak nie pon dah sesat . hahaha . pak cik teksi hantar kat tempat salah . ke ika salah bagitahu dia ? errrr

Alhamdulillah, berjaya jugak ika sampai ke tempat nak kena lapor diri . sampai sana, tunggu yang lain sampai, then dengar taklimat jap . pastu kitorang berkenalan dengan staf kat sana . diorang semua happening ! :)


petang tu baru kitorang dapat tahu daerah mana kitorang kena lapor diri lagi nanti . dan ika dapat Gerik ! lalalala . TAPI, ika kena stay kat Ipoh dulu buat masa sekarang . ika  pergi Gerik maybe next year . wuwuwuwu .

ika akan bekerja di Ipoh, Perak . sampai bila ika pon tak tahu la lagi . doakan yang terbaik untuk ika . bila dah tahu kena stay kat Ipoh nie, misi mencari bilik untuk disewa giat dijalankan :)

dan malam tu kitorang stay kat Batu 8, Tanjung Rambutan . dulu dengar je Tanjung Rambutan mesti ingat "orang gila" . sekali tempat kitorang stay tu depan Pusat Pemulihan Jiwa . hahaha .

continued :)
Read More

Pembantu Pembangunan Masyarakat | Day 8

Selasa . 28/08/12

hari kedua lapor diri . hari kedua nie kitorang just datang amik surat penempatan je . sbb kitorang kena lapor diri kat negeri masing-masing keesokan harinya .

TAPI, hari kedua nie ika sempat amik gambar . lalalalala

kawan baru, Alyne dari Sabah :)

kawan baru, Kak Farah dari Melaka :)

ramai kawan baru ika dapat . yang kat bawah nie, blogger . hikhik . dia datang kat ika, then, "saya kenal nie . blogger retis . cik rongoks !" hahaha . ade jugak yang kenal ika . ika tak jumpa dia punya link blog :(

kawan baru, Jariah dari Sabah :)

habis je sesi di Kuala Lumpur, ika g jalan-jalan kat rumah mak saudara ika . g lepak-lepak jap kat sana sebelum g beli tiket nak g Ipoh, Perak . ika bertolak ke Ipoh, Perak petang tu jugak . dalam pukul 8.30 malam ika sampai di Ipoh, Perak . ika g sana sorang-sorang jugak T_T

dalam bas, dok menangis sobsob sbb takut sangat . nak g negeri yang takde kenal sape2 . macam-macam dok fikir . air mata pulak taknak berhenti . hukhuk

then, sampai kat terminal bas Medan Gopeng tu, nasib baik ada pak cik baik hati sangat tolong ika . mungkin dia tengok ika tak tentu hala . hahaha .

ika bermalam di Tune Hotels, Ipoh, Perak malam tu . best la jugak ! sangat selesa . lagipon dekat dgn Pizza Hut, KFC dan jugak 7Eleven :)











sedang bersedia dari segi mental dan fizikal :)

continued :)
Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com