setem



akhirnya dapat jugak idea nak taip entry . ika baru teringat nak share satu benda dengan korang . minggu lepas ika ade pergi pejabat pos untuk beli setem nak hantar kad raya . ika beli 80 keping setem . 

then, ika ade nampak satu benda yang menarik perhatian ika . Pos Malaysia ade buat satu benda nie, Personalised Individual Stamp . kira kita boleh jadikan gambar kita tu sebagai setem . ika pon berangan la nk buat setem Cik Rongoks . hahaha . kemain lagi . saje la kan . boleh buat koleksi :)


terus balik rumah, check dalam laman web Pos Malaysia

"SetemKu" is issued by Pos Malaysia Berhad to cater for customers who want to feature their image during a special moment or occasion on stamps. These images together with the base stamp will form a valid postage stamp. Customers can order the special packages of RM500.00 or individual sheets of each design
SetemKu is also available at our 12 General Post Offices, KLIA Post Office and SetemKu promotion booth at Central Market, Kuala Lumpur.
"SetemKu" exclusively available in 4 -5 designs and allows individual to commemorate special events such as:
  • Weddings
  • Anniversaries
  • Engagements
  • Mother's day
  • Alumnis
  • Birthdays
  • Father's day
  • Valentine's day
  • Special announcements such as the birth of a new baby
  • Others



so, kira kalau korang rasa macam nak ade kenangan sikit kan, boleh la buat setem nie . letak gambar korang . ika pon nak tempah . bulan depan la kot . nak letak gambar doodle Cik Rongoks nie ^^


yang kat bawah nie, contoh design yang dah ade . boleh la korang pilih . kalau tak nak letak gambar korang la kan . dan kat atas tu dia punye harga . bagi ika tak mahal pon harga tu . berbaloi la dengan setem tu . dh guna gambar kita kan . so, tak pe la bayar mahal sikit . huhu



kalau korang nak tahu banyak lagi, boleh klik SINI :)


nota gigi :: kelmarin jadi duta Oxy, hari nie Pos Malaysia pulak :))
Read More

Novel 51 :: Kahwin Ganti - Aifa Batrisya



nak review novel . dah lama habis baca . baru ingat nak review memandangkan tak tahu nak buat entry pasal apa benda hari nie . so, review novel je lah ^^

KAHWIN GANTI


SINOPSIS ::

Luqman Hakim
Perempuan yang bertudung semuanya sama! Nampak baik, tapi hati busuk! Cinta konon! Ada apa dengan cinta? Dah bercinta, nak kena setia. Punyalah setia, kena tinggal juga! Jadi seperti dia juga senang. Tempoh untuk berkawan dengan perempuan, hanya satu bulan. Cukup masa, tukar yang lain. Muda lagi kut! Enjoy la!

Nuqman Hakim
Bertunang, banyak dugaannya. Ramai yang tunang dengan dengan orang lain, tapi nikah dengan orang lain. Nikah terus lagi senang. Lepas ni, boleh fokus pada belajar. Bukan macam mamat seorang tu, sibuk ke hulu dan ke hilir heret perempuan yang bukan muhrim. Macam manalah ilmu nak berkat kalau dok sibuk buat perkara tak senonoh!

Mya Zara
Bila berdua dengan lelaki itu, bayangan Nuqman selalu saja nampak pada dirinya biarpun perangai mereka ternyata berbeza. Tapi, bila wajah itu tiada di hadapannya rindu pula mula menghimpit diri. Dia sendiri tak pasti sama ada itu adalah cinta atau sekadar kerana taat setia pada yang sah memilikinya.

“Awak suka saya tak?” – Mya Zara

“Aku… aku suka Dibo!” – Luqman Hakim

Takdir Allah telah menentukan jodoh di antara Luqman Hakim, pelajar tahun akhir Kejuruteraan Kimia yang kasanova, dengan Mya Zara tutor mudanya yang juga bakal kakak iparnya tatkala Nuqman Hakim menghilang secara tiba-tiba.

“Sebab dia adiklah, abang akan buat macam tu. Abang akan paksa dia ceraikan Zara dan pulangkan semula Zara pada abang. Tak selamanya dia boleh rampas semua hak abang. Kali ini, abang akan bertegas. Sama ada dia suka atau tidak, Zara mesti jadi hak abang!” – Nuqman Hakim

Mampukah istana yang dibina atas dasar gantian bertahan hingga ke akhirnya? Berjayakah Mya Zara mengubah persepsi Luqman tentang perempuan dan cinta?


Biar berapa kali dia datang dan pergi,
kasihku tetap kepadamu . . .



bagi ika novel nie best ! Luqman Hakim tu sweet sangat even dia garang . hihi . Mya Zara pon beruntung sebab dapat suami macam Luqman Hakim . kalau dah jodoh diorang berdua, nak buat macam mana kan walaupon Mya Zara tu kekasih Nuqman Hakim pada mulanya :)
Read More

Oxy Skin Care



hai semua ! hari nie ika nak kongsi satu produk yang ika guna . ika baru je guna benda nie sebenarnya . ika start guna bulan Mac 2012  . so, dah masuk 4 bulan . saja nak kongsi dengan korang sbb ika rasa produk nie bagus . 

sebelum nie ika guna Safi Balqis Perfect 10 . tapi entah la kenapa . macam tak sesuai je dgn ika . ika pon try la Oxy Skin Care . Oxy nie sesuai untuk remaja kot . hihihi


http://www.emocutez.com Oil Control


http://www.emocutez.com Blackhead Control



http://www.emocutez.com Acne Control



sekarang, ika nak tunjuk produk oxy yang ika guna . huhu . bukan semua ika guna . ika pilih yang ika perlu sahaja la kan . tak ke naya nak beli semua tu . hahaha .


first ika try guna Oil Control Wash sbb muka ika berminyak . ika pakai nie dalam 2 bulan . dan alhamdulillah, memang ok . kulit muka dah tak berminyak . hukhuk


then, ika tukar kepada Blackhead Clearing Wash sbb nak hilangkan bintik-bintik hitam yang bermaharaja lela kat muka ika nie . dan sampai sekarang ika still guna yang nie . bintik hitam pon dah tak berapa nak ada . hahaha . mungkin dia dah fedup nak naik kat muka ika nie :P


untuk bedak yang nak tempek-tempek kat muka pulak, ika pakai Oxy Face Powder . dulu ika pakai face powder yang Garnier . then, ika tukar kepada Oxy sbb nak selaraskan semua biar jadi sama . selaraskan ? errr =.=" . maksud ika nak guna satu produk je . cam semua Oxy . takmo campur-campur . hikhik


lagi satu ika guna Blemish Control Wipes . yang nie guna untuk buang mekap , pastu benda-benda kotor kat muka . untuk kulit berminyak pon boleh jugak . huhu . even, ika tak pernah bermekap, ika still guna benda nie . hahahaha . letak je dalam beg . bawa ke mana saje yang korang suka :)


yang nie ika paling suka . huhu . Nose Pore Strip . perghhhh ! bila nak tarik tu yang paling syok . sedap wooooo . hahahaha . ika biasa buat benda nie time sebelum nak tido . mase tu paling ika suka . kot . hihihi


then, ika guna Oil Control Film . yang nie pon untuk kawal kulit berminyak . ika biasa letak dalam beg je benda nie . senang . bila nak guna, takyah dok cari-cari dah . amik je kat dalam beg . benda nie best . suka bila guna benda nie :)


last ika guna Oxy 10 Acne Pimple Medication . yang nie ade dua jenis . lagi satu Oxy 5 . ika pilih yg Oxy 10 sbb yang nie dia punya efek lagi cepat . hikhik . yang nie ika guna bila ade jerawat yang gatal sangat nak naik kat muka . korang sapu je benda nie kat jerawat tu . yang nie pon ika selalu letak dalam beg :)

dan resultnya ::


hahaha . ok ! tipu . nie gambar edit . tp seyes nie memang muka lepas guna Oxy . wakakaka . tp camne nak hilangkan yang bawah mata tu selain cara tido awal ? hikhik



nota gigi :: happy birthday blogger MK Syahir & Aesya Zealous :)
Read More

posto ! posto !



hari nie takmo citer pasal kebakaran . hari nie saje gedik nak tunjuk kad raya kitaaaa . kad raya blog Kesah Cik Rongoks . kad raya yang akan dihantar kepada mereka yang bertuah itu ^^



design tu ika tempah dengan Wan Hazel again . hikhik . ika suka hasil kerja dia . semua benda ika tempah dengan dia . ika puas hati dengan hasil kerja dia . dan for sure la dia seorang yang peramah sampai ika rasa macam dah lama kenal dia ^^



kad raya nie ika print out sebanyak 81 keping . 68 keping untuk bloggers dan lagi 13 keping untuk kawan-kawan ika . nak buat kad raya nie perlu banyak masa . sbb buat sendiri kan ? so, kena rajin la sikit .

kena rajin potong . kena rajin tulis . kena rajin bina ayat . kena rajin tampal setem . kena rajin hias-hias sikit . dan kena rajin semua la . semua tu perlukan kesabaran yang sangat tinggi ^^

satu hari ika amik masa untuk potong kad raya, tampal setem . dan satu hari suntuk ika tulis ucapan dalam kad raya tu . even ringkas tapi penat woooo . satu hari lagik ika tulis alamat rumah korang . malas nak print out . hahaha . 

so, ika mintak maaf awal-awal la yer sebab tulisan buruk . hahaha . tulis sendiri tu . sila tacing :) hahaha .

Insyaallah ika akan poskan kad raya tu hari Rabu sbb hari rabu ika dah mula keje tanam anggur kat rumah . so, ade banyak sangat masa lapang ika . hikhik .
Read More

kebakaran



hari nie nak story pasal kebakaran . sebenarnya, nie citer hari khamis lepas . baru sempat nak update . sibuk dok tulis kad raya . hahaha .

kebakaran nie berlaku dekat dengan tempat keje ika . ika tak perasan pon ade kebakaran sbb dok main fb dgn blog je kat dalam office . hikhik . serius memang tak perasan langsung . tak dengar pon orang ramai dok bising2 pasal kebakaran tu . tak perasan pon jalan jem . sbb jalan kat situ memang selalu jem . huhuhu .


kebakaran nie berlaku waktu tengahari . waktu yang memang tengah panas la kan . ika pon tak tahu la ape punca kebakaran tu . sbb tak nak jadi wartawan tak berbayar, so tengok je la kebakaran tu sambil tunggu bomba datang . 

teruk jugak la kebakaran tu sbb masa ika tengok mula-mula tu, still nampak api tu tengah merebak kat bahagian atas kedai tu . makin lama api makin kuat . tak tahu la kenapa . pastu siap bunyi macam benda meletup-letup . 


masa bomba sampai tu, api dah merebak sampai ke belakang dah . tambah pulak, ade pokok kat belakang kedai tu . lagi la cepat api merebak . ika pon tak tahu kedai ape sebenarnya yang terbakar sbb ika tak pernah pon pegi kat kawasan situ . hukhuk . member ika cakap kedai printing . entah la .


dengan jalan jem teruk kat situ, lagi la susah bomba nak masuk . pastu kawasan situ bagi ika agak sempit . dengan orang ramai lagi . ika pon tengok dari jauh je . nasib baik pakai spek . nampak la jugak . hikhik . ape pon usaha nak memadamkan api tu diteruskan jugak la kan . 


lepas tu, ika pon tak tahu ape yang berlaku sbb orang dah terlampau ramai nak tengok . so, better ika meneruskan keje kat dalam office even bukan ade keje pon . hahaha . 

dan usaha memadamkan api berjaya :) . Alhamdulillah . rasenye takde yang terkorban . lepas api tu dah dipadamkan, asap pon mula menari-nari di udara . dah macam jerebu pulak lepas tu . hikhik .

tak lama lepas tu, abang ika call tanya pasal kebakaran tu . cepat betul dia dapat berita . hahaha . ika pon tak tahu macam mana dia boleh tahu sbb rumah kitorang dgn tempat keje ika tu jauh la jugak :P
Read More

pemenang baru kad raya



semalam ika dah buat entry untuk pemenang yg belum hantar details bagi pemenang segmen kad raya . dan ika hanya dapat 2 sahaja daripada 5 yang menang tu . ade lagi 3 orang yang belum hantar details .

so, hari nie ika nak bagi 3 kad tu pada pemenang yang baru . jom tengok sape yang dapat ^^


http://hanifidrus.blogspot.com/


http://winkwinkwinky.blogspot.com


http://dismybelog.blogspot.com

ok. kat atas tu pemenang baru . sila hantar details korang kat emel ika, nooratikahramli@ymail.com ataupon pm ika kat fb page KESAH CIK RONGOKS ataupon DM ika kat twitter


Nama ::
Alamat ::
URL Blog ::


ika bagi masa sampai hari Ahad, 29 Julai 2012 :)
harap maklum .


nota gigi :: nak sambung tulis ucapan kat kad raya ^^
Read More

panggilan terakhir pemenang kad raya



ika dah siap tulis alamat korang yang bakal dapat kad raya daripada blog ika nie . so, tinggal nak tulis ucapan je nnt . hukhuk . ika akan pos by part . yang dok Sabah & Sarawak, ika akan pos dulu :) . then, ke negeri di selatan, pastu utara, pastu barulah pantai timur :P

ika mohon sangat-sangat kepada 5 lagi blogger yg belum hantar details kat ika . ika dah bagi masa 5 hari untuk korang hantar details :)


so, esok ika akan cari pemenang baru sekiranya korang masih belum hantar details kepada ika . ika tunggu sampai pukul 9 pagi, 27 Julai 2012 . aci tak ? hahaha . ika dah bg extra masa tuu .

20. http://qaseh-noor.blogspot.com

66. http://iniblogecha.blogspot.com/

14. http://nuansapengembara.blogspot.com/

35. http://namaakuhanna.blogspot.com/

88. http://anzulnashome.blogspot.com/


kalau korang dah sent, gtau ika yer . bila ika dah dapat details korang tu, ika akan potong nama kat atas nie . kalau tak potong tu, maknenye ika tak dapat la tu :(


korang boleh klik SINI utk tengok keputusan penuh :)
Read More

nama saya Cik Rongoks :)



hai semua ! hari nie dah Ramadhan hari ke-6 . Alhamdulillah, ika masih berpuasa lagik . huhuhu . dan Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas dan menjalani ibadah puasa . 

berbalik kepada tajuk di atas, ika nak bagitahu macam mana ika dapat nama Cik Rongoks tu . dan ika jugak nak merungkaikan beberapa kemusykilan yang bermain di jiwa beberapa orang sahabat alam maya ika nie . ececeh .


nama Cik Rongoks tu someone special ika yang bagi dulu . dulu la . time muda remaja . time sedang berdarah muda . hahaha . mase zaman cintan-cintan dulu . sekarang, sudah tiada lagi . huhuhu . semua tu tinggal kenangan :)

ika memang suka sangat kat coklat . masa ika sekolah menengah dulu, ade sorang jejaka nie selalu bagi ika coklat . boleh dikatakan setiap hari, dia akan bagi ika coklat . dalam masa setahun ika berkawan dgn dia, ika dapat kumpul beratus-ratus plastik coklat . wakakaka . takde keje sangat kan sampai pegi kumpul plastik coklat .dan sekarang, plastik coklat tu still ika simpan tp dh masuk dalam kotak la . hikhik

lepas habis belajar, memang terus tak contact jejaka itu sbb ika dh jumpa jejaka lain kat U . kejam tak di situ ? hahaha . then, jejaka baru ini dapat men'detect' tahap kegilaan ika pada coklat . so, dia pon beli la ika coklat dengan kadar yang agak banyak . coklat feveret ika haruslah Cadbury :))


jejaka itu pon geram kat ika sbb ika terlampau banyak makan coklat sbb dia takut gigi ika rongoks, nnt dah tak lawa la kan kalau dah takde gigi . huhuhu . dia suruh ika berhenti, ika taknak jugak . last-last dia panggil ika Cik Rongoks dengan harapan ika boleh mengurangkan tabiat suka makan coklat . macam tu la kisahnya . 

so, kawan-kawan ika pon ade jugak yang panggil ika nama tu . dah lama ika dapat gelaran nie . hampir 2 tahun la jugak . sekarang, dah berjangkit kat family panggil ika, Cik Rongoks :) . walaupon ika dah takde kaitan dengan yg memberi gelaran itu, nama Cik Rongoks nie selalu ingatkan ika pada dia . perghhh ! hahaha . ika lebih pentingkan RESTU daripada CINTA . maaf :( 

sepanjang ika ade habit suka makan coklat nie, serius la ika mmg penah sakit gigi yang terlampau . tipu la kan kalau tak pernah sakit gigi . hukhuk . makan coklat banyak sangat, itulah padahnya :P

dan ika nak bagitahu kat sini, ika bukan DOKTOR GIGI mahupun JURURAWAT kat Klinik Gigi . hahaha . ade blogger yang ingat ika nie doktor gigi . perghhh ! terus ika rasa nak kawen dengan doktor gigi . hahaha .


ika nie bekerja sebagai akauntan sahaja yang bakal menamatkan perkhidmatannya pada 31 Julai nnt . lepas tu akan mengusahakan kebun anggur di belakang rumahnye sampai raya . hikhik

Read More

Pembantu Pembangunan Masyarakat



nie tab untuk journey ika sebagai Pembantu Pembangunan Masyarakat . untuk kenangan ika :)

Tarikh Lapor Diri di Kuala Lumpur : 27 Ogos 2012
Tarikh Lapor Diri di Ipoh, Perak : 29 Ogos 2012



The Journey of PPM .



http://www.emocutez.com Day 04  http://www.emocutez.com Day 05 

http://www.emocutez.com Day 06  http://www.emocutez.com Day 07  http://www.emocutez.com Day 08 



PROGRAM


1. Program Semarak Kasih 
bersama Masyarakat Orang Asli 
di RPS Air Banun, Gerik, Perak . 
24 September 2012 - 26 September 2012



2. Program Kenduri Sekampung 
bersama Masyarakat Orang Asli 
Kampung Semelor, RPS Air Banun, Gerik, Perak .

10 Oktober 2012 - 11 Oktober 2012



3. Program Semarak Kasih
bersama Masyarakat Orang Asli
Kampung Kajang, Sungai Siput (U), Perak .
14 Oktober 2012 - 15 Oktober 2012














Read More

Wordless Wednesday #28


jumpa kat SINI . kikikiki 

Read More

Top Commentors



hari nie nak bagi kad raya lagi . hahaha . ika nak bagi kat top commentors blog ika pulak sebagai tanda penghargaan sebab sudi singgah dan komen di blog Cik Rongoks nie :)

yg nie ika snip gambar top commentors pada 24 Julai 2012 . so, kalau korang tengok hari nie atau lusa, mungkin dah berubah . hikhik . ika dah approve komen yg sampai 24 Julai sahaja . so, dapat lah result cam kat bawah nie :)


nama yg ika highlightkan dengan kaler biru tu maknenye dia dah dapat kad raya dalam segmen sebelum nie la . so, takyah la nak hantar details lagi kan . huhu . 


1. http://www.salya07.com/

4. http://sararose-93.blogspot.com/

6. http://sayurlemak.blogspot.com/

7. http://ayampenyek.blogspot.com/

13. http://nurulhusnamohdhassan.blogspot.com/

14. http://babyaimacomel.blogspot.com/

16. http://banyaktehkereta.blogspot.com/

17. http://nikminijournal.blogspot.com/

19. http://akmaluv90.blogspot.com/

kalau nama-nama di atas sudi terima kad raya, silalah hantar details anda ke emel ika, nooratikahramli@ymail.com atau pon PM ika kt page Kesah Cik Rongoks ataupon DM ika kat twitter :) . ika bagi masa 2 hari sahaja . maknanye sampai hari khamis je . huhuhu

sila bagi ~
Nama ::
Alamat ::
URL Blog ::


kerjasama anda amatlah dihargai . perhatian jugak kat pemilik blog di bawah, sila emel ika details korang secepat mungkin yer . korang pemenang segmen kad raya yg belum lagi hantar details :)

20. http://qaseh-noor.blogspot.com

66. http://iniblogecha.blogspot.com/

14. http://nuansapengembara.blogspot.com/

35. http://namaakuhanna.blogspot.com/

88. http://anzulnashome.blogspot.com/



Insyaallah, minggu depan ika akan start pos kad raya yang alamat jauh-jauh dulu . hihihi . yang Kelantan, ika pos lambat sikit tau sbb dekat sangat maaa . hahaha

oh ye ! blogshop ika ade buat segmen dekat FB, korang nak join ? sila klik Banner kat bawah nie yer ! thanks ! ^^


nota gigi :: hari ke 5 di bulan Ramadhan :)
Read More

tabung dan teddy bear



hari nie xmo tulis entry sedih2 dah. huhuhu . hari nie nak share pasal tabung . korang suka menabung ? suka simpan duit ? ika suka . ika suka kumpul duit syiling . duit kertas ika tak suka simpan . selalu pakai je duit kertas . hahaha . takkan la nak beli baju raya pakai duit syiling sampai beratus-ratus . mahu mengamuk cashier tu nak kira duit syiling tu :P


boleh dikatakan satu family ika suka kumpul duit syiling . mama , abang-abang, kakak-kakak, ika dan jugak adik ika, masing-masing ade tabung duit syiling . 

abang ika suka kumpul duit syiling ikut sen . cam syiling 10 sen satu tabung . syiling 20 sen satu tabung, syiling 50 sen satu tabung . then, adik ika pulak jenis yang suka kumpul syiling 50 sen sahaja . dan ika pulak jenis ikut suka hati nak simpan syiling mane . hahaha

ika menabung bukan ika aim bulan tu nak masukkan dalam tabung tu berapa ringgit . ika akan menabung setiap kali ika dapat duit syiling . so, boleh dikatakan setiap hari akan masuk duit syiling tu dalam tabung even 10 sen je . sbb tu dalam purse ika tak pernah ade duit syiling . hikhik

menabung nie best . tambah pulak sekarang macam-macam bentuk tabung ade . comel-comel pulak tu . dan menabung nie kan bagus . in case ade emergency, takyah la kita jumpe si ALONG tu nak mintak tolong kan ? huhu


ika selalu ingat satu ayat, "sikit-sikit, lama-lama jadi bukit" . nnt bila dah banyak, boleh la ika beli kete mini cooper tu . perghhhh ! berangan lagi =.="

sebenarnya ika nak beli teddy bear besar gedebak tu . teringin sangat . memang la dah berlambak teddy bear kat dalam bilik ika tu sbb hobi ika memang kumpul anak patung . lalalala . tapi ika nak yang besar satu . yang paling besar sekarang pon ika ade katak . nampak tak ketamakan di situ . hahaha


nak tunggu bf kasi hadiah, takde bf lagi . hahaha . so, kumpul sendiri la duit kan ? lalalala . pak cik ika penah cakap, nanti ika kahwin, hantaran tu letak anak patung je atas semua dulang tu . mesti ika happy dapat hantaran camtu . hihihi

jadi, marilah kita menabung :) 


nota gigi :: ade 5 pemenang kad raya lagi belum hantar details ^^

Read More

Ramadhan



Alhamdulillah . masih diberi kesempatan untuk berpuasa di bulan yang mulia nie :) . Ramadhan tahun nie bagi ika agak suram *kot . best bila ika baca kat blog-blog lain citer pasal berbuka dengan family . jeles :(


FIRST . tahun nie tahun kedua ika berpuasa tanpa papa ika . papa ika meninggal dunia pada tahun 2010 disebabkan kanser . walaupon dah masuk tahun kedua, tapi still rase macam baru semalam je g bazar Ramadhan dengan papa . rase macam baru semalam je kami berbuka puasa sama-sama .

SECOND . tahun nie sambut puasa tanpa mama . mama ika sekarang ade kat Kuantan, Pahang bersama kakak dan jugak abang ika kat sana . serius, memang terasa janggal . mama ika g sana sebelum puasa lagi . so, hari first puasa, memang tacing la sbb mama takde kat rumah .

THIRD . rumah ika nie makin lama makin sunyi . adik ika sedang praktikal di Kuala Lumpur, kakak dgn abang ika  stay kat Pahang . lagi sorang dah ade rumah sendiri . kakak ika sorang lagi tu mesti la nak kena jugak balik berbuka kat rumah mak mertua dia kan ? hukhuk . 

adik beradik memang ramai, 8 orang . tapi tak tahu la bila kami dapat berkumpul buka puasa ramai-ramai bila semua orang sibuk . ika jer yang tak sibuk tapi dok menyibukkan diri . hahaha . nasib baik ade lagi abang yg belum kawen . huhu . boleh jugak tolong belikan makanan berbuka kat adik dia nie :P

hope dapat mengharungi bulan Ramadhan nie dengan cekal . aminnn ! :))


nota gigi :: lagi 8 bloggers belum hantar details .
Read More

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com