..nak share dgn korang tentang satu tradisi kat
wilayah Cameroon di Afrika..
wilayah Cameroon di Afrika..
..ika terbaca dalam satu majalah :)
BREAST IRONING
Cameroon merupakan wilayah yang terletak di Afrika dan terkenal dengan amalan ritual dan tradisi etnik sesuatu kaum. Salah satu amalan dan budaya mereka yang sangat pelik dan aneh dan mampu mengejutkan sesiapa sahaja yang melihatnya adalah amalan tradisi mereka iaitu “breast ironing”.
Breast ironing adalah satu tradisi, yang menurut kepercayaan mereka, ahli keluarga akan cuba untuk mengempiskan payudara anak perempuan mereka. Tujuannya adalah untuk mencegah anak perempuan mereka daripada terlibat dalam hubungan seksual. Kerana mereka percaya, payudara adalah bahagian yang mampu menarik nafsu lelaki untuk melakukan aktiviti seks.
Sebaik sahaja anak perempuan mereka mencapai akil baligh dalam linkungan 9 tahun, payudara mereka akan diseterika dengan mengunakan batu arang yang dibakar di atas unggun api sehingga panas. Bayangkan betapa sakit dan terseksanya diseterika dengan batu yang panas.
“Ramai gadis-gadis Renata, yang menjadi ibu di usia muda, berkata dada mereka telah diseterika oleh keluarga, dan ini jelas membuktikan bahawa amalan ritual ini tidak berfungsi sebagai pencegah kehamilan dan ia merupakan satu perbuatan yang sia-sia dan mampu menyebabkan trauma”


















.png)













