Pontianak VS Orang Minyak | Movie 44

nak review movie . movie yang nie dah lama keluar tapi ika baru tengok . tengok kat youtube sambil buat keje . ohsem ngat aihhh ! hahaha

 PONTIANAK VS ORANG MINYAK


SINOPSIS ::

Pontianak VS Orang Minyak mengisahkan pergolakan hidup dua ekor hantu yang baru saja berkecimpung di dalam dunia kehantuan. Ponti merupakan seekor pontianak lelaki yang amat dibenci oleh pontianak-pontianak lain kerana sepatutnya semua pontianak datang dari golongan wanita.

Omi pula seekor orang minyak lembut yang amat memeningkan kepala orang-orang minyak lain yang ditugaskan untuk menunjuk selok belok menjadi seekor orang minyak kepada beliau. Walaubagaimanapun, ujian terakhir mereka merupakan cabaran yang sangat hebat apabila mereka dihantar untuk mencari mangsa di sebuah kampung yang dipanggil Kampung Puaka.

Malangnya Kampung Puaka ini dipenuhi oleh orang-orang yang tidak takut akan hantu. Mereka ini tergolong daripada golongan pawang, bomoh dan juga hantu-hantu yang telah bertaubat. Kampung Puaka juga telah dipasang “pendinding sakti” dimana semua hantu tidak dapat masuk ke dalam kawasan kampung itu.

Kampung Puaka menerima penduduk kampung yang baru iaitu Saodah dan dua orang anak perempuannya, iaitu Bunga Cinta Kasturi dan Bunga Cinta Melur. Ponti dan Omi merancang untuk menyerang kedua – dua anak perempuan Saodah, tetapi, sebaliknya, mereka telah jatuh cinta kepada mereka. Ponti jatuh cinta dengan Bunga Cinta Kasturi, manakala, Omi pula jatuh cinta dengan Bunga Cinta Melur.

Ini membuatkan mereka mengambil keputasan untuk menukar rancangan mereka, Ponti akan menyerang Bunga Cinta Melur dan Omi akan menyerang Bunga Cinta Kasturi. Tetapi, mereka berdua telah dihalang sesama sendiri dan menyebabkan mereka berdua bertelingkah.

Dalam pada masa yang sama, terdapat perebutan kuasa untuk menjadi ketua Kampung Puaka antara ketua Kampung Puaka dan adik iparnya sendiri, Sudiro. Tetapi, oleh kerana Pak Rejab adalah seorang yang lebih berpengalaman, Sudiro terpaksa mengikut cakap Pak Rejab. Ini membuatkan Sudiro tidak puas hati dengan Pak Rejab, dan telah membelot kampungnya sendiri dengan membuat perjanjian dengan ketua Orang Minyak, dan Ratu Pontianak.

Apa akan jadi kepada nasib penduduk Kampung Puaka? Yang lebih penting, apa akan jadi kepada Ponti dan Omi? Adakah mereka berdua akan menjadi hantu yang sejati?

SUMBER :: SINI


kalau nak tengok full movie, boleh tengok kat bawah nie . hewhew .


citer nie tak menakutkan walaupun ada unsur2 hantu . hehehehe . kelakar ada la :) . suka tengok johan buat gaya lembut tu . hahahaha . so, tengok la . tak rugi . best tau ^_^

p/s :: balik Kuantan malam nie :)

15 comments:

  1. best ke??kadang2 citer hantu melayu loni mengarut je lebih..he3

    ReplyDelete
  2. belum sempat nak tengok filem ni.. orang cakap best. heheh

    kalau sudi singgah la ke blog saya dan click g+1 pada entry ni http://nikkhazami.blogspot.com/2012/11/iphone-5-gadget-impian.html

    kalau sudi la.. heheh :)

    ReplyDelete
  3. teringin nk tgk citer nih ,tapi xbkesempatan lagi hermmm..

    ReplyDelete
  4. teringin nk tgk citer nih ,tapi xbkesempatan lagi hermmm..

    ReplyDelete
  5. ni yang nak tengok ni,,,haish,, godaan drp cik ika,,haha
    (exam is coming!!huwaaa)

    ReplyDelete
  6. dah tgk.. baru sebulan lbh dah masuk utube.. hehe

    ReplyDelete
  7. kalau tgok kt youtube sambil buat kerja, siap ke tak kerja tu? ^^

    ReplyDelete
  8. err ada jgk org minyak lembut. huhu..

    ReplyDelete
  9. macam nearik je , nanti nak tengoklah.. =D

    ReplyDelete
  10. oic....
    bila tgk jln cerita...menarik ler pulak... nak try tgk nanti lah.....
    thanks for info....

    ReplyDelete
  11. kelakar ka nmpk cm seram jah..huhuu

    ReplyDelete
  12. walalupun ade unsur komedi..tapi kalu tgk sorg2 takut gak kot..jejejeje

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com