nasib baik

baru 2 hari ika tak update blog, dah ada yang tanya . hewhew . nampak sangat muka selalu update blog nie . hahaha . ika sibuk sikit sebenarnya . 

ika ada program kat Slim River, Perak pada 28 dan jugak 29 November yang lepas . program bersama orang asli . yang tu nnt ika update entry lain :D

so, hari nak share satu topik iaitu NASIB BAIK . orang sekeliling ika selalu cakap benda nie kat ika . semua orang ada nasib mereka sendiri sama ada baik atau buruk . kan ?

1 . diorang cakap ika NASIB BAIK sbb dapat kerja government . dah tu atas usaha ika sendiri pulak . ika try mintak pon 3 kali sahaja . orang lain sampai 7, 8 kali mintak belum tentu dapat .

2. diorang cakap ika NASIB BAIK sbb bila kena lapor diri kat Kuala Lumpur, ada yang nak tolong even mereka tu bukanlah dari darah daging ika sendiri . sebab mereka tahu ika tak pernah sampai Kuala Lumpur sebelum nie .

3. diorang cakap ika NASIB BAIK sbb bila sampai kat Terminal Bas Medan Gopeng, ada seorang pak cik yang sangat baik utk jadi pengantara utk ika dan driver teksi . pak cik tu tak nak ika bayar mahal untuk tambang teksi sbb bila diorang tahu kita bukan orang dari Perak, harga tambang akan kaw-kaw punye . so, pak cik tu cakap ika nie anak saudara dia .

4. diorang cakap ika NASIB BAIK sbb orang baru yang lain ditempatkan di daerah sedangkan ika ditempatkan di pejabat JAKOA Negeri Perak dan Kedah walaupun untuk sementara.

banyak lagi sebenarnya yang ika dengar tapi ika bagitahu yang kat atas tu je ye .

disetiap NASIB BAIK tu, diorang tak tahu apa yang berlaku . tak selamanya kita akan bernasib baik . ye, ika sangat bernasib baik sebab ada kakak yang sangat banyak membantu ika sepanjang ika bekerja nie . sbb ape ? sbb kakak ika tahu adik dia cepat putus asa .

sepanjang ika mula bekerja nie, seriusly ika cakap, ika penah bagitahu kakak yang ika taknak keje nie . ika nak balik dok rumah . sebab ika takut . ika takde kenal sape kat sini . kakak ika yang banyak tolong . tolong dari jauh . siang malam ika dok menangis . adakah itu pon NASIB BAIK ?


Alhamdulillah, dah masuk 3 bulan ika bekerja dengan JAKOA Negeri Perak & Kedah . dan sekarang ika dah okey . walaupun ada masanya, sangat tak okey sbb rindu nak balik rumah . nak jumpa mama . nak jumpa kakak dgn abang . nak main dengan anak saudara .

tapi itu semua adalah fasa yang harus ika lalui . tak selamanya ika akan dok bersama family . lepas kahwin pon, still akan dok jauh jugak . just perlu belajar dan kuat semangat . perjalanan nie masih jauh . masih banyak lagi yang harus ika lalui .

nasib ika baik sebab ika dikelilingi keluarga yang banyak membantu, kawan-kawan yang sangat memahami.

bersyukurlah bila kita bernasib baik :)

13 comments:

  1. semua orang ada masa baik & tak baiknya. tp selalunya yg tak baik tu susah kita nak kongsikan dgn org kecuali yg betul2 rapat dgn kita. sbb tu org cuma nampak yg baik je. kan. :)

    ReplyDelete
  2. apa yang berlaku ke atas kita adalah dgn izin allah... sentiasalah bersyukur.. alhamdulillah ika dikelilingi kawan2 dan keluarga yang byk meyokong ika :)

    ReplyDelete
  3. yang penting niat kita baik,, usaha doa dan tawakal insyallah berjaya

    ReplyDelete
  4. Gud girl.....
    Kena kuat semangat okay..... =D

    ReplyDelete
  5. org lihat dengan apa yg kita lalui bezakan..

    tapi skarang ika dah okkan... :)

    ReplyDelete
  6. nasib baik dengan izin allah kan dik ;)

    ReplyDelete
  7. btol tu.. nak kata nasib baik.. x jugak.. yg penting kita kena usaha sekuat-kuatnya,, :)

    ReplyDelete
  8. mcm seronok jer keje ika selalu keje luar..xla tperukk je kat office kan..

    ReplyDelete
  9. takpe awak.. kuatkan semangat awak tau.. ni lah masanya untuk awak belajar berdikari tau... kuatkan semangat tau :)

    ReplyDelete
  10. org yg alami jrk yg tau nasib tue baik or x....apapun enjoy being a goverment server....

    ReplyDelete
  11. perlu bljr kuatkan semangat ye dear :D

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah... bagus citer ika ni.. bagus utk org yg ada perasaan mcm ika.. Ika boleh tak kan mereka2 yg lain x boleh.. :)

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com