Lagenda Budak Setan 2 'Katerina' - Movie 42

weekend yg lepas ika pegi tgk movie dengan rumate . hajat nak tengok Sepah tapi kat situ takde la pulak . so, kami pilih untuk tengok movie nie . 

LAGENDA BUDAK SETAN 2
'KATERINA'


SINOPSIS ::

Lagenda Budak Setan 2 'Katerina' - 6 bulan telah berlalu selepas kematian Ayu . Kasyah masih bermurung atas kehilangan isteri tersayang, Ayu . Kasyah masih bermurung atas kehilangan isteri tersayang . Melalui Athirah, bayinya, segala kasih sayang dicurahkan . 

Katerina juga semakin pulih kekuatannya untuk berdepan semula dengan Kasyah . Ketabahan dan ketenangan Kasyah masih menyerlahkan senyuman dibibirnya meskipun kehilangan orang tersayang, benar-benar buatkan Katerina mengaguminya .

Kemesraan mulai terjalin semula antara keduanya . Mereka sering keluar keluar bersama di mana Kate sentiasa berada disampingnya hingga membibitkan rasa cinta .

Katerina memperkenalkan Kasyah kepada kedua orang tuanya . Mereka merancang untuk bertunang namun ditentang oleh ibu Kate, Sofea . Sofea tidak puas hati kerana Kasyah adalah punca menyebabkan Kate kecewa .

Kate tetap berkeras mahukan pertunangan tersebut hinggakan kedua orang tuanya terpaksa menurut . Namun, ayah Kate punyai muslihatnya sendiri meskipun dia menyatakan persetujuannya .

Ketika itu, Hisyam, bekas kekasih Kate yang masih menggilainya muncul kembali, mencetuskan kekecohan . Kasyah pula mula bekerja dengan ayah Kate . Manakala, Kate ke Afrika Selatan untuk urusan perniagaan .

Ketika inilah ayah Kate memasang perangkapnya . Zahira dibayar untuk menggoda Kasyah hinggakan dilihat oleh Firdaus, pengurus tempat Kasyah bekerja .


movie nie bagi ika agak best . Maya Karin comel sangat dalam movie nie . hiks . tapi seriusly sedih dengan apa yang terjadi pada Kasyah . macam2 dugaan yang harus dia lalui .

dan sekarang, tak sabar nak tgk Lagenda Budak Setan 3'Kasyah' . cam menarik je tgk dia punye trailer . hewhew

17 comments:

  1. Teringin sgt nk tengok sekuel ni..

    ReplyDelete
  2. saya ayu jugak..tapi bukan ayu lagenda budak setan...saya ayu lagenda budak baik,hihihi:)

    ReplyDelete
  3. rajinnya ika...nur tak tgk lagi..hihih

    ReplyDelete
  4. yang satu dulu pun deno tak tengok... tak rasa nak tengok.. huhu

    ReplyDelete
  5. untungnya klu dpt tgok ni..T_T
    Lyeen x dpt jln2 kena jaga umah..uwaaaaaa

    ReplyDelete
  6. Tak sabar nak tengok..ifah pun tak tengok lagi cite nie.

    ReplyDelete
  7. leeza tak tgk lagi lahh..
    istanbul aku datang pun tak tgk lagi.

    ReplyDelete
  8. owh best erk..tp nnti ika jgn lupe tgk sepah the movie tau...best.. deqla dah tgk..hihi.. :)

    ReplyDelete
  9. yg first pun blom tgk lgi.. inikan yg kedua .. grrrr

    ReplyDelete
  10. wahh ayu clash dgn sepah..last2 tgk sepah..hehe

    ReplyDelete
  11. nyue pun teringin nk tgk jugakkk..huihuhu

    ReplyDelete
  12. CiM peminat novel ahadiat. Masih smpan lg novel2nya. Tp lom sempat tengok katerina. Tup2 dah nk kluar Aqasha plak. Huhu..

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com