Cinta Halal | Telemovie 9

minggu lepas ika sempat tengok satu citer nie kat Youtube . sekarang kan senang . kalau tak sempat tengok kat tv, tunggu je lah kat youtube . sat lagi adalah la tu yang upload kat youtube . ngeee

 CINTA HALAL


SINOPSIS :: 

CINTA HALAL berkisar mengenai seorang gadis, Ismi Hazariah yang baru sahaja kehilangan perkerjaannya buat kali kelima lantaran dari sikapnya yang suka mencari pasal di tempat kerja.

Ibu tirinya, Najihah runsing dengan masa depannya lantas memaksa Ismi untuk menghadiri temuduga sebagai Eksekutif di sebuah syarikat eksport makanan halal yang dimiliki oleh keluarga berketurunan arab. Ismi yang berperwatakan gila-gila dan berjiwa rockers menolak mentah-mentah kerana dia tahu etika berpakaian berkerja yang harus berpakaian muslimah. 

Namun atas desakan yang berterusan dia akhirnya mengalah dan menghadiri temuduga tersebut. Nasib menyebelahinya apabila dia berjaya mendapat perkerjaan tersebut. Ismi terpaksa melakukan pengorbanan yang besar dari segi pakaian dan tingkah laku sekadar memenuhi permintaan syarikat. 

Bekerja di Cahaya Holding telah membuka perspektif baru di dalam hidup Ismi. Dia mula jatuh hati terhadap pengurus syarikat, Syed Mukhriz hanya kerana perwatakannya yang kacak, tegas tetapi baik hati dan kaya. Adakah Ismi dapat bersama lelaki idamannya?

SUMBER :: SINI


meh la pakat tengok citer nie . best tau ! kelakar . heeee . comel plak Fathia pakai tudung . suka sangat tengok Fathia dalam citer nie :)

14 comments:

  1. fathia kalau pakai tudung mmg comellkan..!

    ReplyDelete
  2. Penulis skrip cinta halal adalah kwn baik akak..hasliza ismail...bestkan..citer ni first tayang kt tv3 petang maal hijrah haritu..ahad mlm tu ulangan...btw tq sbb suka citer dr kwn akak nih..

    ReplyDelete
  3. bab2 tgk video ni yg lemah nih hehee :D

    ReplyDelete
  4. citer ni masa awal muharam aritu. mmg sweet giler. huhu..

    ReplyDelete
  5. best cite nie.. perempuan tu selamba gilerr

    ReplyDelete
  6. artu bru ingt nk tekan telemovie ni tp tgk zaiton sameon..hehe

    ReplyDelete
  7. tak pernah tgk crita nie lagi......

    ReplyDelete
  8. memang best giler cite ni. janji ada fahrin. hehe

    ReplyDelete
  9. belum tgk tapi dah download, xsabar nak tgk besok. hihi

    ReplyDelete
  10. dah ulang byk kali la cite nih..huhuu

    ReplyDelete
  11. seksi pun boleh tahan kan? hehehe...

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com