Zaiton Ceritaku | Movie 38

baru-baru nie ika ade tengok filem Zaiton Ceritaku dengan roomate ika . maybe tak ramai yang nak tengok . diorang akan tengok filem Skyfall berbanding filem nie tapi ika tetap pilih filem nie untuk tengok :)

ZAITON CERITAKU


SINOPSIS ::

Di sebalik keindahan kehidupan yang dilalui, tidak terbayang keperitan yang bakal dialami . Malang tidak berbau, dalam sekelip mata semua yang disayangi hilang tidak berganti . Peristiwa malang yang menimpa Zaiton Sameon meragut segala-galanya .

Zaiton terlibat dalam kemalangan ngeri yang telah mengorbankan nyawa anaknya Irwan . Malah karier beliau sebagai penyanyi juga musnah kerana peristiwa itu . Kehidupan yang dilalui selepas kemalangan sangat perit dan menyakitkan . Maka terhasillah sebuah karya filem Zaiton Ceritaku olahan daripada kisah benar Zaiton Sameon .

Tiada tempat untuk beliau bergantung kecuali ibunya yang tidak jemu menjaga dan mengharapkan beliau bangkit kembali . Namun, sudah jatuh ditimpa tangga, ibu pergi buat selama-lamanya . Zaiton hidup terkontang-kanting, saudara mara pergi entah ke mana . Secara kebetulan beliau dipertemukan dengan Rahim, seorang insan yang ingin menjaga Zaiton kerana belas ehsannya .

Walaupun begitu, masih ada sebilangan manusia yang mengukur jiwa dengan wang ringgit . Mereka mempergunakan Zaiton kerana yakin masih ada pesona bintang pada dirinya . Adakah Zaiton kembali mengecapi kegemilangannya, ataupun hanya menadah impian ?


SUMBER :: SINI :)


overall, citer nie best ! ika suka jalan cerita dia . kisah kehidupan Zaiton Sameon . ada part yang sedih bila dia kehilangan mak dia . bila takde pon orang peduli kat dia masa dia terlantar atas jalan tengah-tengah orang ramai . bila dia kehilangan anak dia . sedih sangat ! 

dan ika suka nyanyian Nadia Aqilah dalam filem nie . best :)


habis je tengok filem nie, terus tweet kat twitter . hahahaha . tak sangka pulak pengarah dengan pelakon filem nie pegi retweeted balik apa yang ika tweet pasal filem tu . hahahaha .




 ape pon filem nie memang best ! tak rugi tengok >_<

14 comments:

  1. wah ! nak tengok jugak lahh nanti ;) untunglahh pengarah retweet :P tapi mase hanan bace entry akak , huruf G pun jadik A , mule2 pelik gak , :)

    ReplyDelete
  2. Ada kesempatan Wilma nak tengok cerita nie :-)

    ReplyDelete
  3. nanti nk tgk kalau ade kat astro first :)

    ReplyDelete
  4. tgk preview je ..
    rasanya macam best :)

    ReplyDelete
  5. ye ke best?akak baca review dlm paper ramai yang kondem..huhu

    ReplyDelete
  6. wah nak tengoklah...tp kat panggung mmg tak lepas

    ReplyDelete
  7. lorrr..ari tu ada gak tngok list kat cinema tp mcm x best ja..pastu ore nge saeng2 pon decide tngok paranormal activity 5. jom la tngok paranormal plak..ehehehe

    ReplyDelete
  8. Serius, man pon rasa macam nak tengok cerita Zaiton ni. macam best je, nak tau camne kisah Zaiton ni dulu..tapi tungguh download jelah. eh? buruknya perangai..lulz

    ReplyDelete
  9. Pernah gak terbaca pasal hidup ZS ni..mmg sedih kisah hidup dia.. Teruja plak nk tengok filem ni..

    ReplyDelete
  10. lorhh..citer ape pulok ni? x penah tengok...hihi

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com