Salam Cinta | Movie 40

nak review movie . movie nie dah lama . ika baru tengok sbb roomate ika yang belikan dvd movie nie . so, ika join sekaki la tengok movie nie . lagipon ada Diana Amir yang comel tu berlakon :)

SALAM CINTA


SINOPSIS ::

Salam Cinta mengisahkan mengenai Amirul, seorang pelakon terkenal di Malaysia yang suka berpoya-poya . Kehidupan Amirul penuh dengan glamor telah menyebabkan Amirul bersikap sambil lewa dalam hal-hal agama .

Shuib merupakan pengurus kepada Amirul yang sering mencuba apa sahaja dalam memastikan kerjaya Amirul sentiasa berada di puncak, sehingga sanggup menerima tawaran sebuah produksi yang mahukan Amirul berlakon sebagai seorang ustaz .

Amirul yang pada mulanya ralat untuk menerima tawaran tersebut akhirnya terpaksa bersetuju selepas diyakinkan oleh Shuib namun Amirul mendesak mahukan khidmat nasihat seorang ustaz bagi membantunya menyelami watak tersebut dengan berjaya .

Ditakdirkan Amirul berjumpa dengan Haji Rahman seorang ustaz yang dengan rela hati sedia membantu Amirul dalam usahanya mendalami Islam meskipun demi lakonan semata . 

Nadia, kekasih hati Amirul yang mana juga merupakan seorang pelakon terkenal berasa bengang dengan perubahan Amirul yang secara tiba-tiba . Amirul telah menghilangkan diri dan mula hidup bersama keluarga Haji Rahman .

Sepanjang Amirul tinggal bersama dengan Haji Rahman, Amirul terpaut hati pada kelembutan dan keayuan Laila, anak Haji Rahman . Keikhlasan Amirul mendalami agama Islam menyebabkan Laila terbuka hati untuk menerimanya namun muncul Nadia bagaikan ombak yang memusnahkan semuanya .


citer nie best ! :) ada part yang kelakar . dan paling ika suka dengar ayat Diana Amir dalam citer nie . .

"Saya takkan mencintai orang yang saya cintai TAPI saya akan cintai orang yang diaturkan untuk saya oleh Allah SWT dunia dan akhirat" :)

7 comments:

  1. rajinnya ika tgk movie... :)
    nur nak tgk satu movie pun susah..huhuh

    ReplyDelete
  2. Sweetnya ayat tu..kak M pun suka gak... Teringin nk tgk la lps ni..

    ReplyDelete
  3. Saya takkan mencintai orang yang saya cintai TAPI saya akan cintai orang yang diaturkan untuk saya oleh Allah SWT dunia dan akhirat

    saya pun suka ayat ni...

    ReplyDelete
  4. Hi! Dah lama tak singgah sini..

    Jom
    Nak invite join 1st Giveaway Blog Qashmere
    Banyak hadiah yang menarik untuk semua.

    ReplyDelete
  5. kena download ni , thanks kak ika x)

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com