Novel 54 :: Pergilah Air Mata - Hanni Ramsul

berjaya habiskan satu ketul lagi novel . kali nie novel dari penulis yang ika paling suka, Hanni Ramsul :) so, jom review novel ! 

PERGILAH AIR MATA - HANNI RAMSUL


SINOPSIS ::

Sebuah bala… sebuah malapetaka telah merantai Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina ke alam rumah tangga.

Badrul yang tidak dapat menerima kenyataan ini tegar menyakiti hati Sabrina yang tidak bersalah.

Air matalah peneman setia Sabrina, di dalam sangkar emas keluarga Datuk Hamidi.
Tanpa ketahuan mereka, rupa-rupanya bala tersebut adalah rancangan seseorang yang tidak senang dengan kebahagiaan Sabrina.

Hiduplah Badrul dengan salah sangkanya terhadap Sabrina dan Sabrina dengan kesedihan yang tidak berpenghujung.

Mujurlah Datuk Hamidi tidak mudah melatah, tetap melayan Sabrina dengan baik.
Namun, lama-kelamaan benci Badrul mula berubah rindu… Sepanjang masa hanya wajah Sabrina yang melekat di ingatan, senyuman Sabrina yang menari-nari di mindanya. Tetapi, hatinya masih belum mempercayai Sabrina sepenuhnya. Masih ada syak yang melingkari sukmanya. Walaupun bencinya masih ada, perpisahan yang dipinta oleh Sabrina telah mencarik hatinya.

Akan kulepaskan jua air mata ini pergi… jauh… sejauhnya… sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada hangat titisannya dahulu.


novel nie best ! huhuhu . tapi sedih la . kesian kat Sabrina tu . dan Maria tu pulak tak sepatutnya buat cmtu kat kawan baik sendiri . hurmm . kawan baik sendiri pon dah susah nak percaya sekarang nie . haihhh .


p/s :: ika tengah buat LUCKY DRAW . utk join, klik SINI :)

8 comments:

  1. novel yg sgt menyentuh hati .
    terbaikkk ~~

    ReplyDelete
  2. err..sedihlaa..

    psst..rajin betul ika baca novel ye..

    ReplyDelete
  3. membaca adalah satu keperluan minda...teruskan membaca..>:)

    ReplyDelete
  4. Salah satu novel kegemaran Wilma :-)
    Best cerita novel nie...
    Tak rugi beli...

    ReplyDelete
  5. akk mmg tak suka baca novel..kalau ada kengkawan suka baca akk tanya mcm mna jalan citer2..hehe

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com