Istanbul Aku Datang | Movie 39

nak review movie . semalam punya movie ika tengok . hiksss . balik je keje, gigih siap-siap pegi Ipoh Parade . sanggup tu redah hujan . hahahahahaha .


ISTANBUL AKU DATANG


SINOPSIS ::

Istanbul Aku Datang mengisahkan perjalanan seorang gadis yang penuh kesungguhan dan percaya akan takdir cintanya . Dian (Lisa Surihani) yang sanggup terbang ke Istanbul untuk berada dekat kepada kekasih hatinya, Azad (Tomok) yang juga pelajar jurusan kedoktoran di universiti di sana .

Dalam diam, niat Dian yang juga seorang penulis blog mengimpikan sebuah kebahagiaan dan keputusannya mengundang seribu senyuman kepadanyan kononnya Azad akan nampak kesungguhannya dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya .

Namun, bagai kata pujangga dan pemahaman realistik yang kita tidak mampu mengubah takdir atau meneka apa yang sudah disuratkan kepada kita, segala impian dan objektif Dian itu semuanya tidak mengikut apa yang difikirkan .

Dian bagai merentasi sebuah pengalaman berbeza yang akhirnya menemukannya pula dengan seorang lagi lelaki juga pelukis, Harris (Beto Kusyairy) .

Pertemuan mereka yang awalnya memberikan ketegangan dan konflik bagaimanapun akhirnya memberikan satu keserasian . Dian tidak sedar yang kini dirinya berdepan kemelut kekasihnya, Azad yang cemburu dan Harris yang mula mencerminkan sebuah kebahagiaan .

Dian keliru namun semua yang berlaku hanya mematangkannya dan memberikannya ruang untuk membuat keputusan terbaik untuk dirinya sendiri .



citer nie seyes best ! kelakar pon ade . hikss . sangat berbaloi tengok . rasa cam nak tengok banyak kali . wohaaaaa :) dan semestinya Lisa sangat lah comel dalam citer nie . even ending tu ika dah dapat agak dia dengan sape, tpi still sangatlah best ! hiksss


p/s :: 9.45 mlm 9/11/12 , ika bertolak ke Shah Alam :)

12 comments:

  1. rajin sungguh tgk movie ye ika. jeles lah.. huhu..

    ReplyDelete
  2. Tengok iklan pun macam bestttt. Must watch. hikhik

    ReplyDelete
  3. wah bestnyaaa sis dah tengok cerita ni.. nk tengok juga, serius nmpk best.. boleh la time cuti ni pergi bertenggek kat wayang...

    ReplyDelete
  4. aaaa nak tengok.. tapi xde member. masing2 skema nak hadap buku je :(

    ReplyDelete
  5. bes ke ika? baru plan nak tengok esok..

    ReplyDelete
  6. ending lisa ngan sape?? bukan ngan tomok ke? ngan beto ke?

    ReplyDelete
  7. wahh..ika dah tgk ek..!
    teringinnya nak tgk..tpi belum berkesempatan..!

    ReplyDelete
  8. sini xdop panggung alamtnya kena tunngu hok en.suami download je laa..huhu....

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com