pesanan seorang ABANG

ika baru balik dari program bersama orang asli kat Gerik semalam . minggu nie pack . banyak program . so, tak dapat  la nak blogwalking seperti biasa . hohohoho . thanks kat korang sebab still sudi singgah dan komen kat blog ika . Insyaallah ade mase nanti, ika  blogwalking kat blog korang . 

hari nie ika nak share pesanan yang ika dapat dari seorang abang . bukak je emel pagi nie, dapat banyak msj daripada abang ika itu . yeah ! ika ada seorang abang yg sentiasa memerhati gerak geri adik dia melalui blog . hikhik . macam la abang ika tak boleh hantar mesej kat fon kan ? hahahaha . cara ini lagi klasik :P


Wahai adikku sayang..
dengarlah rintihan hati abangmu
yang selalu risaukan dirimu
sentiasa memikirkan tentang dirimu..

Adikku...
jagalah maruah dirimu
dan juga maruah ibu bapamu
yang sentiasa menyayangimu siang dan malam
yang sentiasa menerangi cahaya hidupmu

Adikku...
Bukan bapamu mahupun ibumu
ingin melarang dirimu
namun ingatlah adikku
ibumu dan bapamu hanya ingin menjaga maruahmu
sebagai seorang insan bernama gadis..



Seorang wanita umpama sekuntum bunga di taman
segar mewangi di pelusuk dunia
setulus kasih sesuci embun
seindah mentari
seanggun rembulan..

Cantik wanita kerana akhlaknya
lembut wanita kerana tutur katanya
mesra wanita kerana senyumannya
cekal wanita kerana keberaniannya
patuh wanita kerana setianya
sabar wanita kerana imannya
kasih wanita kerana belaiannya
lemah wanita kerana airmatanya
ikhlas wanita kerana simpatinya
dendam wanita kerana cemburunya
sayang wanita kerana sifat keibuannya
jadilah wanita yang sempurna…

Serikandi muslimah yang sejati
hatinya akan sentiasa di miliki Ilahi 
dalam memperjuangkan agama islam
binalah akhlakmu seindah muslimah sejati 
yang padanya terpancar nur iman bertakhtakan taqwa
Semoga kasih sayang ALLAH bersamamu...



ika sangat beruntung sbb ada abang yang sentiasa ingatkan ika bila ika lalai . bila ika leka . for sure la . abang ika nie ada saje bila ika perlukan dia . dialah abang, dialah sahabat baik ika :)

thanks abang !

30 comments:

  1. wahhh betul2 sangat untung...
    baru betul abang jaga adik...boleh je adik jaga abang gak ek...

    tak ada abang...tapi abang sedare la take over roll tu...sbb anak sulung kan..

    ReplyDelete
  2. wow!! indahnya kata2 dari seorang abg buat adiknya.
    kata2 nasihat mcmni yg mengeratkan lagi hub silaturrahim kan.
    alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  3. bestnya ada orang yang sentiasa perhatikan kita dan memberi teguran bermakna ketika kita lalai..=)

    ReplyDelete
  4. bertuah Ika ade abang yg sgt prihatin & sayang ika :-)

    ReplyDelete
  5. Bagus dpt abg mcm tuh. sebb kita manusia ni mudah lupa kalau xde org tlg ingat kan :)

    ReplyDelete
  6. kreatifnya abg ika. siap berpuisi bagai lagi tu... payah nak cari! hehehee

    p/s : hope ika ikut segala pesanan dia tu yek!

    ReplyDelete
  7. insyaallah kan...kita sama2 jadi muslimat sejati..

    ReplyDelete
  8. Wuahhh , ayattt tuuu , boleh melt org dibuatnya..haha..

    P/S : Tag awk di sini : http://www.yanaliyana.com/2012/10/impian-mampu-abg-stalker.html

    ReplyDelete
  9. bertuah ada abg yg sntiasa mengingatkan.. :)

    ReplyDelete
  10. bestnya ad abg yg begitu mengambil berat psl adik dia...beruntung ika..nak abg jugakkk..ahahahha

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum .....menarik nyer...:)

    ReplyDelete
  12. untung ada abang yg suka beri nasihat..

    ReplyDelete
  13. alhamdulillahh
    bukan senang nak dpt abang macam nie .. ( abang ada banyak .. kekasih punn ada dgn panggilan abang eekek )

    ReplyDelete
  14. nice ika..beznya kja ika kja jln ja..hehehe

    ReplyDelete
  15. Alolo, sweetnya abang ika ni.. Untung ika ada abang yang baik macam ni.. Tak semua ada abang sebaik abang ika tau.. =)

    ReplyDelete
  16. abang special ke abg kandung ika? btw bagus nasihat dia..jadikan panduan :)

    ReplyDelete
  17. baiknyer abam dia..hihihi..dh tukar nama blog eks...

    ReplyDelete
  18. bagus la.tu gunanya adik beradik.saling ingat mengingati kan :)

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah abg ika ambik brt dkt ika..

    ReplyDelete
  20. beruntung ika ada abng..huhu..sarah takde

    ReplyDelete
  21. Hi there!

    Just here to thank you for visiting my blog, Ripples, a few days earlier. I hope you would come back again to check out more latest updates about my poetry, recommendations and activities!

    At the same time, I have also added myself as one of your blog followers!

    Hope to see you around!


    Wilson Khor W.H. @ Seymour Nightweaver
    Blog: rippling-ripples.blogspot.com

    ReplyDelete
  22. akk takdok abang..sedih adik lakipun takder sedih lagi tapi bila hubby ngan abah akk ada legaaaa disitu=)

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com