Novel 52 :: Siapa Orang Gajiku - Azimah Lily



hari nie nak review novel memandangkan baru je berjaya habiskan seketul novel petang kelmarin . nak baca novel kena ade mood . then, kalau baca, kena baca sampai habis terus, tak best kalau baca, then stop . pastu minggu depan pulak sambung . hihi

SIAPA ORANG GAJIKU


SINOPSIS ::

Semuanya gara-gara Datin Sharifah Mawar. Kerana ingin melarikan diri dari ibunya, Aina bersetuju dengan tawaran nenek Rina, Tengku Fauziah.

Orang Gaji!!! Itu pilihan kerja yang dia ada sementara menyembunyikan diri dari kehendak ibunya sendiri. Selain itu, Tengku Fauziah juga meletakkan syarat yang lain pula. Orang gaji hanyalah alasan sahaja. Tujuan sebenar Aina adalah untuk merawat cucu Tengku Fauziah, Tengku Haikal Iskandar.

"Saya tak sangka masa tuan kecil dulu, tuan suka pakai pakaian perempuan." - Sharifah Aina Aishah

"Kau ingat aku pakai baju ni dengan rela hati ke? Ini semua salah Mamee Monster tu. Eh..macam mana kau dapat gambar nie, hah?" - Tengku Haikal Iskandar

"Rahsia. Inilah urus niaga yang saya cakapka tadi. Mulai esok tuan mesti mula bekerja di pejabat." - Sharifah Aina Aishah

Kehilangan tunangnya, Sofea pada hari pernikahan mereka menyebabkan Tengku Haikal Iskandar kecewa dan putus harapan untuk hidup. Sikap Tengku Iskandar yang degil dan kurang ajar menyebabkan Aina hilang sabar. Walau apapun, Aina harus melaksanakan tugasnya. Sementara itu, kehadiran Aina tidak disenangi oleh ibu Tengku Haikal, Tengku Fazira. Baginya, Aina ada agenda.

Sehingga bila Aina dapat menyembunyikan identitinya yang sebenar? Dapatkah Aina meneruskan hari-harinya di rumah itu dengan tenang? Semakin hari Tengku Haikal Iskandar mencurigai identiti Aina. Dapatkah Aina merahsiak identitinya sebagai Sharifah Aina Aishah?


bagi ika novel nie agak best la jugak . cuma ika tak suka ending dia. hikhik . ika rasa cam ending dia sepatutnya lebih menarik daripada tu. hahaha . kemain bg komen :P

bukan apa, ika lagi suka ending yang hero ngn heroin tu kahwin. dalam novel nie tu tak berlaku. last diorang bertunang je :(

16 comments:

  1. ejulz beli 2 novel berapa bulan dah x baca2 lagi.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Salam dah baca abis kew??

    best x... ni novel baru kan!

    ReplyDelete
  3. Wah..memang minat karya seni ye? :)

    ReplyDelete
  4. takut kemain lagi eh..lama dah nur xbeli novel.bila tgk ni, rasa mcm teringin lak nak beli..hhihi

    ReplyDelete
  5. sha da mls nak bca huhu..kalau nak baca on9 pun best juga ika..

    ReplyDelete
  6. mohon nk jwatn tukang gaji .kihkih :P

    ReplyDelete
  7. buat masa ni tak sempat sgt nk baca novel. kena baca novel sastera dan analisis. satu hari baca 1 page pun tak lepas tau... sastera!

    ReplyDelete
  8. salunya novel mmg camtu... cam tergantungkan... ntah2 ade sambungan kot... ^_^

    ReplyDelete
  9. Salam..hai..Jaja dah follow awak..jom follow Jaja balik.. ^_^ Jaja nak jempot awak join segmen Jaja..yg nie..

    http://biarkandakuberbicara.blogspot.com/2012/08/segmen-blogwalking-august-by-jaja-sutera.html

    dan giveaway Jaja yg nie.. :)

    http://biarkandakuberbicara.blogspot.com/2012/07/giveaway-ramadhan-1433h-by-jaja-sutera.html

    salam perkenalan..sama2 kite meningkatkan traffic follower kita.. :)

    ReplyDelete
  10. dr dulu mmg tak suka baca novel tp kalau adaptasi ke drama mmg suka..dasar pemalas.hehehe

    ReplyDelete
  11. lme dah tinggal kan alam kegilaan membaca novel..

    ReplyDelete
  12. banyak novel yg dah ditinggalkan, xabis baca. sbb skg tengah beralih arah nak membaca buku yg berunsur motivasi ;)

    ReplyDelete
  13. hahaha... okay la tu ika. bertnang bermaksud akan kawin la tu.

    ReplyDelete
  14. alaaaa, kenapa bagitau ending? baru plan nak beli. tak jadi laaaa ;(

    ReplyDelete
  15. Blogwalking kat blog awak..cantik...
    http://blogcikgufarra.blogspot.com/

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com