izinkan saya update blog



2, 3 hari nie terasa lemau sedikit . terlalu berfikir tentang banyak perkara yang harus disettlekan . kadang-kadang sampai pening kepala dibuatnya . nak update blog pon dah takde mood . update pon pasal kad raya tu . nak bw pon dah takde mood . mood asyik ke laut je :(


PERTAMA . Kuala Lumpur . banyak benda yang nak kena buat . ika kena cari rumah sewa . nak siapkan keperluan nak g sana lagi . nak kena kuatkan mental dan fizikal .  kalau ade sape2 tahu rumah/bilik kosong kat area Jalan Ampang, gtau la ika yer :'(

dok KL bukan cam dok Kelantan . dok sini mama ada . kakak, abang sume ada . nak makan ape, cakap je kat mama . nak beli pe, gtau je kat mama . nak g mana-mana, abang yang akan hantar :)

dok KL nanti, for sure la kena berdikari . sampai bila nak dok ditakuk lama . kena la improve . sekurang-kurangnya orang dah tak cakap ika nie anak manja . ye la, ika anak yang manja, dimanjakan, memanjakan . haishhh

dan ade yang tanya ika, nak dapat keje gov tu, kena guna 'kabel' ke . jawapan ika, istilah 'kabel' tu takde bagi ika . apa yg ika dapat nie, ika usahakan sendiri . 3 kali ika g interview under SPA . Alhamdulillah, kali ke 3 ika g, ika lulus temuduga tu . Insyaallah, Allah swt sentiasa akan tolong kita . percaya lah ^^

KEDUA . ika sebenarnye kena handle reunion hujung bulan puasa nanti . reunion untuk budak sekolah rendah ika . 10 tahun dah tak jumpa . so, kami bercadang nak buat iftar .


ika kena decide tarikh, kena cari tempat nk buat iftar, kena cari cikgu-cikgu yang dh lama terpisah . hihihi . bukan setakat kitorang je terpisah, cikgu pon dh terpisah . nasib baik dh buat group kt fb utk kumpul semula budak2 nie . hihihi

doakan iftar nie berjalan dengan lancar ye . first time ika kena handle majlis yg agak besar la kot . nak kena kumpul semula budak2 batch ika dulu . rindu kenangan sekolah rendah dulu dan tak sabar nak jumpe diorang . ade yang dh kahwin, dah ade anak :)

KETIGA . bila ade yang tak suka dengan penulisan kita di blog . for 2 years ika buat blog nie, dah banyak yang ika lalui . kalau cik Anon tu takyah cakap la . berlambak dia punya komen . hahaha . dulu dekat chatbox ika tu penuh dgn mesej dia sahaja .

ika pon tak tahu la kenapa . ika nie buka blogger femes pon sampai nak komen mengarut-ngarut kat blog ika . ika tulis apa yang ika rasa . ape yang ika lalui . saje nak berkongsi pengalaman dengan korang . takkan itu pon salah .

sampai satu masa, "ika ! please stop writing about nonsense things ! " . kalau korang di tempat ika, ape yg korang akan buat . pada ika, ika akan tetap menulis . blog ika, cara ika . dats why tajuk kat atas, "IZINKAN SAYA UPDATE BLOG" . hikhik . 


ika akan tetap tersenyum even terlalu banyak kepahitan untuk ditelan . at the end, InsyaAllah, ika akan dapat "PELANGI" di setiap masalah itu . aminnn :))

nota gigi :: tiba-tiba rasa entry nie panjang .

39 comments:

  1. huhu...samala kite..duk umah sewa daa sem depan..sob3~

    ReplyDelete
  2. W'salam.

    izinkan Abe Mirul memberi komen.

    Cik Ika, lupakan saja apa yang nak kata. Kita blogger,kita punya cara tersendiri dalam menulis. Apa daa..meh bagitahu sapa yg kata kt cik Ika tuh. Nak sekeh sikit. hehe.

    Mmm.. tahniah jugak sbb dapat kerja tu. Kerja elok2 ye.KL tu,macam-macam ada. hati2. :D

    ReplyDelete
  3. W'salam.

    izinkan Abe Mirul memberi komen.

    Cik Ika, lupakan saja apa yang nak kata. Kita blogger,kita punya cara tersendiri dalam menulis. Apa daa..meh bagitahu sapa yg kata kt cik Ika tuh. Nak sekeh sikit. hehe.

    Mmm.. tahniah jugak sbb dapat kerja tu. Kerja elok2 ye.KL tu,macam-macam ada. hati2. :D

    ReplyDelete
  4. huiyooo bestnya reunion..
    mesti happening!! =D

    ReplyDelete
  5. kak ika . pedulikan ape yang orang kata . kan nie blog kak ika . bia la kak ika nak tulis ape pun :) ramai lagi yang nak baca entry kak ika :)

    ReplyDelete
  6. setuju... dan jika anon tu blogger juga, say 'mind your own blog' je... haha

    ReplyDelete
  7. banayk betul keje nye nie..jgn la stop menulis...smpt je menulis sebelum tdow...hehe

    ReplyDelete
  8. Tahniah ika , dpt join gov .. Berkhidmat untuk negara :)

    ReplyDelete
  9. blog kita,cara kita lah..tak pham knapa org lain nak dengki kan?

    Btw,gud luck ika,moga semua brjln lancar..best tau hidup berdikari kt kl..cuma kita kena tabah

    ReplyDelete
  10. first, nak ucap good luck dan semoga ika dipermudahkan segala urusan yang perlu diselesaikan. Bunyi cam banyak giler. Second, bersabar la ika. Ada je orang busuk hati kat kita, ada hikmahnya. Dia bukan cakap ika tulis benda nonxense tapi dia jeles la tu. For me, blog ika memang best! ikhlas dari hati. peace.. n_n

    ReplyDelete
  11. Biar apa orang kata, blog ni milik Ika. Be yourself yeahh :D :D Happy blogging dear! :)

    ReplyDelete
  12. betul tu ika. rezeki dah ditentukan. kalau guna kabel pun dah bukan rezeki dia tak dpt jugak. selamat berdikari ika. just abaikan kata2 mereka tu.

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah dah terupdate dah. hehe

    bestnya buat renion, setakat ni blom smpt lg buat renion bsr-bsrn..

    tang blogger tu, tak da apa nk dirisaukan lah..:)

    ReplyDelete
  14. sabar ika. semoga semuanya berjalan lancar. tikah dok kl, klo ada pape nk bntuan, gtaw je tikah yer :)

    ReplyDelete
  15. Bestnya ada abang . boleh hantar kita mana kita nak pergi :D

    ReplyDelete
  16. ermmm...

    takde masalah tak boleh selesai..

    lagipun ika nih org terpelajar..

    akak yakin ika boleh handle lah..!

    :)

    ReplyDelete
  17. ssh bila ade jerk yg dengki ika.. da jd lumrah... mmg x boleh nak halang... bila mula rasa dengki tu menguasai diri... mula nak nak hack org.. haishh... x sume org kita leh puaskan ati.. :) pe pon.. teruskan menaip k.. biar ape org kata... ^_^

    ReplyDelete
  18. gud luck ika... moga semuanya brjalan lancar... ^-^v

    ReplyDelete
  19. kat kl mmg ssh sikit nak cri uma sewa, taraf hidup mmg agak tinggi.

    pasal cik anon tuh, sabar jelah. raihan xde masalah pon. raihan suka singgah sini apa..keep blogging dear..^^

    ReplyDelete
  20. jgnkan cik rongoks..cik sweety yg baru ne pun ada juga cik anon dengkikan... sabar je la yeaa..

    ReplyDelete
  21. dapat keje gomen? wahh...tahniah yer ika... biasa la. org ni suka sgt dengki kan? ckp blog kita x best, tapi dtg berkali2 jugak?

    ReplyDelete
  22. wah...tahniah dapat keje gomen. Kalau awal sikit masuk, mesti dapat bonus raya, hehe...

    ReplyDelete
  23. saya org kelantan gak, tapi dok pasir puteh :)

    ReplyDelete
  24. tulis je.. bukan ika mencarut atau hentam sapa2 :) xsemua org suka kita.. :D gdluck cari umah

    ReplyDelete
  25. gud luck cik ika dalam apa jua yg cik ika buat..:)

    ReplyDelete
  26. ika di tag http://sararose-93.blogspot.com/2012/08/saya-join-blog-list-aidilfitri-qaleshya.html

    ReplyDelete
  27. tahniah sbb dpt je gov..beruntung wk

    ReplyDelete
  28. akk doakan semua dipermudahkan
    tahniah sekali lagi dan semoga succes ye ;)

    ReplyDelete
  29. Gudluck kak ika dalam apa jua yang akak buat... Manusia yang ada sifat dengki nie memang tak boleh nak lihat orang lain senang... Blogger macam kita nie memang selalu hadapi perkara-perkara macam nie... Sabar dan yakin dengan apa yang kita buat adalah paling penting... Smile always. ^^

    ReplyDelete
  30. Seronok bakal jumpa kwn dan cikgu sek ya..
    Bz sungguh cik Ika. Semoga semuanya selesai dgn jayanya.

    Nasiblah akak tak dpt lg komen2 yg mcm tu ;) tp kalau dpt pun delete shj. Sebab ni blog kita dan kita ada hak sepenuhnya. Org nk baca atau tak terpulang. Tp jgn sampai kecilkan hati org lain. Allah tak suka sikap mcm tu...

    All the best Ika,

    ReplyDelete
  31. dtg sini nak ajak join contest..sudi sidi sudu tak?

    http://ohgadisitu.blogspot.com/2012/08/contest-aidilfitri-blog-saya-biasa.html

    ReplyDelete
  32. pertama, life kt kl mg sgt jauh berbeza.. dr segi kewangan mmg kene up sikit, then kene pndai jge diri. rmai member2 yg asal negeri jauh2 bile dtg KL jd sesat plak pgaruh kwn2. kedua, untunglah nk buat reunion, ade gak nk diusahakan.. chaiyok2.. ketgie, anon tu norma.. sy mmg x pernah terime lg, tp BAKAL terime la kot..

    ReplyDelete
  33. busy nyer....
    apa2 pun...enjoy dgn apa yg dilakukan....\bab blog tu.... blog kita...kita yg mencorakkan nya.....
    buat apa nak tiru org lain....kan...

    ReplyDelete
  34. Hai cik rongoks. hehe. Nie first time lalu di sini, alah kalau pasal anon tu toksoh amek kesah la. Diorang memang tak ada life, tu pasal asyik nak mengata orang je. Anyway congrats for the job :')

    ReplyDelete
  35. diorang jealous sebab tak boleh tulis blog macam ika, tak boleh buat blog yang comel macam ika. 1 tak suka, tapi 100 orang suka. teruskan berblog k! =)

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com