10 tahun



nie entry sebelum raya sebenarnya . tapi baru sempat buat . sibuk nak raya kan ? huhuhu .

hari last berpuasa, ika sempat berbuka dengan kawan-kawan masa sekolah rendah dulu . lebih kurang 13 orang yang join iftar tu . kitorang buat kt Pizza Hut KB Mall, Kota Bharu, Kelantan . 


kat pizza time tu rasenye meja kitorang je yang riuh rendah . orang lain sopan je makan . tp meja kitorang kemain meriah sakan . dengan mulut masing-masing tak berhenti dok sakat kawan-kawan lain . dok cerita macam-macam benda . semua cerita keluar . hahaha 

maklum lah dah 10 tahun tak jumpa . bayangkan last jumpa tahun 2002 . masa tu darjah 6 . then, masing-masing sambung belajar kt tempat lain . skrg dah 2012, dah berubah semua :)

ada antara kitorang yang memang selalu jumpa . tp ade jugak yg terpisah tak jumpa-jumpa . hahaha . Insyaallah satu hari nnt, kitorang buat gathering besar-besaran . kumpul semua termasuk cikgu ^^


apapun memang enjoy malam tu walaupun tak ramai . thanks yang sudi datang . lain kali jumpa lagi :)

11 comments:

  1. wahh bestnya wat reunion..hehe..skang ngn ada nya fb mudah utk kita bhubung ngn member2 lama kan? hari merdeka ni ada di kelate x?

    ReplyDelete
  2. 3,4 tahun lepas agak buat reunion dgn member skolah rendah...pastu mak bising sebab macam x manis plak kumpul2 anak dara anak teruna..walaupun kumpul kat rumah yg ada mak ayah...hehe

    ReplyDelete
  3. wah, syok la jumpa kawan2 sekolah rendah dulu..

    ReplyDelete
  4. bila sesekali dapat berjumpa dgn kwn2 lama..mesti bnyk cerita yg keluar kan :)

    ReplyDelete
  5. sepuluh tahun tak jumpa? mesti banyak cerita kan malam tu

    ReplyDelete
  6. biasalah. dh lma x jmpa.. msti bnyk yg mau dcrritakn.. jdi riuh rndah.. msti hppy betul kn..

    ReplyDelete
  7. 10 tahun xjumpa, pastinya macam2 cerita di bualkan..tentulah meriahkan dan riuh.. :)

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com