perjalanan hidup



sempena umur ika dah masuk 22 tahun, ika nak share dengan korang ape yg ika lalui selama 22 tahun hidup ika . kat mana ika belajar . kat mana ika keje . ika buat ape . lahir kat mana . tinggal kat mana . :)

nama sebenar ika, Noor Atikah . ika lahir pada 02 Julai 1990 kat Kota Bharu, Kelantan . i'm KELANTANESE :) . ika anak ke 7 daripada 8 beradik . 4 lelaki 4 perempuan . adil kan ? hahaha . 


gambar kat atas tu masa ika umur 5 tahun . cute kan ? hahaha . ok. tak cute pon . tengok pipi pon dah tahu kuat makan . lalala . zaman kanak-kanak ika penuh dengan kenakalan ika sampai satu masa ika ingat yg ika penah kena ikat kat pokok depan rumah sbb terlampau nakal :P


then, tahun 1996 ika masuk PRA SEKOLAH . lepas tu tahun 1997 until 2002 ika belajar kat SK LANGGAR, KOTA BHARU . pastu dapat UPSR 5A . 5A tau ! dapat 5A mase tu rase macam dapat 10A mase SPM . hahaha . 

lepas tu, ika dapat tawaran belajar kat sekolah berasrama . tahun 2003 until 2005 ika belajar kat SMK AGAMA TOK BACHOK, BACHOK . then amik PMR dapat 4A je. hahaha . yg lain sume B untuk Baik :))

pastu papa pindahkan ika ke sekolah biasa je lepas PMR sbb kesihatan yg k.o sikit masa tu . selalu sakit . hihihi . tahun 2006 dan 2007 ika sekolah di SMK SULTAN ISMAIL, KOTA BHARU . dekat la jugak dengan rumah ika . tiap2-tiap hari papa hantar dan papa amik dari sekolah . wuwuwuw . .


lepas SPM, ika kena g PLKN . hukhuk . nun jauh di Perlis . tapi takpe . plkn best ! ^_^ . ika dapat kat KEM TASIK MERANTI, WANG KELIAN, PERLIS . ika dok plkn pon sekerat jalan je . tak habis . then, balik rumah sbb dapat tawaran belajar kat matrik .

ika pon pegi la belajar kat MATRIKULASI CHANGLUN, KEDAH . kat sini ika belajar SAINS FIZIK . kalau korang nak tahu, ika belajar kat sana seminggu je . wakakaka . ika tak boleh belajar dengan cara camtu . cam belajar ramai-ramai dalam satu dewan besar gedebak camtu . serius, memang ika tak boleh . 


then, ika dapat belajar kat UiTM KELANTAN, KAMPUS MACHANG . so, ika pon pegi la sbb dalam kelantan kan ? hahaha.. tiap-tiap minggu konfem dapat balik rumah :P . ika amik kos DIPLOMA SAINS KOMPUTER .


pastu, ika buat part time sebagai PROMOTER kat shopping complex dekat rumah ika nie , BILLION . ika promote baju kanak-kanak jenama CHEETAH JUNIOR :) . 18 hari ike keje kat sini .


lepas tu, ika dapat keje kat TASKA MUMMYKU sebagai PENGASUH :) . ika jaga budak-budak yg berumur 2 tahun hingga 4 tahun . best sangat keje nie . wuwuwuw . lama jugak ika keje sini . lebih kurang 6 bulan . then, kena ikut kakak dok Kuantan .


masa keje sebagai pengasuh, ika ade join satu kursus nie . KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK . so, ika adalah pengasuh berdaftar ye . hahaha . siap ade sijil . kalau nk mintak ika jaga anak korang, boleh la :P


then, ika stay kat Kuantan . keje pertama ika kat Kuantan adalah, CASHIER kat GUARDIAN KUANTAN WALK :) . keje kat sini jap je . satu bulan . hahaha .


pastu, ika keje sebagai CIKGU TADIKA kat TADIKA PERMATA ILHAMKU . kat sini pon ika keje sebulan je . ika nie kalau tak berkenan dengan keje tu, memang kejap je la kan . terus berhenti . hahaha .


then, ika teruskan perjalan hidup ika dengan bekerja di INTERSOFT COMPUTER SALES & SERVICES sebagai KERANI :) . kat sini ika keje 3 bulan . lama la tu kan ? hahaha . ika berhenti bukan sbb keje tak sedap . berhenti sbb perkara lain yang menghantui jiwa dan raga nie . lalalala .

ika pon balik stay kat Kota Bharu :)


dan sekarang ika bekerja kat bahagian AKAUN di PRICOH :) . dah nak masuk 4 bulan ika keje kat sini . seronok . bukan setakat seronok, malah beronok-ronok keje kat sini . hahahaha . takde tekanan maaa. suka sangat . boss baik :)


menunggu masa untuk lapor diri kerja gov ^^


ika dah pon membesar sebagai seorang perempuan yang makin lama, makin tembam . wakakaka . dah 22 tahun hidup . Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernafas :)

dah macam-macam yang ika lalui sepanjang 22 tahun . dan masih banyak lagi yang harus ika lalui . just kena kuatkan semangat :) . Allah SWT sentiasa bersama orang yang bersabar . kan ?
Post a Comment