Novel 51 :: Kahwin Ganti - Aifa Batrisya



nak review novel . dah lama habis baca . baru ingat nak review memandangkan tak tahu nak buat entry pasal apa benda hari nie . so, review novel je lah ^^

KAHWIN GANTI


SINOPSIS ::

Luqman Hakim
Perempuan yang bertudung semuanya sama! Nampak baik, tapi hati busuk! Cinta konon! Ada apa dengan cinta? Dah bercinta, nak kena setia. Punyalah setia, kena tinggal juga! Jadi seperti dia juga senang. Tempoh untuk berkawan dengan perempuan, hanya satu bulan. Cukup masa, tukar yang lain. Muda lagi kut! Enjoy la!

Nuqman Hakim
Bertunang, banyak dugaannya. Ramai yang tunang dengan dengan orang lain, tapi nikah dengan orang lain. Nikah terus lagi senang. Lepas ni, boleh fokus pada belajar. Bukan macam mamat seorang tu, sibuk ke hulu dan ke hilir heret perempuan yang bukan muhrim. Macam manalah ilmu nak berkat kalau dok sibuk buat perkara tak senonoh!

Mya Zara
Bila berdua dengan lelaki itu, bayangan Nuqman selalu saja nampak pada dirinya biarpun perangai mereka ternyata berbeza. Tapi, bila wajah itu tiada di hadapannya rindu pula mula menghimpit diri. Dia sendiri tak pasti sama ada itu adalah cinta atau sekadar kerana taat setia pada yang sah memilikinya.

“Awak suka saya tak?” – Mya Zara

“Aku… aku suka Dibo!” – Luqman Hakim

Takdir Allah telah menentukan jodoh di antara Luqman Hakim, pelajar tahun akhir Kejuruteraan Kimia yang kasanova, dengan Mya Zara tutor mudanya yang juga bakal kakak iparnya tatkala Nuqman Hakim menghilang secara tiba-tiba.

“Sebab dia adiklah, abang akan buat macam tu. Abang akan paksa dia ceraikan Zara dan pulangkan semula Zara pada abang. Tak selamanya dia boleh rampas semua hak abang. Kali ini, abang akan bertegas. Sama ada dia suka atau tidak, Zara mesti jadi hak abang!” – Nuqman Hakim

Mampukah istana yang dibina atas dasar gantian bertahan hingga ke akhirnya? Berjayakah Mya Zara mengubah persepsi Luqman tentang perempuan dan cinta?


Biar berapa kali dia datang dan pergi,
kasihku tetap kepadamu . . .



bagi ika novel nie best ! Luqman Hakim tu sweet sangat even dia garang . hihi . Mya Zara pon beruntung sebab dapat suami macam Luqman Hakim . kalau dah jodoh diorang berdua, nak buat macam mana kan walaupon Mya Zara tu kekasih Nuqman Hakim pada mulanya :)

11 comments:

  1. menarik jalan ceritanya..nak cari la!

    ReplyDelete
  2. wah tajuk gambar mmg best! dah lama akak tak baca novel..hee

    ReplyDelete
  3. mcm best ja kan?? tajuk pun menarik ni..hehe sha suka juga baca novel tp skg bz la..xda masa..

    ReplyDelete
  4. akak xlehla bc novel.. mesti bc 2 3 muka surat terus terlena.. hihi

    ReplyDelete
  5. menarik jugak jln cerita novel nie.....

    ReplyDelete
  6. mood bce novel lme ilang,,aih kne gali smula ni..mcm best novel ni..

    ReplyDelete
  7. jaa pon suka beli novel dulu. tp skang bila dah ada anak. harem! x beli dah. x mnyempat nk baca.

    ReplyDelete
  8. jln citer mcm besh..dh lama x bc novel..kena pupuk blek neh..

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com