Novel 50 :: Takdir Itu Milik Aku - Siti Rosmizah

kali nie nak review novel pulak . baru je semalam habis baca . novel nie lama la jugak ika amik masa nak habiskan . first time baca novel tebal sangat-sangat . huhuhu . sape yang minat karya Siti Rosmizah, wajib beli novel nie . berbaloi-baloi :P

TAKDIR ITU MILIK AKU - SITI ROSMIZAH


SINOPSIS ::

"Kau bukak mata kau besar-besar ! Kau tengok betul-betul muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni ! Kau ingat aku saja-saja nak kahwin dengan kau ! Hei bodohlah kau ni ! Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku ! Kau tahu tak betapa jijiknya aku menengok muka kau . Jijik , tahu tak ! Kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh . Geli ! Sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya benci ! benci ! benci !!! " Hambur Zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati . 

Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya . Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya . Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya . Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan .

Dian disuruh menjadi orang gaji . Dia akur dengan kehendak emak saudaranya . Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya . Tapi sementara cuma . Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula . Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki . Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka .

Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang angkuh dan sombong . Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkab dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini . Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya .

Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama . Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mertuanya . Tapi kenapa Dian yang dipilihnya ? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka ?

Allahuakbar ! Raung Dian . Menggeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadab suaminya itu . Tapi itulah kenyataannya . Itulah kebenarannya . Pahit ! Cukup pahit ! Dan kepahitan yang ditelan oleh Dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya . Kala itu, biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi .

Memekiklah ! Meraunglah ! Menjeritlah ! Keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun ! Aku tidak akan berpaling lagi ! Hatiku sudah mati ! Mati buat kau ! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi ! Aku yang akan tentukan jalan hidupku ! Kerana Takdir itu milik aku !


perghhhh ! novel nie best maaaaa :)) . mula-mula baca ika geram kat mak saudara si Dian tu, kemain lagi jahat . pastu, start geram kat si Zarif tu . sombong sakan . bukan setakat sombong je, jahat sangat ! emo betul tau tak baca novel nie . hahahaha

tapi last2 tu jadi geram kat Dian tu sendiri sbb . . bacalah sendiri ye novel nie . huhuhu



Post a Comment