Novel 50 :: Takdir Itu Milik Aku - Siti Rosmizah

kali nie nak review novel pulak . baru je semalam habis baca . novel nie lama la jugak ika amik masa nak habiskan . first time baca novel tebal sangat-sangat . huhuhu . sape yang minat karya Siti Rosmizah, wajib beli novel nie . berbaloi-baloi :P

TAKDIR ITU MILIK AKU - SITI ROSMIZAH


SINOPSIS ::

"Kau bukak mata kau besar-besar ! Kau tengok betul-betul muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni ! Kau ingat aku saja-saja nak kahwin dengan kau ! Hei bodohlah kau ni ! Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku ! Kau tahu tak betapa jijiknya aku menengok muka kau . Jijik , tahu tak ! Kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh . Geli ! Sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya benci ! benci ! benci !!! " Hambur Zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati . 

Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya . Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya . Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya . Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan .

Dian disuruh menjadi orang gaji . Dia akur dengan kehendak emak saudaranya . Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya . Tapi sementara cuma . Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula . Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki . Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka .

Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang angkuh dan sombong . Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkab dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini . Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya .

Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama . Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mertuanya . Tapi kenapa Dian yang dipilihnya ? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka ?

Allahuakbar ! Raung Dian . Menggeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadab suaminya itu . Tapi itulah kenyataannya . Itulah kebenarannya . Pahit ! Cukup pahit ! Dan kepahitan yang ditelan oleh Dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya . Kala itu, biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi .

Memekiklah ! Meraunglah ! Menjeritlah ! Keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun ! Aku tidak akan berpaling lagi ! Hatiku sudah mati ! Mati buat kau ! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi ! Aku yang akan tentukan jalan hidupku ! Kerana Takdir itu milik aku !


perghhhh ! novel nie best maaaaa :)) . mula-mula baca ika geram kat mak saudara si Dian tu, kemain lagi jahat . pastu, start geram kat si Zarif tu . sombong sakan . bukan setakat sombong je, jahat sangat ! emo betul tau tak baca novel nie . hahahaha

tapi last2 tu jadi geram kat Dian tu sendiri sbb . . bacalah sendiri ye novel nie . huhuhu



16 comments:

  1. laaa... saya baru tau siti rosmizah keluar novel baru lagi..:)
    aha..:)
    nampaknya kena masuk list pesta buku tahun depan..huhu

    ReplyDelete
  2. tgh dalam proses membaca. dh beli sebulan lbh tp tak berkesempatan nk abiskan.. novel siti rosmizah memang best. dh ada ada semua novel2 dia.. best! ;)

    ReplyDelete
  3. hahaah tahu kah anda bahawasanya saya sentap dengan entry ini? hahahahahaa

    ReplyDelete
  4. Hehe Wah macam best nie.. adk dah beli tapi tak sempat nak baca lagi... nak kne baca nie... Karya siti rosmizah mmg best. ^_^

    ReplyDelete
  5. @babycomel sama la kak.ika pon amik masa lama gak nk baca . huhu

    ReplyDelete
  6. @MyMy hahahhaha..tension dgn si DIAN tu.lalallala

    ReplyDelete
  7. owhh smestinya g cari buku nie..

    ReplyDelete
  8. best gila ..menangis cik anis dr mula bace novel ni

    ReplyDelete
  9. eh , sy tgh baca novel Andai itu takdirnya , karya siti rosmizah jugak rasanya .. cover book hijau jugak .. nanti sy review :p

    ReplyDelete
  10. @fizafantagirO ooo..yg tu novel lama dia.huhu. novel tu pon best ^^

    ReplyDelete
  11. @Cik Rongoks alergik dgn nama tu.. rasa mcm nak tersedak pun ada. hahaha

    ReplyDelete
  12. @MyMy hahahhaa..alergik lepas baca novel nie.

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com