hari nie nak story pasal kebakaran . sebenarnya, nie citer hari khamis lepas . baru sempat nak update . sibuk dok tulis kad raya . hahaha .
kebakaran nie berlaku dekat dengan tempat keje ika . ika tak perasan pon ade kebakaran sbb dok main fb dgn blog je kat dalam office . hikhik . serius memang tak perasan langsung . tak dengar pon orang ramai dok bising2 pasal kebakaran tu . tak perasan pon jalan jem . sbb jalan kat situ memang selalu jem . huhuhu .
kebakaran nie berlaku waktu tengahari . waktu yang memang tengah panas la kan . ika pon tak tahu la ape punca kebakaran tu . sbb tak nak jadi wartawan tak berbayar, so tengok je la kebakaran tu sambil tunggu bomba datang .
teruk jugak la kebakaran tu sbb masa ika tengok mula-mula tu, still nampak api tu tengah merebak kat bahagian atas kedai tu . makin lama api makin kuat . tak tahu la kenapa . pastu siap bunyi macam benda meletup-letup .
masa bomba sampai tu, api dah merebak sampai ke belakang dah . tambah pulak, ade pokok kat belakang kedai tu . lagi la cepat api merebak . ika pon tak tahu kedai ape sebenarnya yang terbakar sbb ika tak pernah pon pegi kat kawasan situ . hukhuk . member ika cakap kedai printing . entah la .
dengan jalan jem teruk kat situ, lagi la susah bomba nak masuk . pastu kawasan situ bagi ika agak sempit . dengan orang ramai lagi . ika pon tengok dari jauh je . nasib baik pakai spek . nampak la jugak . hikhik . ape pon usaha nak memadamkan api tu diteruskan jugak la kan .
lepas tu, ika pon tak tahu ape yang berlaku sbb orang dah terlampau ramai nak tengok . so, better ika meneruskan keje kat dalam office even bukan ade keje pon . hahaha .
dan usaha memadamkan api berjaya :) . Alhamdulillah . rasenye takde yang terkorban . lepas api tu dah dipadamkan, asap pon mula menari-nari di udara . dah macam jerebu pulak lepas tu . hikhik .
tak lama lepas tu, abang ika call tanya pasal kebakaran tu . cepat betul dia dapat berita . hahaha . ika pon tak tahu macam mana dia boleh tahu sbb rumah kitorang dgn tempat keje ika tu jauh la jugak :P




