Karipap Karipap Cinta | Movie 28

nak review movie yang ika baru tengok even movie nie dah lama . hukhuk . baru berkesempatan . tu pon terjumpa kat youtube . hahaha .

KARIPAP KARIPAP CINTA


SINOPSIS ::

Filem Karipap Karipap Cinta mengisahkan Ali, seorang pemuda yang sopan santun tetapi tidak memiliki cita-cita dan motivasi. Dia bekerja di sebuah syarikat akhbar politik dan majalah misteri. Tugasnya mengambil gambar kawasan yang kelihatan seram dan mengubahsuainya menjadi gambar yang kelihatan mempunyai hantu. Ali jatuh hati kepada seorang kartunis, Sarah. Dalam satu kejadian ragut, Ali cuba menjadi hero tetapi akhirnya Sarah yang menyelamatkannya kerana mempunyai kemahiran dalam ilmu persilatan.

Ali mendapat tahu Sarah pernah menuntut di Universiti Al-Azhar dan mempunyai kelayakan sebagai ustazah. Dalam usaha memikat Sarah dan keluarganya, Ali berbohong dirinya juga pernah menuntut di universiti sama, tetapi akhirnya pembohongannya terbongkar.

Sementara itu, bos Ali, Datuk Razali Bunari terbabit dalam satu pertelingkahan sengit dengan rakan politiknya, Datuk Zaidan. Dia mendapat dokumen sulit dan ingin mendedahkannya dalam akhbar politik miliknya. Ali beranggapan dokumen itu akan merumitkan hubungannya dengan Sarah.



citer nie boleh tahan la bagi ika . ok la kalau nak tengok tu . huhuhu . maybe sbb ika pon suka makan karipap . eh ? hahahaha . ika suka karipap telur :P . heroin dia cantik ^^

No comments:

Post a Comment

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com