Hanya Aku Cinta Kau Seorang | Movie 29

nak review movie lagi . hahaha . kali nie movie yg baru la jugak . dan ika pon baru tengok . tengok kat mana lagi kalau bukan kat youtube :)

HANYA AKU CINTA KAU SEORANG


SINOPSIS ::

Mengisahkan seorang wanita yang bernama MURNI yang sedang dalam kembara mencari ‘soulmate’. Murni dipaksa oleh kawan baiknya, MUKHLIS dan STACY untuk mencari teman lelaki di dalam sebuah laman sesawang ‘Meet Soulmate’. Walaupun Murni tidak mempercayai lelaki yang dikenali di dalam internet, namun kerana paksaan dia menurut.

Murni sebenarnya menyukai Mukhlis, sahabat sehidup sematinya tetapi kecewa kerana dia menyangka Mukhlis homoseksual yang sedang bercinta dengan AYIM. Dengan galakan dari Mukhlis dan Stacy, Murni akhirnya menemui seorang lelaki bernama IQWAL. Murni menyenangi Iqwal, namun satu insiden telah menyebabkan Murni tersalah anggap yang Iqwal juga seorang homoseksual.

Murni merasa sangat kecewa dan berputus asa terhadap lelaki, apatah lagi apabila dia mengetahui tentang kecurangan FELIX, suami Stacy. ZIZI, adik kepada Iqwal bersungguh-sungguk menjejaki Murni untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya kerana dia mengetahui yang abangnya telah jatuh cinta pada Murni. Ketika inilah Ayim pula tampil dan menjelaskan pada Murni yang Mukhlis sebenarnya bukan songsang seperti yang disangkakan oleh Murni selama ini. Mukhlis amat mencintai Murni namun dia tak mahu berterus terang kerana dia takut akan kehilangan Murni.


haaaaaa..yg nie best ! ika suka . sangat romantik ^^ . huhuhu . bestnye ade kawan baik cam Mukhlis tu . dah la ensem, baik pulak tu . hahahaha :))

7 comments:

  1. bestnya bila jatuh cinta dengan kawan sendiri.. ehh..

    ReplyDelete
  2. @MyMy lain macam je bunyinya. lalalala

    ReplyDelete
  3. org kata best.tapi tak sempat jugak nak tgk..huhu

    ReplyDelete
  4. bagi CP lak tak bes , hehehe , serabut la citer nih , pelik2 je gaya hidup yang dye tunjuk , tak kena ngn jiwa CP clubbing , pergaulan bebas cgt , kawan tuh kawan jugak , sedangkan bercinta pown takleyh wat cmtuh , kawan rapat tak bermaksud kte bebas bersentuhan macam tuh .. ade care laen nak tunjuk keakraban ...

    tuh sebab CP rase citer nih serabut ... banyak scene CP skip ..

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com