Aku, Kau & Dia | Movie 31



hari nie nak review movie . movie nie ika tengok minggu lepas kat ofis . tengok dalam youtube je . hikhik .

AKU, KAU & DIA


SINOPSIS ::

Mengisahkan tentang harapan seorang gadis bernama Mia ( Zarina Jamalullail ) yang kehilangan tunangnya Ilhan ( Pekin Ibrahim ) dalam kemalangan jalanraya. Untuk mengubat kerinduan pada arwah tunangnya, Mia mencipta lagu yang didedikasikan untuk Ilhan. Kemudiannya, Mia pula mengalami kemalangan dan koma selama 2 minggu. Mia kehilangan lagu yang diciptanya untuk Ilhan dalam kemalangan tersebut. Pulih dari koma, Mia cuba untuk mendapatkan ingatannya kembali kepada nota lagu yang diciptakan untuk Ilhan. Namun Mia gagal berbuat demikian.

Mia kembali ke tempat di mana dia mengalami kemalangan dengan harapan dia dapat mengingati kembali nota lagu tersebut. Di sana dia bertemu Izlan ( Remy Ishak ) seorang pemuzik jalanan yang bermain muzik di kawasan tersebut. Izlan memainkan lagu kegemaran Ilhan. Melalui itu, Mia dan Izlan kemudiannya menjadi rapat.

Di situ lah konflik bermula dalam hidup Mia. Ingatan dan cintanya masih kuat buat tunangnya. Adakah Izlan cinta baru Mia? Mampukah Mia mengingati kembali nota lagu yang dicipta untuk Ilhan ?




movie ni boleh tahan la best . ika suka sbb jalan cerita dia yang at the end kita rasa kita pon tertipu dengan imaginasi Mia tu . hahaha . ika betul2 ingat yang Izlan tu betul2 wujud . siap keluar g taman lagi . main piano sama2 . memang la Izlan tu wujud tp bukan Izlan sebenar yg Mia jumpa . Izlan rekaan Mia sahaja . wuuuu . best ^^


cuma ika geram tengok rambut perempuan tu . hahaha . kan bagus kalau dia ikat . baru la nampak kemas ^^
Post a Comment