Novel 49 :: Suami Aku Ustaz - Hannah Dhaniyah



novel kedua untuk direview hari nie. huhuhu. sebab semalam kan tak update apa-apa kat blog. so, hari nie nak update sampai lebam. hahaha

SUAMI AKU USTAZ


SINOPSIS ::

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?
“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?
“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”
Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?
“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?


Bila dia jeling aku tanda tak suka, mesti jantung aku
melompat bagai nak gila ! - Alisa-


novel nie pon best la jugak. tapi bagi ika dia takde part-part yang cam ade perempuan gedik @ jahat yang kaw-kaw nak goda lelaki tu. kalau ada pon, tak banyak. tapi still best sbb dapat mengikuti kisah macam mana seorang gadis yang masih belajar tapi dah kahwin. kahwin pulak dengan ustaz yang mengajar kelas dia. huhuhu.

dia umur 17 tahun dah kahwin. ika nie dah 22 tahun. tak kahwin pon lagi. hikhikhik. best jugak ade suami ustaz nie. tiap-tiap benda nak buat, mesti dia ingatkan tentang Allah SWT. banyak bagi nasihat. paling best, dia ajarkan Alisa tu mengaji :)

8 comments:

  1. my tak jumpa daa pn novel tu kt cni daa..
    da habis kali huhu..
    tpksa laaa beli kt JB jak ni hahahaa

    ReplyDelete
  2. hahaha..
    xde rezeki la tu..
    tp kena usaha jugak kan cari.hii
    nape x beli on9 je ? :)

    ReplyDelete
  3. kak dayah nih kaki novel tau..
    tapi biasanya kalau novel tajuk cam gini kak dayah tak minat beli..
    hahaha...
    kak dayah suka novel yang tajuk jiwang tak ingat punyaaaaa...
    :D

    ReplyDelete
  4. skrg nie dh susah nk jumpa tajuk novel yg jiwang2.huhu

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. macam mana nak cari novel nie.?? agak lama mencari, tapi x jumpa .

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. macam mana nak beli novel nie secara on9? sebab cari kat kedai dah habis.

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)