Novel 48 :: Cik Bunga Dan Encik Sombong - Airisz



nak review novel lagi. dah habis baca 2 ketul novel :) keboringan di ofis. keje berlambak tapi tak buat. lalalala

CIK BUNGA DAN ENCIK SOMBONG


SINOPSIS ::

Aku? Aku INTAN ASNIDAR. Mana cantik pun. Kulit pun ala-ala hangit. Kerja di kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia.
Dia? Dia memang segak. Nama dia pun sedap, HARRIS ISQANDAR. Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. Kulit dia putih amat sampai mak ingat aku dah bawa balik orang Belanda masa aku bawa dia datang kampung aku buat kali pertamanya. Tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. Kemudian-kemudian nanti, rupa paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima.
            Asal-asalnya, dia suruh aku jadi tunang terkejut dia sebabnya gadis yang sepatutnya jadi tunang dia pada hari tu sudah lari. Okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. Tapi paling terkejut bila dia cakap,
                “Okey Intan, mulai sekarang, awak adalah tunang dan bakal isteri saya. Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal menjadi suami isteri. Suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia.”
            Terkejut amat aku. Tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku, “Jangan mimpi nak jadi menantu saya!”
            Ah! Aku pun tak nak jadi menantu dia. Tak berminat langsung. Tapi sungguhlah kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak ke mana. Tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut bakal bertahan atau benarkah INTAN ASNIDAR itu hak milik kekal HARRIS ISQANDAR?


Untuk hidup berdua, haruslah setia...


novel nie best. seriously. memang tak rugi baca. Intan Asnidar yang sangat beruntung sbb dapat kahwin dgn Harris Isqandar. Harris tu bagus sbb still pertahankan kata hati dia walaupon ada jer yang cuba nak pisahkan dia dengan Intan. even ade girl yang gedik dok usaha nak dapatkan dia, tapi Harris tetap dengan pendirian dia. sangat bagus :)

Harris tu sweet kot. sbb suka buat kejutan. huhuhu. untung la isteri dia. dan sangat pandai amik hati orang tua :)


2 comments:

  1. wahh...cerita ni macam menarik je..tapi macam familiar la dgn gelaran Cik Bunga ni..macam ada 1 cite kt tv lebih kurang mcm ni juga..hee :p

    ReplyDelete
  2. sangat menarik novel nie.
    seyes ika cakap.hihihi

    ReplyDelete

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall. :)

Copyright © Noor Atikah Ramli Designed by azhafizah.com