..baru je lepas tengok filem Nongkrong dengan
member kat ofis nie..
..best citer dia..
..kelakar..hukhuk
NONGKRONG
Nongkrong mengisahkan tiga pemuda, Aman (Angah), Bada (Sam) dan Cumi
(Epy) yang cuba mencari kekayaan dengan menggunakan jalan yang tidak
sepatutnya iaitu meminta nombor ekor. Cumi terdesak ingin meminang
kekasihnya, Lin (Nuremy) manakala Bada dan Aman yang mahu mengubah
nasib keluarga, tekad menemui bomoh bagi melaksanakan hasrat mereka.
Segala-galanya bermula apabila seorang bomoh handal menjalankan upacara
memanggil puteri laut untuk membantu mereka. Puteri bersetuju dengan
syarat, salah seorang daripada mereka bertiga iaitu Bada perlu
berkahwin dengannya. Melihatkan kejelitaan Puteri, Bada tanpa
bertangguh terus bersetuju. Usai sahaja upacara perkahwinan, Puteri
bertukar rupa menjadi hantu yang menakutkan menyebabkan semua mereka
lari lintang pukang. Bomoh pula dibunuh oleh hantu Puteri. Hidup mereka
berubah apabila hantu Puteri terus mengejar dan menghantui kehidupan
mereka termasuklah mengganggu Zura (Siti Aziz), isteri Aman yang sedang
hamil dan Haryani, anak perempuan Bada yang masih kecil.
..best ! :)
..rugi tau tak tengok.huhu
..manusia kawen dengan hantu..haha
..siap boleh cerai2 lagi..
..suka tengok Epy berlakon..
..ape pon, mmg best lah ! ^^






4 comments:
nak download xjdi2 lg cite ni..hehe
terbahak-bahak kite ketawa masa tengok cerita nie. boleh tahan la kelakarnya :D
Meerole :: huhuhu..kena download jugak.best tau ^^
ekatikah :: tau xpe.mmg best kan ? huhu
Post a Comment